• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 September 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

 logocsg

 logocsg

PERSATUAN KUMPULAN SOKONGAN KANSER HoSHAS TEMERLOH PAHANG

(CANCER SUPPORT GROUP HoSHAS)

Logo

csg

Cancer support group(CSG)” merupakan satu pertubuhan yang memberi bantuan & sokongan kepada pesakit-pesakit kanser yang telah menerima rawatan di Hoshas.

“Cancer support group” ditubuhkan oleh pakar-pakar & kakitangan Unit Pembedahan Am, Hoshas pada 2010. Ia, pada awalnya dinamakan “Breast Cancer Support Group” yang memberi tumpuan kepada pesakit kanser payudara. Namun kini, dengan adanya sokongan dari pelbagai unit seperti Fisioterapi, Dietetic, Farmasi, Kerja Social, Radiologi, Pemulihan Carakerja, Unit Pendidikan Pesakit, Psikiatrik, maka pertubuhan ini telah diperluaskan ke arah membantu pesakit yang menghidapi pelbagai jenis kanser selain kanser payudara. Selain itu, dengan adanya sokongan & sambutan yang amat memuaskan dari para pesakit, ahli keluarga pesakit & ahli jawatankuasa. Maka, pertubuhan ini ditukarkan nama kepada “Cancer Support Group” pada 19hb Mei 2014.

Persatuan ini telah berjaya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan,1966 pada tarikh 7 julai 2017 dengan nama Pertubuhan PERSATUAN KUMPULAN SOKONGAN KANSER HOSHAS TEMERLOH PAHANG(CANCER SUPPORT GROUP HOSHAS

Pada masa ini, kumpulan sasaran kami adalah golongan kakitangan Hoshas, penduduk di sekitar Temerloh & daerah- daerah berdekatan.

Objektif pertubuhan

1) Memberi bantuan & sokongan kepada para pesakit kanser dari segi fisikal, social & mental

2) Memberi peluang untuk para pesakit kanser berinteraksi sesama sendiri

3) Memberikhidmat nasihat tentang bantuan perubatan & peralatan medikal

4) Memberi & meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser kepada orang awam

5) Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan pengesahan & menerima rawatan kanser di peringkat awal

VISI & MISI

1) Melibatkan “cancer survivors” dalam pertubuhan ini untuk berkongsi pengalaman, cabaran menghadapi penyakit kanser.

2) Meluaskan pandangan pesakit yang baru disahkan menghidapi penyakit kanser berkenaan rawatan, kehidupan & cabaran yang bakal diharungi.

Aktiviti

Pertubuhan kami telah menjayakan pelbagai aktiviti menarik semenjak ia ditubuhkan pada 2010.

Di antara aktiviti tersebut adalah:
1) Lawatan sambil belajar ke breast cancer support segamat (BCSS) 2011
2) Kempen kesedaran kanser payudara 2011 peringkat pahang barat (27/07/2011)
3) Home visit 23/02/2012
4) Home visit 17/10/2012
5) Breast cancer walk 2012 – 03/11/12
6) Breast cancer walk 2012 anjuran Avon - putrajaya 23 – september 2012
7) Lawatan kerja BCWA 21/02/2013
8) Hunt for pink “ kempen kesedaran barah payudara” – 30/11/2013 star mall, mentakab
9) Home visit 16/06/2014
10) Home Visit 19/07/2014

Aktiviti tahun 2015

1)Program Kesedaran & Pencegahan Kanser –Balai raya Felda Purun pada 23/5/2015
2)Program penyampaian bantuan Bra Prosthesis Bagi Kanser Survivor 2015(20/4/15)
3)Program “Jalinan kasih Bersamamu’ Cancer Support Group 2015 Pada 29/8/2015
4)Program First Ostomy Gathering 2015(Sharing Is Caring)-14/11/2015

Aktiviti tahun 2016

1)Kursus Kempen Kesedaran Kanser “Cancer is not the End” 2016-25/7/2016
2)Aktiviti lawatan ke wad PAED(MELOR 1& MELOR 2)sempena Program Kesedaran Kanser pada 25/7/2016

Aktiviti tahun 2017

1)Program Cancer Walk –anjuran bersama Hospital Jerantut di Dewan Orang Ramai Sg Jan Jerantut -14/5/2017
2)Majlis Ramah Mesra BCWA & CSG dengan CANCER SURVIVOR- 30/7/2017
3)Program Terapi Sokongan Sosial sehari bersama Pejuang Kanser anjuran bersama JKSP Hoshas-18/9/2017
4)Program Komuniti Tautan Kasih anjuran bersama JKSP Hoshas -16/9/2017
5) Kempen Kesedaran Kanser Payudara di JKKK Felda Kg Awah anjuran bersama Jabatan Pembedahan Am HTAA/HOSHAS dan CSG Hoshas-11/11/2017
6) Program Breast Fitting dan penyerahan Breast Prostesis kepada pesakit Kanser Payudara dengan kerjasama CAN CARE dan CSG -(15/11/17)
7)Berterusan mengadakan lawatan dan ziarah pesakit selepas pembedahan cthnya ‘ Mastectomy’dan memberi sokongan dan mengedarkan pamplet kesedaran berkaitan Kanser .

AHLI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN

Pengerusi :Mr Azmi Bin Hasan (Ketua Jabatan Pembedahan Am) 
Setiausaha : Rohana Binti Mat Daud(KJ Y/M Unit rawatan harian)
Bendahari : Noor lida Bt Hj Abdul Hamid (KJ Wad Kenanga 6)

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mygovuc baru MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.