• Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Julai 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Perkhidmatan rawatan pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, adalah khusus untuk pesakit yang mempunyai temujanji untul rawatan susulan apabila keluar dari wad. Pesakit-pesakit untuk rawatan pakar juga adalah berdasarkan rujukan dari klinik-klinik kesihatan kerajaan, klinik-klinik swasta setempat dan rujukan dari hospital daerah berhampiran.

Selain itu, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah juga menangani kes-kes kecemasan (kemalangan) & trauma (keganasan rumah tangga, rogol, sumbang mahram, penderaan dll) di Jabatan Kecemasan & Trauma.

Orang ramai yang tidak mempunyai temujanji atau rujukan, disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan doktor di klinik-klinik berhampiran agar rujukan ke hospital boleh dibuat. Pesakit "walk-in: tanpa temujanji tidak digalakkan.

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan dan perubatan pakar. Berikut adalah 12 perkhidmatan kepakaran yang terdapat di HoSHAS, Temerloh :-
  1. Perubatan Am
  2. Pembedahan Am
  3. Orthopedik (Tulang)
  4. Obstetrik & Ginekologi (Sakit Puan & Kelahiran)
  5. Pediatrik (Kanak-kanak)
  6. Anaetesiologi (Bius)
  7. Patologi (Makmal Ujian Perubatan)
  8. Kecemasan & Trauma
  9. Radiologi (X-Ray & Pengimejan)
  10. Psikiatrik (Kesihatan Mental)
  11. Oftalmologi (Mata & Penglihatan)
  12. Otorinolaringologi (Telinga, Hidung, Tekak) 
4 Sub kepakaran :-
  1. Bedah Mulut & Maksilofasial
  2. Pergigian Pediatrik
  3. Nephrologi
  4. Maternal - Foetal Medicine
6 Perkhidmatan sokongan :-
  1. Rehabilitasi (Fisiologi / Carakerja)
  2. Farmasi
  3. Perubatan Sosial
  4. Dietetik / Sajian
  5. Pendidikan Pesakit
  6. Rekod Perubatan
Fasiliti perubatan yang disediakan (Tarikh terakhir dikemaskini pada 06 Februari 2018 :-

katil feb 2018

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia lgntopl MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.