• Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Julai 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Hospital Mesra Ibadah (HOSHAS)

KIBLAT HOSHAS

ARAH KIBLAT

pih

PUSAT ISLAM HOSHAS (SURAU UTAMA)

Religions Muslim Male icon bigReligions Muslim Female icon big
 
Visi
 
Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
 
Misi
 
Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikiologi, mental dan rohani.
 
Komponen HMI Utama Yang Telah Dilaksanakan di HoSHAS
 
1. Pegawai Hal Ehwal Islam
 
Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam telah diwujudkan dan ditempatkan di HoSHAS. Pegawai bertanggungjawab dalam memahami serta membantu memenuhi keperluan kerohanian kakitangan kesihatan semasa melaksanakan tugas harian di hospital dan pesakit serta waris sewaktu menjalani rawatan di hospital. 
 
2. Latihan
 
Latihan berkaitan HMI dan orientasi hospital diberi kepada semua pegawai agama dan kakitangan hospital mengikut keperluan bidang tugas masing-masing.
 
3. Persekitaran Mesra Ibadah
 
Persekitaran mesra ibadah meliputi kakitangan kesihatan, pesakit dan waris serta suasana kerja di hospital. Amalan mesra ibadah bukan sahaja diterapkan dalam tugasan harian kakitangan tetapi ia meliputi keperluan kerohanian kakitangan kesihatan itu sendiri. Untuk tujuan ini, pengisian kerohanian seperti bacaan doa sebelum memulakan tugas, ceramah dan tazkirah, khidmat nasihat agama serta latihan berkenaan aktiviti-aktiviti HMI bagi kakitangan kesihatan akan sentiasa dianjurkan di peringkat hospital.

Pelaksanaan amalan mesra ibadah kepada pesakit ini dilaksanakan melalui 4 pendekatan iaitu:
a) Lawatan oleh pegawai agama hospital (Ziarah Mahabbah)
b) Bimbingan oleh kakitangan hospital yang terlatih dan kompeten kepada pesakit
c) Edaran poster dan risalah / bacaan

4. Peralatan Dan Kemudahan Untuk Ibadah

Kesemua wad di HoSHAS kini dilengkapi dengan Kit Solat Pesakit yang diisi dengan risalah panduan berwudhuk dan solat, botol semburan wudhuk, debu tayammum dan Surah Yasin. Selain itu, setiap kubikal di wad-wad diletakkan penanda arah kiblat untuk memudahkan pesakit mengetahui arah kiblat.

HoSHAS juga amat komited dalam memudahkan pesakit dan waris melaksanakan ibadah solat dengan menyediakan ruang solat lelaki dan wanita di setiap aras. Pusat Islam turut diwujudkan untuk memudahkan semua yang berada di hospital menunaikan solat secara berjemaah. Azan secara langsung dari Pusat Islam juga turut dapat didengar di dalam hospital untuk memudahkan pesakit mengetahu masuknya waktu solat fardhu.

5. Hak Pesakit Dan Persendirian/ Keperluan Yang Istimewa

Kerahsiaan dan hak pesakit sentiasa dijaga dan dihormati termasuk aurat pesakit, menyediakan pengiring (chaperon) dan layanan berhemah oleh kakitangan hospital termasuk menjaga tutur kata dan menggunakan bahasa yang sopan. Di HoSHAS, Pesakit diberikan hak untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan hal ehwal agama:

a) Rujukan hukum dan fatwa,
b) Khidmat nasihat agama,
c) Kemudahan pengurusan jenazah (jenazah yang tidak dituntut/muallaf),
d) Perkhidmatan rundingcara patuh syariah.

Aktiviti 

1. Kursus Tutorial Ibadah Solat Pesakit

HMI 1  HMI 2 

2. Ceramah Agama Penerapan Nilai-nilai Islam Kepada kakitangan

HMI 3  HMI 4 

3. Kit Ibadah Pesakit DI Wad-Wad

 HMI 5 HMI 6 

4. Pusat Islam HoSHAS

HMI 7  HMI 8 

5. ZIarah Mahabbah Ke Wad

HMI 9  HMI 10 
 
Hospital Mesra Ibadah (Hospital Jengka)
 
Pengenalan

Program Hospital Mesra Ibadah Jengka ditubuhkan bagi menyahut saranan Ybhg. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Program ini merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai – nilai islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai – nilai islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat kerohanian. Program ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris yang beragama Islam.

Objektif

a) Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan ; dan
b) Memastikan kakitangan hospital medapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai – nilai Islam dalam menjalankan tugas.

    Objektif ini adalah selaras dengan :

      • Visi program : menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
      • Misi program : Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.

 
 
PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia lgntopl MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.