• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan

Perkhidmatan kepakaran Bedah Mulut dan Maksilofasial adalah satu cabang kepakaran yang merangkumi  rawatan dan pembedahan segala penyakit dan kecederaan melibatkan tisu lembut dan tisu keras di bahagian oromaksilofasial. Jabatan Bedah Mulut Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh telah mula beroperasi pada 16 Mei 2005.  Pada mulanya jabatan ini hanya beroperasi dengan 4 orang staf sahaja iaitu seorang Pakar Bedah Mulut, 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Selaras dengan perkembangan semasa, jabatan ini juga turut berkembang secara langsung dengan penambahan anggota dan aktiviti.

Selain sebagai tempat rujukan, jabatan ini juga merupakan tempat latihan (attachment) untuk Pegawai Pergigian Tahun Pertama, Pegawai Pergigian yang ingin melanjutkan pelajaran, pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian dan pelatih Juruteknologi Pergigian.

Peta Lokasi

 

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No. Telefon
Dr. Khairulzaman Bin Adnan Ketua Jabatan & Pakar Bedah Mulut U 54 5409
Dr. Chin Siok Yoong Pegawai Pergigian U 44 5406
Dr Farah Nur Binti Tedin Ng Pegawai Pergigian U 44 1584 
Norhaidah Binti Mohd Sukeri Ketua Jururawat Pergigian U 32 1586
Norafizah Binti Mat Ladzin Juru Teknologi Pergigian U 32 1588
Irman Bin Masri Juru Teknologi Pergigian U 29 1588
Mohamad Sazeli Bin Saruji Pem. Pemb. Pergigian U 22 5406
Wahiyah Binti Mat Dahan Pem. Pemb. Pergigian U 17 5406
Zalinda Binti Awang Pem. Pemb. Pergigian U 17 5407
Nurul Syafida Binti Pilus Pem. Pemb. Pergigian U 17 1584
Md Suhaidi Bin Mat Hassan Pem. Pemb. Pergigian U 17 1585
Norhayati Binti Che Hassan Pem. Pemb. Pergigian U 17 1586
Mohd Rahimi Bin Abdul Fattah Pem. Pemb. Pergigian U 17 1585
Sharifah Rosmaini Binti Kamaludin Pembantu Tadbir N 17 1579
Mohd Faizan Bin Mohd Taib Pembantu Perawatan Kesihatan U 11 1579
Nordalila Binti Mohd Pembantu Perawatan Kesihatan U 11 1579


Jenis perkhidmatan

Klinik Pakar Bedah Mulut HoSHAS merupakan pusat rujukan pesakit bagi kawasan Pahang Barat yang meliputi daerah Temerloh , Bera, Maran, Jerantut, Raub, Bentong, Kuala Lipis dan Cameron Highlands. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 melalui laman web rasmi kerajaan negeri Pahang,  jumlah penduduk bagi kesemua daerah tersebut adalah seramai 781 510 orang.                                                                     

Jabatan ini menyediakan khidmat rawatan pesakit luar, pesakit dalam , menjalankan tugasan atas panggilan, sebagai tempat latihan dan  juga lawatan pakar.

 

LAWATAN PAKAR

LAWATAN PAKAR BEDAH MULUT KE KLINIK PERGIGIAN DAERAH

Selain memberikan rawatan di Klinik  Pakar, Pakar Bedah Mulut juga memberikan khidmat rawatan kepakaran di Klinik Pergigian daerah dengan mengadakan lawatan secara rutin mengikut jadual yang telah dirancang. Rawatan yang diberikan termasuklah khidmat perundingan, cabutan surgikal dan  pembedahan kecil mulut. Bagi kes yang kompleks, pesakit akan dirujuk ke Jabatan Bedah Mulut HoSHAS untuk rawatan  lanjutan.

Aktiviti:

  • Memastikan pesakit telah diberikan temujanji pada tarikh lawatan pakar.
  • Membuat pemeriksaan dan diagnosis kepada pesakit.
  • Memberikan rawatan seperti khidmat rundingan, cabutan surgika dan pembedahan kecil mulut.
  • Merujuk kes yang kompleks ke Jabatan Bedah Mulut HoSHAS untuk rawatan lanjut.

LAWATAN PAKAR PERUBATAN MULUT & PATOLOGI MULUT (OMOP)

Pakar Perubatan Mulut & Patologi Mulut daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan akan membuat lawatan pada setiap hari Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Sesi klinik diadakan di sebelah pagi manakala sesi CDE diadakan di sebelah petang. 

Aktiviti:

  • Memberikan tarikh temujanji kepada pesakit.
  • Membuat pemeriksaan susulan kepada pesakit bagi semua kes yang dirujuk.
  • Membuat penyiasatan yang mendalam bagi menentukan diagnosis pesakit.
  • Membuat diagnosis berpandukan penyiasatan yang mendalam.
  • Memberikan rawatan terperinci berdasarkan diagnosis.
  • Memberikan CDE kepada Pegawai Pergigian.

 

Jadual Perkhidmatan

Hari Pagi
(8.00am - 1.00pm)
Petang
(2.00pm - 5.00 pm)
Isnin
  • Hari pembedahan elektif
  • Kes-kes kecemasan
  • Hari pembedahan elektif
  • Kes-kes kecemasan
Selasa
  • 'Grand Ward Round'
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Lawatan pakar ke Klinik Pergigian Jengka (Jadual Lawatan sebagaimana Lampiran B)
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
Rabu
    • 'Ward Round'
  • Lawatan Pakar Patologi Mulut dan Perubatan Mulut daripada HTAA Kuantan (Minggu pertama & ketiga)
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
Khamis
  • 'Ward Round'
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
Jumaat

8.00 am - 12.15 pm

2.45 pm - 5.00 pm

  • 'Ward Round'
  • CME (Hospital)
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Kes-kes kecemasan
  • Mesyuarat / CDE

 

Fungsi Utama
  • Sebagai pusat rujukan untuk penilaian, diagnosis, dan pemulihan pesakit-pesakit yang memerlukan perhatian kepakaran dalam bidang-bidang pergigian berikut :
    1. Pembedahan Oromaksilofasial.
    2. Perubatan Mulut.
    3. Patologi Mulut.
    4. Pergigian untuk pesakit yang mempunyai keperluan khas.
  • Memberi pendidikan kesihatan pergigian.
  • Menyediakan perkhidmatan panggilan selepas waktu pejabat.
  • Sebagai tempat latihan untuk Pegawai Pergigian Tahun Pertama, Pegawai Pergigian yang ingin melanjutkan pelajaran, Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih dan Juruteknologi Pergigian Pelatih.
Piagam Pelanggan

Memberi perkhidmatan pergigian kepakaran Bedah Mulut dan maksilofasial melalui perkhidmatan :
i. Sistem pengurusan pesakit yang teratur.
ii. Rawatan yang terbaik dan berkesan.
iii. Budaya kerja yang selamat,penyayang,kerja berpasukan dan professional.


Juga memberi kesedaran tahap kesihatan mulut yang optimum melalui program pendidikan dan pencegahan mulut


Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan seperti berikut:

Bil Perkara Masa
1 Pendaftaran 10 minit
2 Masa menunggu untuk pemeriksaan doktor selepas pendaftaran 90 minit

 

Aktiviti Jabatan
  • Sebagai Pusat Rujukan:
    • Membuat diagnosis berpandukan penyiasatan yang mendalam.
    • Memberikan rawatan terperinci berdasarkan diagnosis.
    • Merujuk kepada hospital atau tertiari bagi rawatan yang kompleks.
  • Sebagai Pusat Latihan:
    • Pengajaran semasa 'Ward Round' dan klinik.
    • 'Continous Dental Education' (CDE) / perbincangan.
Aktiviti Tahun 20115
  • Bengkel `Calibration And Standardization of Oral Cancer Screening’
  • Kursus Malaysian Standard of Sterilization Process Peringkat Negeri Pahang 2015
  • Perhimpunan bulanan HoSHAS anjuran Jabatan Bedah Mulut yang bertajuk "THINK, GUESS AND WIN"
  • Jamuan Hari Raya Jabatan Bedah Mulut bersama Jabatan Pergigian Pediatrik
  • Kem Perubatan Pakar Kuala Krau

 

 

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.