• Kemaskini Terakhir : Rabu 16 Oktober 2019.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
farmasidepan farmasistaf
farmasidepan farmasistaf

Pengenalan

Jabatan Farmasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah memulakan operasi pada April 2005, meneruskan kesinambungan perkhidmatan setelah berpindah dari Hospital Mentakab. Jabatan Farmasi diterajui oleh Ketua Jabatan Farmasi iaitu Puan Che Ton Binti Saari dengan jumlah kakitangan sebanyak 145 orang termasuk Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, serta kakitangan sokongan iaitu Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi dan Pembantu Awam.

Lokasi : Aras 2

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan Farmasi  5355
Pharmacy Resources and Information Centre  1253
Pejabat  Farmasi  1250
Unit Farmasi Klinik Pakar

Ketua Unit Farmasi Klinik Pakar  5356
Kaunter Farmasi Klinik Pakar  1260 / 1261 / 1262 / 1269
Unit Farmasi Logistik

Ketua Unit Farmasi Logistik 1032 
Kaunter Farmasi Logistik  1031 / 1035
Pegawai Farmasi Logistik 1033 
Unit Farmasi Pesakit Dalam
 
Ketua Unit Farmasi Pesakit Dalam  1256
Kaunter Farmasi Bekalan Wad  1248 / 1249
Satelit 6  1886
Satelit 8  1961
Unit Farmasi Pengeluaran

Pegawai Farmasi Makmal Pengeluaran 1252
Farmasi Pengeluaran 1242 
Unit Farmasi Klinikal

Ketua Unit Farmasi Klinikal  5353
Pegawai Farmasi Klinikal 1257 
Farmakokinetik Klinikal (TDM)  5354 / 1245
Farmasi Aseptik (TPN) / Farmasi Aseptik (CDR) 5495 / 5496 

Piagam Pelanggan

Unit: Farmasi Logistik

Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:

  1. Membekalkan Item Standard Kepada Pemesan Tidak Melebihi 14 Hari Berkerja Selepas Pesanan Yang Lengkap Diterima.
  1. Membekalkan Item Bukan Standard Kepada Pemesan Selepas Pesanan Yang Lengkap Diterima, Tidak Melebihi 3 Hari Bekerja Selepas Bekalan Diterima Di Unit Farmasi Logistik

Unit: Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam dalam waktu pejabat.

Unit: Farmasi Pesakit Luar

Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:

  1. Memastikan Ubat-Ubatan Yang Betul Dibekalkan Tidak Melebihi 30 Minit Bagi Preskripsi Yang Lengkap Diterima.
  1. Memastikan Pelanggan Yang Berdaftar Dengan Sistem Temujanji Farmasi Mendapat Bekalan Ubat Susulan Pada Tarikh Yang Dijanjikan.

Waktu Perkhidmatan

Farmasi Klinik Pakar:

Hari Masa
Isnin - Jumaat

7.30 pagi hingga 5.30 petang

Kes biasa, discaj wad dan kes kecemasan
5.30 petang hingga 12.00 tengah malam Kes kecemasan
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 8.00 pagi hingga 12 tengah malam Kes kecemasan dan discaj wad

Farmasi Pesakit Dalam:

Hari Masa

Isnin - Jumaat 

7.30 pagi hingga 5.30 petang Menerima preskripsi bagi pesakit dalam
5.30 petang hingga 12.00 tengah malam
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 8.00 pagi hingga 12 tengah malam

Lain-lain perkhidmatan:

Mengikut waktu bekerja ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang ).

Perkhidmatan di luar waktu pejabat dijalankan secara tugas atas panggilan ( oncall ) bagi Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Skop Perkhidmatan

Jabatan Farmasi menyediakan bekalan ubat dan bukan ubat serta perkhidmatan berkaitan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit luar dan pesakit dalam dari unit/wad.

Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatannya melalui;

  1. Farmasi Klinik Pakar [ Farmasi Pesakit Luar ]
  2. Farmasi Pesakit Dalam [ Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Satelit 6 dan 8 ]
  3. Farmakokinetik Klinikal [ Therapeutic Drug Monitoring ( TDM ) ]
  4. Farmasi Aseptik [ Cytotoxic Drug Reconstitution ( CDR ), Total Parenteral Nutrition ( TPN ) ]
  5. Farmasi Pengeluaran
  6. Farmasi Logistik
  7. Farmasi Wad
  8. Pusat Maklumat Ubat [ Drug Information Services ( DIS ) ]

Fungsi Jabatan / Unit

Jabatan  Farmasi beroperasi mengikut unit-unit tertentu berdasarkan kepada 5 fungsi utama :

  • Farmasi Logistik berfungsi menguruskan proses perolehan, penerimaan, penstoran dan pembekalan ubat, bukan ubat/peralatan pakai buang, serta gas perubatan bagi keperluan hospital dan klinik kesihatan. la juga berfungsi mengekalkan stok bekalan yang mencukupi pada setiap masa.
  • Farmasi Pesakit Dalam yang terdiri dari Farmasi Bekalan Wad dan Farmasi Satelit, berfungsi menyediakan perkhidmatan bekalan ubat ubatan kepada pesakit dalam wad serta menjalankan perkhidmatan pendispensan secara bedside dispensing untuk pesakit discaj dan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit.
  • Farmasi Klinik Pakar menguruskan perkhidmatan pendispensan ubat untuk pesakit luar dan pesakit discaj secara biasa atau melalui sistem bekalan (Value Added Services) seperti Sistem Kad Temujanji, Sistem SMS & Ambil, Sistem Telefon & Ambil, Sistem Letak & Ambil , Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu, 1 Locker For U ( 1L4U ) dan Ubat Melalui Pos ( UMP ) bagi memudahkan perolehan bekalan ubat oleh pesakit.
  • Farmasi Pengeluaran berfungsi menyediakan formulasi dan penyediaan krim, losen, salap ,titis telinga dan titis hidung bagi mana-mana sediaan yang tiada dalam pasaran dan juga menjalankan proses pembungkusan semula ubat-ubatan mengikut Amalan Pengilangan Baik ( GMP ) bagi kegunaan hospital.
  • Farmasi Klinikal menguruskan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal secara optima kepada pesakit melalui aktiviti-aktiviti Farmasi Klinikal yang dijalankan di bawah unit-unit berikut:
    • Perkhidmatan Farmasi Wad
    • Perkhidmatan Penyediaan Nutrisi Parenteral ( TPN )
    • Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik ( CDR )
    • Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal ( TDM )
    • Perkhidmatan Pharmacy Resource Information Centre ( PRIC )
    • Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan
    • Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic ( MTAC )

Senarai Aktiviti dan Kursus 2018

Berikut merupakan aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Jabatan Farmasi bagi tahun 2018 :

Bil Nama Kursus 
Bengkel Evidence Based And Critical Appraisal 
2 Kursus Pemantapan Penggunaan Ubat Berkualiti - Pengguna ( QUMC ) 
3 Kursus Etika Perubatan 
4 Perhimpunan Pagi 
5 Kursus Softskill Dan Komunikasi Berkesan 
6 Kursus GGM 
7 Kursus Pengurusan Stor dan Aset 
8 Bengkel Pemantapan Projek Kualiti ( KIK / QA / Inovasi ) 
9 Kursus Pharmacy Updates 
10 Seminar Antibiotic Updates 
11 Safety Crush 
12 Kursus Medication Safety 
13 Bengkel Aseptik dan Klinikal Farmakokinetik 
14 Kursus Orientasi Jabatan 
15 Hari Keluarga 
16 Bengkel Biostatistik / Validating Questionnaire 
17 CME Tahunan Hospital 
18 Bengkel Pemantapan Aktiviti Farmasi Wad Peringkat Hospital Kluster ( Temerloh – Jengka – Jerantut ) 
19 Seminar Farmasi Geriatrik 2018 

Senarai Aktiviti dan Kursus 2019

Bil  Nama Kursus / Aktiviti  Tarikh 
1 CME : Paracetamol Poisoning : Timing is Everything 01/02/2019
2 RVD Updates 2019 22/04/2019
3 Kursus Pengurusan Keracunan Zon Pahang Tengah 29/04/2019
4 Cardiology Updates 2019 02/05/2019
5 Antibiotic Awareness Program sempena sambutan World Antibiotic Awareness Week oleh World Health Organisation ( WHO )  21/10/2019 - 24/11/2019

antibiotic awareness program 2019

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mygovuc baru MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2019 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.