Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Maran 28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2955333
No. Fax : 09-2972468
email : hoshas@phg.moh.gov.my

User ID : @moh.gov.my
Password :
 
Bilangan Hits : 14,673Hits
Bilangan Akses : 6,168
Bilangan Akses Hari Ini : 27
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Intranet HoSHAS
Intranet JKN Pahang
Sistem eMasa KKM
MyCPD KKM
eNotifikasi CDC KKM
MyTB KKM
PENAFIAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
Profail Korporat Servis Pelanggan / Pelawat Warga HoSHAS Informasi
 Utama / Berita Penuh

 Berita Penuh


Jabatan Farmasi :
Pil Pelangsing Kintop Kapsul

2007-04-22 | oleh : wana



Sudah menjadi fitrah semulajadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat umum.

Beberapa tahun lalu, heboh diperkatakan tentang kes pil pelangsing badan yang telah menyebabkan kematian seorang warga Singapura berikutan hatinya gagal berfungsi, manakala seorang lagi terpaksa menjalani pemindahan hati.

Kontroversi tercetus lagi berikutan kematian seorang suri rumah, Normala Shahidan, 33, dari Kampung Gunung Keriang, Alor Star selepas dua hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Alor Star, Kedah, pada 15 Februari lalu. Kematian mangsa telah dikaitkan dengan pengambilan pil pelangsing Kintop Kapsul bagi tujuan menurunkan berat badan.

Pil pelangsing Kintop Kapsul diimport dari China dan diedarkan oleh syarikat jualan langsung, SNE Marketing Sdn Bhd (SNE), beribu pejabat di Kuala Lumpur. Produk tersebut yang didakwa sebagai produk herba, dijual di pasaran pada harga RM350 setiap kotak.

Pendaftaran produk ter****t telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 24 Ogos 2006 berikutan hasil ujian makmal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) yang mendapati produk ter****t positif mengandungi bahan racun berjadual, Sibutramine.Namun begitu, produk ter****t masih diedarkan secara haram di seluruh Negara.

Sibutramine merupakan dadah terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Penggunaannya tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional/herba tanpa nasihat doktor. Ia tergolong dalam kumpulan ‘centrally acting appetite suppressants’, bertindak mengurangkan paras serotoin (sejenis bahan kimia yang berfungsi sabagai pengutus saraf di dalam otak) di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan.

Ia bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotoin di dalam darah meningkat. Apabila kandungan serotoin terlalu tinggi dalam darah ia boleh merosakkan salur darah terutama pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi, strok serta gangguan mental. Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh mengakibatkan radanghati (hepatitis).

Kesan sampingan akibat pengambilan sibutramine antaranya ialah sembelit, mual, mulut menjadi kering, hipertensi, sukar hendak tidur, rasa panas badan,berdebar-debar, berpeluh dan pening kepala.

Kesimpulannya, sama ada ubat moden atau tradisional, ubat penurun berat badan sepatutnya hanya diambil setelah semua langkah awal seperti penjagaan pemakanan dan bersenam yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh menemui jalan buntu.       

Kembali
Dasar Privasi  |  Peta Laman | Dasar Keselamatan
2006 - 2010 Hakcipta Terpelihara  ©  Portal Web Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh
Pahang Darul Makmur
3°27'12.18"N 102°27'5.80"E
DHTML Web Menu by OpenCube