• Kemaskini Terakhir : Khamis 19 Julai 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
 
      pintukeselamatan   ruangpejkeselamatan
 
Pengenalan

Unit Keselamatan merupakan satu unit di bawah organisasi Bahagian Pengurusan HoSHAS. Ianya mula diwujudkan perjawatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008. Unit Keselamatan berperanan untuk memberi khidmat nasihat berkenaan Keselamatan Perlindungan yang merangkumi aspek Keselamatan Fizikal, Dokumen dan Personel seperti mana yang diperuntukan di dalam Arahan Keselamatan, Akta-akta yang berkaitan dan Surat-surat Pekeliling Keselamatan yang berkuat kuasa bagi dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan tugasan serta perkhidmatan.

Lokasi 

Aras 1

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Unit Keselamatan  323 (melalui talian Radicare 5000)
Unit Keselamatan 402 (melalui talian Radicare 5000)
Bilik Kawalan Keselamatan 5343 (sambungan terus @ melalui talian utama HoSHAS)

Waktu Perkhidmatan

Waktu Pejabat ( Isnin hingga Jumaat )           : 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Pegawai Bertugas Atas Panggilan ( On Call ) : 24 jam
( Selepas Waktu Pejabat, Sabtu & Ahad )

Fungsi dan Tanggungjawab

  • Memberikan khidmat nasihat berhubung pelaksanaan aspek-aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di Jabatan bagi memelihara darjah Keselamatan Perlindungan.
  • Memantau dan melaporkan perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta selaras dengan kontrak yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan pemeriksaan keselamatan ke atas premis jabatan, membuat laporan dan mencadangkan syor-syor berkaitan untuk penambahbaikan.
  • Mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan Jabatan.
  • Mengkaji peraturan-peraturan keselamatan yang sediada, mengemaskini dan mengatur peraturan-peraturan baru (jika perlu) serta melaksanakannya dengan persetujuan pihak pengurusan jabatan.
  • Membantu menjalankan pemeriksaan mengejut bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Menyelaras sebarang urusan berkaitan keselamatan dengan Pegawai Keselamatan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan.
  • Memantau dan menguruskan Kunci-Kunci Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Pas Keselamatan dan Pelekat Kenderaan.
  • Membantu memantau keselamatan dalam program-program rasmi Jabatan.

Interaktif

Permohonan e-vatting di laman web : https://evetting.cgso.gov.my/cgso/register

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia lgntopl MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.