• Kemaskini Terakhir : Selasa 21 November 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Pengenalan

Hospital Kluster di Malaysia pada awalnya merupakan salah satu cadangan inisiatif di bawah Transformation of Malaysian Healthcare System pada awal tahun 2012 dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Perancangan KKM ( JPPK ) pada 2 April 2014. Tiga buah negeri telah terpilih sebagai projek perintis bagi Hospital Kluster di Malaysia, iaitu negeri Pahang, Melaka dan Sabah.

Konsep Hospital Kluster

Hospital Kluster adalah gabungan hospital-hospital yang terletak berhampiran yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada pesakit. Gabungan hospital-hospital ini akan berkongsi sumber, fasiliti kemudahan, sumber manusia dan aset-aset untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Dengan konsep gabungan dan perkongsian sumber di antara hospital, pelbagai isu dapat ditangani terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan rawatan berpakar kepada rakyat tempatan.

Hospital Kluster Pahang Tengah

Hospital Kluster Pahang Tengah terdiri daripada tiga buah hospital berdekatan yang terletak di bahagaian Pahang Tengah iaitu:

  1. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah – sebagai hospital induk
  2. Hospital Jengka
  3. Hospital Jerantut

Lokasi

Aras 3

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi
No Sambungan
Dr. Nurul Ain binti Alan Hafifi
Pegawai Perubatan Gred UD44
1673

Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan rawatan kepakaran dilaksanakan secara berperingkat.Sehingga kini kepakaran yang terlibat adalah :

  • Perubatan Am.
  • Pembedahan Am.
  • Kecemasan dan Trauma.
  • Otorinolaringologi.
  • Oftalmologi.
  • Patologi.

Perkhidmatan lain yang terlibat :

  • Unit sucihama (CSSD)
*Right Patient *Right Treatment *Right Time *Right Place

 Projek Hospital Kluster Pahang Tengah membolehkan Hospital Jengka & Hospital Jerantut memberikan rawatan pakar yang diselaraskan oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Aktiviti-aktiviti

  1. LAWATAN KERJA HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH ke HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH - 23 Januari 2017 (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah)
  2. PAMERAN HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH DI HARI TERBUKA HOSPITAL JENGKA - 5 Mei 2017 (Hospital Jengka)
  3. LAWATAN KERJA JKN TERENGGANU KE HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH - 24 JULAI 2017 HoSHAS, 25 JULAI 2017 (Hospital Jerantut)
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS DDMS2.0 clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.