Pengenalan
Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Hj Ahamad Shah Temerloh merupakan kesinambungan perkhidmatan Ortopedik Hospital Mentakab.Dengan berpindahnya Hospital Mentakab ke Hospital Temerloh pada bulan April 2005 ,maka bermulalah satu era baru perkhidmatan Ortopedik yang lebih baik.
Perkhidmatan Ortopedik Hospital Mentakab secara tetap bermula pada tahun 2000 di bawah penyeliaan seorang Pakar Ortopedik. Dengan arus pembangunan dan perubahan yang pesat, akhirnya perkhidmatan ini berkembang sehingga bilangan pakar meningkat kepada 4 orang dan 5 orang Pegawai Perubatan. Pada hujung 2006 seramai 3 - 5 orang Pegawai Perubatan Siswazah telah ditempatkan secara bergilir setiap 3 bulan yang mana dapat membantu melincinkan urusan jabatan.
Di Hospital Sultan Hj Ahamad Shah, perkhidmatan yang lebih baik terlaksana dengan kemudahan Komplek Klinik Pakar, Wad Ortopedik ( Kenanga 5, 6 dan Melor 1), Dewan bedah yang sempurna dengan kelengkapan peralatan moden serta kemudahan lain.Secara amnya perkhidmatan Ortopedik Hospital Sultan Hj Ahmad Shah merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan Ortopedik untuk Hospital Daerah di Pahang Barat seperti Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Bentong, Bera, Triang, Jerantut dan sebahagian Maran.
Perkhidmatan Orthopedik yang dilaksanakan ialah seperti kes-kes trauma dan ‘General Orthopaedics’. Jabatan sedang menuju kearah perkhidmatan ‘sub-speciality’ lebih khusus seperti trauma, spinal, sport, paediatrik, arthroplasty, hand dan tumour.
Matlamat perkhidmatan Jabatan Ortopedik adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang “Selamat dan Mesra”, serta untuk mencapai perkhidmatan yang ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’ demi memenuhi kepuasan pelanggan.
Lokasi : Aras 2
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
Ketua Jabatan | 1083 |
Bilik Pegawai Perubatan 1 | 1082 / 1084 / 1085 |
Bilik Pegawai Perubatan 2 | 1086 / 1087 |
Bilik Jabatan / Pengurusan | 5327 |
Bilik Prosedur | 1079 |
Bilik Penolong Pegawai Perubatan | 1081 |
Bilik Plaster (POP) | 1078 |
Kaunter (Isnin, Rabu & Jumaat) | 1087 |
Kaunter (Selasa & Khamis) | 1334 / 5324 |
Waktu Perkhidmatan
Klinik Pakar
Hari / Masa | 8.00 pagi – 12.30 tengah hari | 2.00 petang – 4.30 petang |
Isnin |
Klinik Luka Kes Baru |
Klinik Patah |
Selasa | KLINIK PAKAR ORTOPEDIK AM Kinik Luka dan Patah |
|
Rabu |
Klinik Luka Kes Baru |
Klinik Patah |
Khamis |
KLINIK PAKAR ORTOPEDIK AM Kinik Luka dan Patah |
|
Jumaat | Tiada Sesi Klinik |
Jadual Pembedahan Ortopedik
Hari / Masa | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari | 2.00 petang - 5.00 petang |
Isnin |
Pembedahan Elektif, Trauma Dan Day Care |
|
Selasa | Pembedahan Trauma / Clinic Day | |
Rabu |
Pembedahan Elektif ,Trauma Dan Day Care |
|
Khamis | Pembedahan Trauma / Clinic Day | |
Jumaat | Pembedahan Trauma / GWR |
Jenis Perkhidmatan
1.Kemudahan Wad
Sebanyak 3 buah wad telah diperuntukkan untuk merawat pesakit ortopedik iaitu Wad Kenanga 5 untuk pesakit lelaki, Wad Kenanga 6 pesakit perempuan dan sebahagian dari Wad Melor 1 untuk kanak-kanak. Wad-wad ini dilengkapi dengan katil yang sempurna dan selesa, juga terdapat bilik berhawa dingin dan bilik pengasingan untuk pesakit ortopedik yang mengalami penyakit berjangkit serta kemudahan lain yang memberi kemudahan kepada kakitangan dan pesakit.
2. Kemudahan klinik Pakar
Klinik ortopedik beroperasi pada hari Selasa dan Khamis. Pendaftaran untuk pesakit membuat rawatan bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Klinik ini menerima rujukan daripada mana-mana hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta dari seluruh Malaysia. Di klinik ini, terdapat kemudahan bilik mecuci luka dan bilik untuk pemasangan POP ( simen ) bagi pesakit yang telah dirawat oleh doktor.
Pada Januari 2007, telah bermula klinik arthroplasti pada hari Rabu setiap 3 bulan sekali. Klinik ini adalah dikhaskan kepada pesakit yang mengalami masalah pada sendi dan pesakit yang telah menjalani pembedahan gantian sendi. Klinik ini mendapat khidmat pakar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dengan dibantu oleh seorang doktor dan kakitangan klinik
3. Pembedahan
Terdapat 2 bilik di dewan bedah telah diperuntukan untuk Jabatan Ortopedik menjalankan pembedahan. Pembedahan beroperasi pada hari Isnin dan Rabu sahaja kecuali kes-kes kecemasan yang memerlukan pembedahan segera. Dengan dibantu oleh peralatan terkini dan kepakaran yang ada, banyak pembedahan dapat dijalankan. Selain dari pembedahan pemasangan implant biasa, pembedahan tulang belakang, artroplasti (gantian sendi) dan atroskopi turut dijalankan oleh jabatan ini.Pembedahan untuk rawatan harian juga disediakan oleh jabatan ortopedik. Pembedahan ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada setiap hari Isnin dan Rabu.
Aktiviti dan Kursus 2018
Bil | Aktiviti / Kursus | Tarikh | Tempat |
1 | Kursus Bengkel Basic Pop siri 1 | 19 Jan | Bilik Pop, HoSHAS |
2 | Malam Gala Ortho Nite 2018 | 26 Jan | Auditorium, HoSHAS |
3 | Sambutan Hari Tahun Baru Cina | 27 Feb | Klinik Pakar Orthopedik, HoSHAS |
4 | Basic Suturing Workshop 2018 | 30 Mac | Bilik Seminar Orkid / Tanjung |
5 | Malaysian Orthopeadic Association ( Oral presentation free paper & poster presentation ) | 9 - 12 Mei | Equatorial Hotel, Penang |
6 | Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim | 09 Jun | Klinik Pakar Orthopedik, HoSHAS |
7 | Pahang Basic Orthopeadic Trauma Course 2018 | 4 - 5 Jul | Auditorium, HoSHAS |
8 | Jamuan Raya Aidilfitri Orthopedik | 13 Jul | Klinik Pakar Orthopedik, HoSHAS |
9 | Kursus Bengkel Basic Pop siri 2 | 20 Jul | Bilik Pop, HoSHAS |
10 | Kursus Arthroscopy Pahang 2018 | 12 Sept | Bilik Seminar Auditorium |
11 | Kursus Bengkel Basic Pop siri 3 | 21 Sept | Bilik Pop, HoSHAS |
12 | Kursus Soft Skill | 19 Okt | Bilik Seminar Auditorium |
13 | Family day Orthopedik | 20 Okt | Pusat Rekriasi Pantai Balok, Kuantan |
14 | Kursus & Bengkel Pahang Basic Tendon Repair | 26 Okt | Bilik Seminar Orkid / Tanjung |
15 | Malaysian Arthroscopy Society Conference ( Poster Presentation ) | 27 Okt | Kuantan, Pahang |
16 | Kursus Bengkel Basic Pop siri 4 | 07 Dis | Bilik Pop, HoSHAS |
Aktiviti dan Kursus 2019
1. Tajuk :Basic Suturing Workshop 1 / 2019
Tarikh : 16 Januari 2019
![]() |
![]() |
2. Tajuk : Kursus Asas Pemasangan Plaster Of Paris ( POP ) 1 / 2019
Lokasi : Klinik Pakar Orthopedik
Tarikh : 25 Januari 2019
![]() |
![]() |
3. Tajuk : CME Pain Free Hospital
Lokasi : Auditorium, HOSHAS
Tarikh : 08 Februari 2019
4. Tajuk : Kursus Pengurusan Aset Jabatan Ortopedik
Tarikh : 11 Februari 2019
![]() |
![]() |
6. Tajuk : Hari Ortho-Nite
Lokasi : Hotel Sri Malaysia
Tarikh : 23 Februari 2019
![]() |
![]() |
7. Tajuk : Ortho Bowling Piala Mr. Zamzuri
Lokasi : U Bowl Starmall Mentakab
Tarikh : 23 Februari 2019
![]() |
![]() |
8. Tajuk : 5th Pahang Wound Care Conference 2019
Lokasi : Auditorium, Hoshas
Tarikh : 2 - 3 April 2019
![]() |
![]() |
9. Tajuk : CME Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Osteoporosis
Lokasi : Auditorium, HOSHAS
Tarikh : 12 April 2019
10. Tajuk : Kursus Asas Pemasangan Plaster of Paris ( pop ) siri 2/2019
Lokasi : Klinik Pakar Orthopedik
Tarikh : 19 April 2019
![]() |
![]() |
11. Tajuk : Iftar Ramadan Jabatan Ortopedik Bersama-sama Anak-anak Yatim
Lokasi : Restoran Teratap Tomyam
Tarikh : 30 Mei 2019
![]() |
![]() |
12. Tajuk : Osteoporosis Prevention Fun Run "Koi Sayang Tulang Koi"
Lokasi : Stadium Temerloh
Tarikh :15 Jun 2019
![]() |
![]() |
13. Tajuk : CME Painfree Programme In Hoshas - Where Are We Now?
Lokasi : Auditorium, HOSHAS
Tarikh : 28 Jun 2019
14. Tajuk : Majlis Tahlil Arwah Dr. Nadira, Maljis Perpisahan Mr. Arif & Majlis Jamuan Raya Aidifitri Jabatan Orthopedik
Lokasi : Klinik Pakar Orthopedik
Tarikh : 28 Jun 2019
![]() |
![]() |
15. Tajuk : Kursus Asas Pemasangan Plaster of Paris ( pop )
Lokasi : Klinik Pakar Orthopedik
Tarikh : 19 Julai 2019
![]() |
![]() |
16.
17. Tajuk : Karnival Koi Nak Sihat 2019
Lokasi : Dataran Temerloh
Tarikh : 24 Ogos 2019
![]() |
![]() |
18. Tajuk : Kursus Asas Pemasangan Plaster of Paris ( pop ) siri 4 / 2019
Lokasi : Klinik Pakar Ortopedik
Tarikh : 16 Ogos 2019
![]() |
![]() |
19. Tajuk : Kursus Asas Pemasangan Plaster Of Paris ( pop )
Lokasi : Klinik Pakar Ortopedik
Tarikh : 6 September 2019
![]() |
![]() |
20. Tajuk : Program Kacau Assyura Antara Jabatan Ortopedik Bersama KRT Quates HOSHAS
Lokasi : Quates HOSHAS, Blok C
Tarikh : 22 September 2019
![]() |
![]() |