• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
oftalmologi

Pengenalan

Jabatan Oftalmologi mula beroperasi pada 15 September 1991 di Hospital Mentakab. Pada masa itu, Jabatan ini terdiri daripada seorang Pakar Oftalmologi, seorang Pembantu Perubatan, seorang Pembantu Jururawat dan seorang Atendan Kesihatan sahaja. Perkhidmatan utama yang dikendalikan adalah Klinik Pesakit Luar dan Pembedahan Elektif. Dalam usaha Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan dan penjagaan mata, pelbagai perkhidmatan dan program baru telah diwujudkan. Dari setahun ke setahun, Jabatan ini berkembang seiring dengan pertambahan kakitangan, pegawai dan penerimaan peralatan-peralatan baru seperti mesin laser dan Phacoemulsifation Unit pada tahun 1999. Selain itu, perkhidmatan optometri pula mula beroperasi pada tahun 2002. Pada 15 Mac 2005, Jabatan Oftalmologi telah berpindah dan beroperasi di Hospital Temerloh yang kemudiannya dikenali sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Sehingga kini, jumlah kakitangan jabatan ini adalah seramai 33 orang, terdiri daripada Pakar Oftalmologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Optometri, Pembantu Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.

Kini, Jabatan Oftalmologi HOSHAS merupakan pusat rujukan bagi hospital-hospital di Pahang Barat dan Pahang Tengah. Bagi memenuhi keperluan semasa dan meningkatkan perkhidmatan, Jabatan ini telah dilengkapi dengan pelbagai alatan terbaru seperti mesin Fundus Camera, mesin Corneal Topography, Phacoemulsifation, Humphreys Visual Field Analyzer, dan Laser. Selain itu, Jabatan juga mengadakan lawatan Pakar ke hospital-hospital daerah yang lain dan menjalankan pembedahan katarak di Hospital Kuala Lipis. Di antara program Jabatan adalah mengadakan Sambutan Hari penglihatan Sedunia, Sambutan hari Glaucoma Sedunia, menganjurkan Kursus Penjagaan Mata Primer, Program Saringan Kanak-kanak Sekolah, menjalankan perkhidmatan Klinik Penglihatan Terhad, Klinik Katarak 1 Malaysia, Klinik Penglihatan Binokular dan juga Klinik Kanta Sentuh.

Peta Lokasi

 

Klinik Oftalmologi terletak di aras 3 Kompleks Klinik Pakar bertentangan dengan Klinik Paediatrik dan bersebelahan dengan Klinik Telinga, Hidung  dan Tekak.

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No Tel
Dr. Fatimah Suhaila Binti Sukaimy Pakar Oftalmologi UD 54  1568 
Dr. Rohana Binti Zulkifli Pakar Oftalmologi UD 54  5401 
Dr. Mohanarasan A/L Ratanam Pakar Oftalmologi UD 52  5401 
Dr. Saidatul Akma Bt Sharif Pegawai Perubatan UD 44  5401 
Dr. Thamarainathaselvi A/P Loganathan Pegawai Perubatan UD 44  5401 
Dr. Muhammad Ariff Bin Shaharuddin Pegawai Perubatan UD 44  5401 
Dr. Siti Aishah Binti Muhadi Pegawai Perubatan UD 44  5401 
Dr. Mangalathevi A/P Loganathan Pegawai Perubatan UD 44  5401 
Dr. Trisha Teh Su Shan Pegawai Perubatan UD 44  5401 
Pn. Nur Adnin Binti Razali Pegawai Optometri U 48  1566 
Pn. Norhanim Binti Ahmad @ Adnan Pegawai Optometri U 44  1566 
Pn. Shara Wahida Binti Mohd Sani Pegawai Optometri U 41  1566 
En. Ahmad Wafi Bin A. Aziz Pegawai Optometri U 41  1566 
Cik Ayu Hidayati Binti Ariffin Pegawai Optometri U 41  1566 
Pn. Norsyamimi Binti Mohd Halil Pegawai Optometri U 41  1566 
En. Abdul Halim Bin Jamion Penolong Pegawai Perawatan U 32  5402 
En. Mohd. Fairuz Bin Abdullah Penolong Pegawai Perawatan U 29  5401 
En. Saiful Hazreen Bin Shahiri Penolong Pegawai Perawatan U 29  5401 
En. Mohd Tarmizi Bin Sulaiman Penolong Pegawai Perawatan U 29  5401 
Pn. Fakhriyyah Bt Hamad @ Ahmad Lutfi Penolong Pegawai Perawatan U 29  5401 
Pn. Maslina Binti Basri Jururawat Terlatih U 32 (KUP)  5401 
Pn. Rodiatuladawiyah Binti Mat Nali Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Rosmaini Binti Ibrahim Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Siti Fauziah Binti Abdul Wahab Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Norfarizatul Izma Binti Ghazali Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Aisyah Mahfuzah Bt Hassan Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Nur Diyana Asyikin Binti Khalid Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Engku Sharifah Nor Amira Bt Engku Anuar Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Rohana Teng Binti Osman Teng Jururawat Terlatih U 29  5401 
Pn. Warni Ningsi Binti Muhammad Pembantu Tadbir N17  5401 
Pn. Noor Mazrina Binti Ah. Azari Pembantu Perawatan Kesihatan U 11  5401 
En. Atiqurrahman Bin Mohd Yusof Pembantu Perawatan Kesihatan U 11  5401 
Pn. Norain Bt Marlin Pembantu Perawatan Kesihatan U 11  5401 

Skop Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Oftalmologi

  • Membuat diagnosis awal dan memberi rawatan berkaitan penyakit-penyakit mata.
  • Menerima rujukan kes dari lain-lain jabatan / hospital / pusat / klinik kesihatan kerajaan dan swasta.
  • Merujuk kes yang memerlukan rawatan khusus ke lain-lain hospital rujukan
  • Melakukan prosedur-prosedur rawatan mata
  • Melakukan pembedahan elektif seperti katarak, pterygium dan lain-lain.
  • Menerima kes-kes kecemasan dan melakukan rawatan serta pembedahan bagi kes-kes kecemasan.
  • Melakukan ‘visual rehabilitation’.
  • Lain-lain seperti menjalankan program saringan mata, kursus penjagaan mata bagi kakitangan kesihatan, memberi ceramah tentang penyakit mata dan penjagaan mata kepada umum dan lain-lain aktiviti.

2. Perkhidmatan Optometri

  • Pegawai Perubatan akan merujuk kes yang memerlukan perkhidmatan Optometri.
  • Perkhidmatan rawatan dijalankan oleh Pegawai Optometri yang bertugas ke atas pesakit yang dirujuk secara temujanji di Jabatan Oftalmologi.
  • Perkhidmatan yang dijalankan adalah:
  • Refraksi
  • Perimetri dan Biometri
  • Klinik Penglihatan terhad
  • Klinik Kanta Sentuh
  • Klinik Penglihatan Binokular dan Ortoptik
  • Pemeriksaan diagnostik khas (ujian Hess, ujian Corneal Topography, ujian Penglihatan Warna, Penyaringan Diabetik Retinopathy dan Pemeriksaan Mata Primer)
Waktu Perkhidmatan

Hari  Masa 
Isnin hingga Khamis  8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang 
Jumaat  8.00 pagi – 12.15 petang
2.45 petang – 5.00 petang 

Jadual Klinik 

Hari  Pagi  Petang 
Isnin  General Clinic

Refraksi

Post-op 

Glaucoma Clinic  (Lawatan Sub kepakaran Glaucoma dari HTAA  sekali dalam setiap bulan)
ROP
Visual Field 
DM Screening
Pre admission
Selasa Pembedahan

Orthoptic Clinic

Refraksi

FFA/ Pembedahan minor

Pre-op assessment
Pre-admission
Visual Field
Rabu Pembedahan

Rawatan laser

Refraksi

Post-op

Diabetic Clinic
DM Screening
Pre admission
Visual Field
Khamis Pembedahan

Post op

Low Vision Clinic

General Clinic
Contact Lens Clinic
DM Screening
Visual Field
Rawatan laser
Jumaat   General clinic CME/ mesyuarat jabatan  
Rawatan laser 
DM Screening
Visual Field 


PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.