• Kemaskini Terakhir : Selasa 22 Januari 2019.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Pengenalan

Konsep Hospital Kluster Hospital Kluster di Malaysia pada awalnya merupakan salah satu cadangan inisiatif di bawah Transformation of Malaysian Healthcare System pada awal tahun 2012 dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Perancangan KKM ( JPPK ) pada 2 April 2014.

Hospital Kluster adalah gabungan hospital-hospital yang terletak berhampiran yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada pesakit. Gabungan hospital-hospital ini akan berkongsisumberfasiliti kemudahansumber manusia dan aset-aset untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Dengan konsep gabungan dan perkongsian sumber di antara hospital, pelbagai isu dapat ditangani terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan rawatan berpakar kepada rakyat tempatan.

Tiga buah negeri telah terpilih sebagai projek perintis bagi Hospital Kluster di Malaysia, iaitu negeri Pahang, Melaka dan Sabah pada tahun 2014. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Hospital Jengka dan Hospital Jerantut telah terpilih menyertai Projek perintis Hospital Kluster sebagai Hospital Kluster Pahang Tengah (HKPT). Berikutan kejayaan Projek Perintis ini, konsep Hospital Kluster telah diperluaskan di seluruh Malaysia secara berperingkat.

Pada tahun 2018, Hospital Bentong turut digabungkan sebagai Hospital Kluster Pahang Tengah dan bersama-sama memberikan perkhidmatan perawatan yang lebih baik kepada rakyat.

Hospital Kluster Pahang Tengah

Hospital Kluster Pahang Tengah(HKPT) terdiri daripada empat buah hospital berdekatan yang terletak di bahagaian Pahang Tengah iaitu:

  1. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah – sebagai hospital induk (Lead Hospital)
  2. Hospital Jengka (Non-lead Hospital)
  3. Hospital Jerantut (Non-lead Hospital)
  4. Hospital Bentong (Non-lead Hospital)

Lokasi : Aras 3

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi
No Sambungan
Dr. Nurul Ain binti Alan Hafifi
Pegawai Perubatan Gred UD44
1673

Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan secara kluster di kategorikan kepada Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Service) dan Perkhidmatan Koordinasi (Coordinated Service) mengikut keperluan dan kapasiti hospital kluster pada masa tersebut.

Perkhidmatan Bersepadu Klinikal turut mempunyai Unit Sendiri di hospital Non-lead dan diketuai oleh Ketua Perkhidmatan di Hospital Induk . Perkhidmatan Bersepadu HKPT adalah :

  1. Kecemasan dan Trauma
  2. Perubatan Am

Perkhidmatan Koordinasi pula merupakan perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan secara kerjasama antara Lead Hospital dan Non-lead hospital. Perkhidmatan Koordiansi HKPT adalah :

  1. Patologi
  2. Ortopedik
  3. Pembedahan Am
  4. Pediatrik
  5. Oftalmologi
  6. Obstetrik dan Ginekologi
  7. Psikiatri
  8. Otorinolaringologi
  9. Anestesiologi
  10. Pensterilan Sucihama
  11. Farmasi
  12. Pengimejan diagnostik
  13. Rekod Perubatan
  14. Kerja Sosial Perubatan
  15. Sajian dan Dietetik  
*Right Patient *Right Treatment *Right Time *Right Place

 Projek Hospital Kluster Pahang Tengah membolehkan Hospital Jengka, Hospital Jerantut dan Bentong memberikan rawatan pakar yang diselaraskan oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Aktiviti

2017:

  1. LAWATAN KERJA HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH ke HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH - 23 Januari 2017 (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah)
  2. PAMERAN HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH DI HARI TERBUKA HOSPITAL JENGKA - 5 Mei 2017 (Hospital Jengka)
  3. LAWATAN KERJA JKN TERENGGANU KE HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH - 24 JULAI 2017 HoSHAS, 25 JULAI 2017 (Hospital Jerantut)
  4. SESI PERKONGSIAN HOSPITAL KLUSTER DI KURSUS ORIENTASI HOSPITAL JERANTUT – 11 OKTOBER 2017
  5. LAWATAN KLUSTER PAHANG TENGAH KE KLUSTER MELAKA – 1-2 NOVEMBER 2017

2018:

1. SESI PERKONGSIAN HOSPITAL KLUSTER DI KURSUS ORIENTASI HOSPITAL JENGKA – 6FEBRUARI 2017
2. PERTANDINGAN VIDEO KREATIF HOSPITAL KLUSTER – 15 MAC 2018
3. MENGANJURKAN CME LEADERSHIP – 22 MAC 2018
4. BENGKEL KEWANGAN HOSPITAL KLUSTER – 5 JUN 2018
5. BENGEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN LEAN HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH – 22-23 OKTOBER 2018

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mygovuc baru MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2019 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.