• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 September 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Wad Bersalin / PAC

Jenis Perkhidmatan

  1. ‘Patient Admission Centre’ (PAC)
  2. Panggilan ambulan untuk kes maternity
  3. Rawatan Pesakit Dalam
    • Rawatan bersalin
    • Rawatan observasi untuk kes berisiko tinggi
    • Rawatan bayi baru lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG, implementasi
    • ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi
    • ‘External Cephalic Version’ (ECV)
    • ‘Mother Friendly’
    • ‘Companian / Husband Friendly’
    • Prosedur ‘Maternal Fetal Medicine’ (MFM)
    • Pembedahan Obsterik dan Ginekologi
    • Pembedahahan Harian Ginekologi
    • Wad Obstetrik
    • Wad Ginekologi
  4. Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan
  5. Rujukan ‘Interdepartmental’
  6. Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
  7. Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’ / Perancangan Keluarga

Fungsi

Dewan Bersalin

a. Patient Admission Centre (PAC)

  1. Menerima kemasukan pesakit dan membuat pendaftaran bagi kes-kes ‘walk in’ dan runjukan dari klinik dan hospital.
  2. Melakukan procedur seperti :
    • Timbang dan ukur tinggi
    • Pengambilan Vital Sign (B/P, Temp, Pulse, Resp)
    • Pemeriksaan urine
    • Melakukan CTG
    • Palpasi Abdomen
    • Pemeriksaan Vagina
  3. Mengendalikan pesakit (outpatient) yang datang untuk menjalani procedur seperti :
    • Dly CTG
    • Pemberian Imferon
    • Pemberian suntikan HCG (IUI)
    • Pemberian IM dexamethasone
  4. Menerima dan mengendali kes-kes Gynae seperti Ectopic Pregnancy dan Abortion.
  5. Membantu doktor semasa melakukan scan bagi kes-kes dari A&E dan lain-lain wad. Menemani doktor lelaki yang memeriksa dan melakukan procedur kepada pesakit.
  6. Mengendalikan pesakit yang perlu menjalani pembedahan kecemasan seperti Emergency Lower Segment Caesarian Section (LSCS) dan menghantar pesakit ke Dewan Bedah.
  7. Menghantar pesakit yang perlu dimasukan ke wad-wad.
  8. Mengendalikan kemasukan suami dan menemani isteri (Husband Friendly).
  9. Mengendalikan waris-waris yang sentiasa bertanya keadaan pesakit didalam Bilik Bersalin.
  10. Mengikuti ‘Retrievial Team’ sekiranya ada panggilan untuk ‘Flying Squard’ atau kecemasan dan ‘Ambulans Call’.
  11. Membantu staff di Bilik Bersalin sekiranya ada kes-kes kecemasan seperti ‘Post Partum Haemorrhage’ (PPH) dan Eclampsia.
  12. Membimbing kakitangan dibawahjagaan supaya mereka dapat memahami dan menjalankan tugas-tugas dengan betul.
  13. Menjaga alat-alat diwad serta barangan keperluan harian supaya dapat digunakan pada bila-bila masa jika perlu.
  14. Lain-lain tugas:
    • Memeriksa troli kecemasan setiap syif dan memastikan dalam keadaan siap sedia setiap masa.
    • Memeriksa stok ubat dan membuat pesanan.
    • Memeriksa beg kes seminggu sekali
    • Memanggil atau mencari waris pesakit bila-bila perlu sekiranya doktor mahu berjumpa waris atau suami

Bilik Bersalin

  1. Menerima kemasukan pesakit di Dewan Bersalin dan memberi orientasi kepada pesakit dan memberi penerangan dan sokongan moral kepada waris yang menunggu di luar serta membuat penilaian ke atas pesakit.
    • Membuat pendaftaran masuk selepas penilaian dijalankan
    • Membuat penilaian segera ke atas ‘progress labour’ pesakit yang baru masuk
    • Mengambil Fetal Heart, Vital Sign dan membuat CTG
  2. Memberi pemerhatian khas kepada pesakit yang hendak bersalin, pesakit yang menghadapi kesulitan dan bayi yang baru lahir.
  3. Menyambut kelahiran biasa (SVD).
  4. Membuat episiotomi, menjahit luka dan membuat ‘VE’ untuk menentukan luka di jahit dengan sempurna dan tiada ketinggalan kapas / gauze.
  5. Membuat persediaan dan membantu doktor semasa prosedur ‘forcep’, ‘vaccum’ dan ‘Manual Removal Of Placenta’.
  6. Merekod semua kelahiran dalam buku Daftar Kelahiran dan mengisi maklumat dalam borang pendaftaran kelahiran.
  7. Mengambil kebenaran dari ibu/bapa/waris dan memberi suntikan immunisasi Hepatitis ‘B’ kepada bayi yang baru lahir.
  8. Melakukan ‘bonding’ dan membantu memulakan penyusuan susu ibu.
  9. Memberi pendidikan kepada pesakit tentang penjagaan luka episiotomy.
  10. Membantu doktor melakukan resusitasi bayi yang bermasalah.
  11. Memastikan bayi diserahkan kepada ibu sebelum dihantar ke Wad Postnatal dan menghantar bayi dan ibu ke Wad Postnatal.
  12. Menghantar bayi ke Wad NICU dan SCN sekiranya bayi ada masalah setelah diarahkan oleh doktor.
  13. Sebagai Jururawat yang menjaga, membuat laporan kemajuan pesakit-pesakit dalam masa giliran.

HDU / Eclampsia Room

  1. Menerima kemasukan pesakit di HDU dan memberi orientasi kepada pesakit dan memberi penerangan dan sokongan moral kepada waris yang menunggu di luar serta membuat penilaian ke atas pesakit.
  2. Mengambil / melakukan prosedur seperti:
    • Tanda vital kekerapan ¼ jam,½ jam,1 jam, 2 jam, 4 jam seperti yang diarahkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan
    • Pemeriksaan ujian kencing
    • Pemasangan CBD
    • Monitor kontraksi
    • Monitor pain score
    • Melakukan CTG
    • Monitor pad chart
    • Prosedur ‘Blood Transfusion’
  3. Penjagaan ibu menyusukan bayi bagi kes postnatal (SVD dan Post LSCS) yang memerlukan permerhatian di HDU.
  4. Menulis laporan harian dan 24 jam dan mengawal Nota pesakit
  5. Melakukan ‘sponging’ dan menukar pad bagi pesakit yang “Morse Fall Scale’ melebihi 45.
  6. Membantu ibu ambulasi awal dan menghantar pesakit ke tandas.
  7. Mengurus pesakit yang perlu dirujuk ke hospital lain dan unit lain contoh wad-wad, Dewan Bedah, X-Ray, ICU serta menghantar pesakit.
  8. Memberi pendidikan pesakit.
  9. Memastikan peralatan sentiasa dalam keadaan baik dan PPM dilakukan.

 

 

 

 

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mygovuc baru MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.