• Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Julai 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan

Unit Kejuruteraan memberi perkhidmatan pemantauan dan konsultansi bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek dan pengurusan asset untuk keselamatan dan keselesaan penggunaan serta pembangunan infrastruktur hospital berteraskan modal insane yang kreatif dan inovatif.

Misi Visi & Objektif

Visi

Menjadikan perkhidmatan pemantauan dan konsultansi bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek dan pengurusan aset untuk keselamatan dan keselesaan penggunaan serta pembangunan infrastruktur hospital berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif.

Misi

Misi Unit Kejuruteraan ialah untuk menyumbang kepada penyelenggaraan kejuruteraan dan servis hospital dengan:

1) Memastikan proses kerja mematuhi piawaian dan prosedur untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten
2) Mengukuhkan pemantauan dan kompetensi kejuruteraan sedia ada
3) Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan konsultansi projek yang efektif dan inovatif
4) Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
5) Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
6) Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
7) Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

Objektif

Objektif Unit Kejuruteraan adalah seperti berikut:

1) Melaksanakan program dan projek di bawah perancangan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK)
2) Melaksanakan projek baru dan naik taraf kemudahan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan
3) Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab BPK.
4) Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan.
5) Memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No tel
Mohd Ridhwan Hizami Abd Rashid Jurutera Operasi Hospital EXT:1010
Saifful Bin Sukimi Penolong Jurutera Hospital EXT:1010

 

Fungsi Utama

1. Memastikan proses kerja mematuhi piawaian dan prosedur untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten..
2. Mengukuhkan pemantauan dan kompetensi kejuruteraan sediada.
3. Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan konsultansi projek yang efektif dan inovatif.
4. Membangunkan modal insane dan kompetensi baru.
5. Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
6. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
7. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

Piagam Pelanggan

1. Unit kami memastikan perlaksanaan kerja-kerja servis dan penyelenggaraan berikut oleh syarikat konsesi di bawah Perkhidmatan Sokongan Hospital agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi:

i) Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti -
Facilities Management Services (FMS)

ii) Perkhidmatan Kejuruteraan Fasiliti –
Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS)

iii) Perkhidmatan Kejuruteraan Biomedikal –
Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)

iv) Perkhidmatan Pendobian Linen
Linen and Laundry Services (LLS)

v) Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal
Healthcare Waste Management Services (HWMS)

vi) Perkhidmatan Pembersihan dan Pencucian
Cleansing Services (CLS)

2. Membantu, memberi khidmat nasihat teknikal, memantau serta memastikan segala piawaian dan peraturan dipatuhi dalam melaksanakan projek-projek pembangunan di premis kesihatan

 

 

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.