• Kemaskini Terakhir : Selasa 21 November 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
                                   
          
Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi mula ditubuhkan di Hospital Mentakab pada tahun 2000 dan hanya dikendalikan oleh seorang Jururawat Terlatih. Unit ini telah berpindah sempena perpindahan Hospital Mentakab ke Temerloh iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada 15/4/2015.

Pada hari ini Unit Kawalan Infeksi mempunyai 6 anggota yang terdiri daripada seorang Penyelia Jururawat, seorang Ketua Jururawat, seorang Jururawat KUP dan tiga orang Jururawat Terlatih.

Unit Kawalan Infeksi ini menjalankan tugas mengumpul data, memantau Health Care Associated Infection (HCAI), mengawal infeksi mengikut senarai tugas yang telah ditetapkan.

Unit Kawalan Infeksi ini berada di lokasi Aras 3 bersebelahan dengan Unit Pendidikan Pesakit dan Auditorium.

Sambungan Utama

 Jawatan / Lokasi No Sambungan
Kawalan Infeksi 1617 

 Piagam Pelanggan   

  • Memastikan kakitangan mengamalkan Hand Hygiene melebihi 80 peratus.
  • Memastikan kadar Health Care Associated Infection (HCAI) tidak melebihi 0.4 peratus.
  • Melihat pesakit yang mempunyai Alert Organism dalam masa 1 jam pada hari bertugas selepas keputusan makmal diterima.

Waktu Perkhidmatan   

  • Hari   : Isnin – Jumaat
    Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Jenis Perkhidmatan   

  • Unit Kawalan Infeksi bertanggungjawab membentuk polisi dan prosedur berkaitan dengan kawalan jangkitan di hospital.
  • Memastikan polisi dan prosedur kawalan infeksi selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh National Infection and Antibiotic Control Committee(NIACC).
  • Menjadi penasihat kepada keselamatan hospital ditempat yang berisiko tinggi seperti dewan bedah, icu dan lain-lain.
  • Memberikan cadangan berkaitan langkah kawalan infeksi yang patut diambil berdasarkan data yang diperolehi.
  • Terlibat secara langsung di dalam aktiviti kawalan infeksi untuk kejadian wabak di peringkat hospital.
  • Lawatan ke wad/unit dilakukan untuk mengenalpasti jangkitan hospital serta pengurusan kebersihan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan melakukan remedial action untuk penambahbaikan.
  • Aktiviti Surveillance, audit dalaman dan membuat pemantauan mengenai Health Care Associated Infection
  • Polisi kawalan infeksi dan antibiotik
  • Menyediakan dan menyemak polisi berkaitan kawalan infeksi dan antibiotik setahun sekali atau dari masa ke            semasa sekiranya terdapat perubahan di peringkat KKM semasa sekiranya terdapat perubahan di peringkat KKM     atau Hospital
  • Menyediakan dan menyemak polisi berkaitan penggunaan PPE, disinfektan dan Sterilization.
  • Pendidikan dan Latihan

       Menganjurkan program pendidikan berkaitan kawalan infeksi kepada kakitangan dari masa ke semasa.
       Memberikan orentasi berkaitan kawalan infeksi kepada kakitangan baru.
       Menganjurkan ceramah secara formal dan tidak formal kepada semua kakitangan kesihatan dari masa ke semasa.

  • Imunisasi kakitangan

       Menyelaras dan melaksanakan program immunisasi kakitangan e.g vaksinasi Hepatitis B.

  • Melakukan Air Sampling dan Environmental Sampling ditempat berisiko tinggi seperti Dewan Bedah atau di Unit Rawatan Bayi sebagai rutin jika terdapat Outbreak atau Renovation.
  • Mewujudkan sebuah unit yang efektif dalam pencegahan dan pengawalan jangkitan Health Care Associated Infection (HCAI) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
  • Mengutamakan penjagaan perawatan yang maksima serta mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.
  • Menyediakan program kawalan infeksi dan memastikan ianya dilaksanakan dengan berkesan.
  • Memantau pelaksanaan dan pemantauan prosedur kerja dan polisi yang ditetapkan dalam pengawalan kawalan infeksi hospital.
  • Menyediakan program pendidikan kawalan infeksi dan orientasi kepada anggota hospital, pesakit dan pelawat. 

Fungsi Unit 

  • Mewujudkan sebuah unit yang efektif dalam pencegahan dan pengawalan jangkitan Health Care Associated Infection (HCAI) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.
  • Mengutamakan penjagaan perawatan yang maksima serta mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.
  • Menyediakan program kawalan infeksi dan memastikan ianya dilaksanakan dengan berkesan.
  • Memantau pelaksanaan dan pemantauan prosedur kerja dan polisi yang ditetapkan dalam pengawalan kawalan infeksi hospital.
  • Menyediakan program pendidikan kawalan infeksi dan orientasi kepada anggota hospital, pesakit dan pelawat. 

Aktiviti - aktiviti yang dijalankan :-

TARIKH AKTIVITI
22/1/2015 CNE: SHARP INJURY
04/2/2015 BENGKEL LINK NURSE UPDATE
18/3/2015 CNE: HARD SURFACE DISINFECTANT
15/4/2015 CNE: PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE)
20/4/2015 – 30/4/2015 AUDIT HAND HYGIENE DI WAD/UNIT
05/5/2015 SAMBUTAN & KURSUS HAND HYGIENE DAY 2015
25/5/2015 CNE: STANDARD PRECAUTION
10/6/2015 CNE: SAFETY DEVICES (BLOOD COLLECTION SET)
17/6/2015 BENGKEL PEMANTAPAN, PENGUKUHAN, KEFAHAMAN DAN KEPENTINGAN KAWALAN INFEKSI
 
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS DDMS2.0 clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.