• Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Julai 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

 

Pengenalan

Jabatan Pergigian Pediatrik mula beroperasi pada 4 Mei 2009. Ia merupakan jabatan pergigian pediatrik yang kedua di negeri Pahang yang memulakan perkhidmatan pergigian pediatrik selepas Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan di mana hospital HTAA telah memulakan  perkhidmatan ini sejak tahun 2002. Pergigian Pediatrik memulakan perkhidmatan kepakaran dan pusat rujukan dari Pahang Barat dan Tengah yang mana meliputi Kuala Lipis, Raub, Bentong, Jerantut dan Bera. Jabatan ini juga menerima rujukan dari jabatan lain di hospital ini. Pakar Pergigian Pediatrik biasanya ditempatkan di hospital-hospital  utama di bandar-bandar besar di negara ini dan kes-kes yang dikendalikan adalah kes-kes dari pelbagai sumber.

Peta Lokasi

 

Senarai pegawai bertugas

Nama  Jawatan  No Tel 
Dr. Roziana Binti Abdullah  Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Pediatrik 5423 
Dr. Nor Amira Shakira Binti Abdul Halim Pegawai Pergigian U 44 1581
Dr. Wan Aiesyah Binti Wan Ahmed Pegawai Pergigian U 41 1581
Pn. Nazirah Binti Mat Lawi Jururawat Pergigian U 29 5408 
Pn. Norazila Binti Mohammad Darus Pembantu Pembedahan Pergigian 5408  
En. Mohd Zaidi Bin Zaharim Pembantu Pembedahan Pergigian 5408  
En. Mohd Nor Halim Bin Abu Talib Pembantu Pembedahan Pergigian 5408  

Jenis perkhidmatan

 

KLINIKAL

  • Rawatan maksilofasial untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal atau mental atau kedua-duanya sekali.
  • Rawatan maksilofasial untuk kanak- kanak yang berkompromi perubatan
  • Rawatan Pergigian Komprehensif  dibawah bius umum.
  • Rawatan maksilofasial dibawah bius umum.
  • Rawatan maksilofasial melalui sedatif oral.
  • Rawatan kecemasan untuk trauma atau kecederaan lain termasuk kes-kes maksilofasial.
  • Rawatan untuk patologi mulut dan maksilofasial.
  • Pembedahan kecil maksilofasial.
  • Perubatan mulut.
  • Kelainan kegigian.
  • Penyakit lain/masalah oromaksilo fasial
  • Pergigian forensik

BUKAN KLINIKAL

  • Memberi pendidikan kesihatan pergigian
Sebagai pusat latihan pegawai-pegawai pergigian tahun pertama, pegawai-pegawai pergigian yang ingin melanjutkan pelajaran , peqawai kontrak,pembantu pembedahan pergigian pelatih dan juruteknologi pergigian pelatih.

 PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
Selain memberikan rawatan pesakit luar di HOSHAS, jabatan ini juga membuat lawatan dan memberikan rawatan  pakar kepada pesakit luar di Klinik Pergigian Bentong dan Jerantut berdasarkan jadual lawatan pakar

 Hari

8.00a.m -1.00p.m

2.00p.m-5.00p.m

Isnin

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Rondaan wad
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan

 

Selasa

  • pembedahan elektif dewan bedah
  • Rondaan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Rondaan wad
  • Kes-kes kecemasan

Rabu

  • Rondaan wad
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Rondaan wad
  • Kes-kes temujanji
  • Kes-kes kecemasan
  • Lawatan pakar ke Klinik Pergigian Jerantut (setiap 6 minggu), Klinik Pergigian Bentong (setiap 2 bulan) dan Klinik Pergigian Kuala Lipis (setiap 6 bulan)
  • Klinik gabungan bersama kepakaran pergigian yang lain (sekali setiap 2 bulan ~ 6 kali bagi tahun 2015)

Khamis

  • Rondaan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Kes-kes temujanji
  • Aktiviti kualiti (minggu keempat setiap bulan)
  • Rodaan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Kes-kes temujanji
  • sesi perbincangan kes-kes pra-pembedahan

 

8.00a.m-12.15p.m

2.45p.m-5.00p.m

Jumaat

  • Rondaan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Mesyuarat / CDE
  • Rondaan wad
  • Kes-kes kecemasan
  • Mesyuarat / CDE

 

8.00a.m-1.00p.m

 

Sabtu

  • Pembedahan elektif di dewan bedah (2 bulan sekali mengkut jadual)

 

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Pembedahan elektif sekali seminggu (Isnin) dan pembedahan kecemasan.
  • Menerima rujukan pesakit dalaman dari unit-unit lain.
  • Rawatan maksilofasial pesakit akut dan kronik pediatrik.

JADUAL LAWATAN PAKAR

  • “combined clinic with orthodontist, periodontist,oral surgery’’ di klinik pakar pergigian pediatrik setiap bulan pada Khamis minggu ke 4.
  • Lawatan ke Klinik Pergigian Bentong tidak diteruskan lagi kerana telah diambil alih oleh Pakar Pergigian Pediatrik dari Hiospital Kuala Lipis (Dr Navashiella Retna A/P Ratnasingam)
  • Lawatan ke Klinik Pergigian Jerantut setiap Rabu minggu ke 3 atau ke 4 (6 minggu sekali)
Piagam Pelanggan

 Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan seperti berikut:

  1. Pendaftaran : 10 minit
  2. Masa menunggu untuk pemeriksaan doktor selepas pendaftaran : 90 minit
  3. Bil doktor pada hari ini : 3 orang
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.