Pengenalan
Unit Sumber Manusia dan Latihan HoSHAS terbahagi kepada dua unit iaitu:
- Unit Sumber Manusia 1
- Menguruskan Perkhidmatan bagi Kumpulan P&P, Pelaksana dan Perjawatan.
Unit Sumber Manusia 2
- Menguruskan Perkhidmatan bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana (Paramedik dan Tatatertib).
ii. Unit Latihan
- Menguruskan latihan kepada wargakerja dan pelajar latihan industri.
Lokasi : Aras 3
Sambungan Utama
Jawatan | Unit | Bertanggungjawap ke atas jawatan | Ext |
Penolong Pegawai Tadbir N32 | Unit Sumber & Latihan | Ketua Unit Sumber & Latihan | 5376 |
Pembantu Tadbir P/O N26 | USM1 | Menyelia USM1 | 2109 |
Pembantu Tadbir P/O N22 | USM2 | Menyelia USM2 | 2122 |
Pembantu Tadbir P/O N22 (TBK) / Pembantu Tadbir P/O N19 |
USM1 | MO / HO | 1347 |
Pembantu Tadbir P/O N22 (TBK) / Pembantu Tadbir P/O N19 | USM1 / Latihan | Peg. Farmasi/Sokongan I / Latihan praktikal IPTA/IPTS & Industri/ myCPD/Privileging | 1321 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM1 | Perjawatan / LNPT/SKT/Isy.harta(HRMIS) | 1316 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM1 | Pakar dan P& P / HO | 1318 |
Pembantu Tadbir P/O N19 / Pembantu Operasi N11 | USM1 | Sokongan I& II | 1324 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM1 / Latihan | Sokongan I & II / Kursus | 2100 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM2 | Jururawat/Isy.harta(HRMIS)/ Rencam / Jururawat | 2123 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM2 | Jururawat | 1662 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM2 | Ketua Jururawat / Jurarawat Masyarakat | 1666 |
Pembantu Tadbir P/O N19 | USM2 | PPP & Jururawat Kump. P&P/ PPKP/PKA / PPK | 2124 |
Aktiviti
Unit Sumber Manusia
- Mengendalikan semua urusan perkhidmatan iaitu pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, perlanjutan tempoh perkhidmatan dan bersara paksa.
- Menguruskan permohonan pelepasan jawatan dan perletakkan jawatan.
- Melaksanakan urusan penempatan dan permohonan pertukaran anggota dalam / ke luar negeri.
- Menguruskan permohonan cuti rehat, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti menunaikan haji, cuti sakit 90 hari, cuti lanjutan, cuti tibi dan cuti barah.
- Menguruskan Sasaran Kerja Tahunan/Laporan Nilaian Prestasi Tahunan/Anugerah PerkhidmatanCemerlang/Pingat Perkhidmatan Cemerlang / Darjah Kebesaran/Pingat Peringkat Negeri & Persekutuan.
- Mengendalikan permohonan lawatan keluar Negara/kursus dalam negeri.
- Menguruskan permohonan bersara pilihan sendiri.
- Menguruskan pengisytiharan harta (modul HRMIS).
- Menguruskan permohonan tanggung kerja/pemangkuan.
- Menguruskan permohanan kenaikan pangkat/KUP/Time Based serta pelarasan gaji.
- Menguruskan permohonan jawatan baru/pengambilan anggota sokongan.
- Menguruskan kes integriti dan keutuhan.
- Mengendalikan buku rekod perkhidmatan.
Unit Latihan
- Menganjur dan mengendalikan kursus-kursus jangka pendek ajuran pengurusan.
- Menyediakan sijil-sijil kursus anjuran dalaman.
- Menguruskan latihan praktikal bagi pelajar IPTA/IPTS dan Latihan Industri.
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa CPD (Continuous Profesional Development) Peringkat HoSHAS.
- Menyedia dan menyelaras maklumat Penilaian latihan, laporan-laporan latihan dan laporan pelaksanaan myCPD