• Kemaskini Terakhir : Selasa 19 September 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Pengenalan

Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Hj Ahamad Shah Temerloh merupakan kesinambungan perkhidmatan Ortopedik Hospital Mentakab.Dengan berpindahnya Hospital Mentakab ke Hospital Temerloh pada bulan April 2005  ,maka bermulalah satu era baru perkhidmatan Ortopedik yang lebih baik.

Perkhidmatan Ortopedik Hospital Mentakab secara tetap bermula pada tahun 2000 di bawah penyeliaan seorang Pakar Ortopedik. Dengan arus pembangunan dan perubahan yang pesat, akhirnya perkhidmatan ini berkembang sehingga bilangan pakar meningkat kepada 4 orang dan 5 orang Pegawai Perubatan. Pada hujung 2006 seramai 3 - 5 orang Pegawai Perubatan Siswazah telah ditempatkan secara bergilir setiap 3 bulan yang mana dapat membantu melincinkan urusan jabatan.

Di  Hospital Sultan Hj Ahamad Shah, perkhidmatan yang lebih baik terlaksana dengan kemudahan Komplek Klinik Pakar, Wad Ortopedik ( Kenanga 5, 6 dan Melor 1), Dewan bedah yang sempurna dengan kelengkapan peralatan moden serta kemudahan lain.Secara amnya perkhidmatan Ortopedik Hospital Sultan Hj Ahmad Shah merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan Ortopedik untuk Hospital Daerah di Pahang Barat seperti Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Bentong, Bera, Triang, Jerantut dan sebahagian Maran.

Perkhidmatan Orthopedik yang dilaksanakan ialah seperti kes-kes trauma dan ‘General Orthopaedics’. Jabatan sedang menuju kearah perkhidmatan ‘sub-speciality’ lebih khusus seperti trauma, spinal, sport, paediatrik, arthroplasty, hand  dan tumour.
Matlamat perkhidmatan Jabatan Ortopedik adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang “Selamat dan Mesra”,  serta untuk mencapai perkhidmatan  yang ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’ demi memenuhi kepuasan pelanggan. 

Peta Lokasi

Aras 2

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan 1083
Bilik Pegawai Perubatan 1 1082 / 1084 / 1085
Bilik Pegawai Perubatan 2 1086 / 1087
Bilik Pembantu Perubatan 5327
Bilik Prosedur 1079
Bilik Rawatan 1081
Bilik Plaster (POP) 1078
Kaunter (Isnin, Rabu & Jumaat) 1087
Kaunter (Selasa & Khamis) 1334 / 5324

 Waktu Perkhidmatan

Hari / Masa 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 5.00pm
Isnin Elektif dan Day Care Elektif dan Day Care
Selasa Klinikal
Rabu Elektif,Trauma dan Day Care Elektif,Trauma dan Day Care
Khamis Klinikal
Jumaat Grand Ward Round CME Jabatan

 Jenis Perkhidmatan :

 1.Kemudahan Wad

Sebanyak 3 buah wad telah diperuntukkan untuk merawat pesakit ortopedik iaitu Wad Kenanga 5 untuk pesakit lelaki, Wad Kenanga 6 pesakit perempuan dan sebahagian dari Wad Melor 1 untuk kanak-kanak. Wad-wad ini dilengkapi dengan katil yang sempurna dan selesa, juga terdapat bilik berhawa dingin dan bilik pengasingan untuk pesakit ortopedik yang mengalami penyakit berjangkit serta kemudahan lain yang memberi kemudahan kepada kakitangan dan pesakit.

2. Kemudahan klinik Pakar
Klinik ortopedik beroperasi pada hari Selasa dan Khamis. Pendaftaran untuk pesakit membuat rawatan bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Klinik ini menerima rujukan daripada mana-mana hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta dari seluruh Malaysia. Di klinik ini, terdapat kemudahan bilik mecuci luka dan bilik untuk pemasangan POP ( simen ) bagi pesakit yang telah dirawat oleh doktor.
Pada Januari 2007, telah bermula klinik arthroplasti pada hari Rabu setiap 3 bulan sekali. Klinik ini adalah dikhaskan kepada pesakit yang mengalami masalah pada sendi dan pesakit yang telah menjalani pembedahan gantian sendi. Klinik ini mendapat khidmat pakar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dengan dibantu oleh seorang doktor dan kakitangan klinik

3. Pembedahan
Terdapat 2 bilik di dewan bedah telah diperuntukan untuk Jabatan Ortopedik menjalankan pembedahan. Pembedahan beroperasi pada hari Isnin dan Rabu sahaja kecuali kes-kes kecemasan yang memerlukan pembedahan segera. Dengan dibantu oleh peralatan terkini dan kepakaran yang ada, banyak pembedahan dapat dijalankan. Selain dari pembedahan pemasangan implant biasa, pembedahan tulang belakang, artroplasti (gantian sendi) dan atroskopi turut dijalankan oleh jabatan ini.
Pembedahan untuk rawatan harian juga disediakan oleh jabatan ortopedik. Pembedahan ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada setiap hari Isnin dan Rabu.

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.