• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan

Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit yang berada di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan seluruh warga kerja HoSHAS dan para pesakit yang beragama Islam dari sudut fizikal dan rohani selaras dengan tuntutan syariat Islam

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No tel
Ustaz Mohd Hafiz Bin Zabidin Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 EXT:1054
Pn. Asy Syahida bt Md Deli Pembantu Tadbir (P/O) N17 EXT:1052/5319

Lokasi

Unit Hal Ehwal Islam terletak di dalam bangunan Perubatan bertempat di Aras 2, Unit Psikologi Kaunseling , Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Maran, 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.

Misi, Visi & Objektif

Misi

Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit

Visi

Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan hal ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.

Objektif

1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam bagi memastikan warga kerja dan pesakit mendapat bimbingan kerohanian.
2. Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya Islam dan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan warga kerja semasa bertugas
3. Memastikan aktiviti hospital yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dilaksanakan dengan cekap dan efisien.
4. Menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan keperluan dan selaras dengan kehendak Syari’e.
5. Melahirkan warga kerja hospital yang mahir dalam pengurusan dan pengendalian ibadah pesakit

Fungsi Utama Unit Hal Ehwal Islam
  • Mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital.
  • Merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah.
  • Menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.
Aktiviti

1. Tanggungjawab Kepada Hospital

1.1 Mewujud dan menyelia Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
1.2 Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
1.3 Menjadi sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama

2. Perkhidmatan Kepada Warga Kerja Hospital

2.1 Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
2.2 Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada warga kerja hospital

3. Perkhidmatan Kepada Pesakit Dan Waris

3.1 Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
3.2 Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.

Waktu Perkhidmatan

• Isnin – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
• Jumaat : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari / 3.30 petang – 4.30 petang

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.