• Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Julai 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan

Unit Kewangan merupakan tulang belakang kepada pengurusan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Fungsi utama unit ini adalah memastikan kerja-kerja berkaitan dengan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Jabatan dilaksanakan mengikut arahan, Pekeliling dan Peraturan dari masa ke semasa.

  1. Mengawal dan menentukan peruntukan dibelanjakan mengikut Arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dari masa ke semasa.
  2. Mewujudkan satu sistem perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan.
  3. Mengadakan satu sistem maklumat pengurusan kewangan untuk mengawal prestasi.
  4. Kawalan Peruntukan dan Perbelanjaan melalui sistem eSPKB
  5. Pembayaran Emolumen - Elaun-elaun dan kemudahan kakitangan.
  6. Urusan bayaran - Pembekal dan Perkhidmatan.
  7. Pinjaman - Perumahan, komputer dan Kenderaan.
  8. Pembekalan - Alatulis dan Pakaian Seragam.
  9. Urusan pelbagai potongan gaji kakitangan - KWSP, Pinjaman dan lain-lain.

Sistem Pengurusan Kewangan yang diamalkan adalah berdasarkan kepada Sistem Belanjawan diubahsuai ataupun “Modified Budgeting System’ (MBS) yang diperkenalkan oleh kerajaan mulai 1 Januari 1990.

Berdasarkan Batas Perbelanjaan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan, peruntukan-peruntukan yang telah diterima daripada KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah diagihkan kepada Ketua-Ketua Jabatan (Program/Aktiviti) selaras dengan Perjanjian Program yang ditandatangani.

Sebahagian besar peruntukan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang menjadi teras perkhidmatan. Ini selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan agar kesihatan yang baik dapat menjana produktiviti serta memangkinkan ekonomi. Maka, peruntukan yang diterima daripada kerajaan digunakan untuk membiayai Pembayaran Emolumen, Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan seperti Elaun Lebihmasa, Elaun Perjalanan, Elaun Pertukaran dan Utiliti. Selain dari itu, ia juga adalah untuk membiayai Sewaan, Pembelian Alatan Perubatan, Bahan-bahan Kimia dan Ubat-Ubatan, Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil, Bangunan dan Aset.

Bagi melancarkan perjalanan kegiatan dan aktiviti hospital, kedudukan kewangan perlu berada ditahap yang baik dan pemantauan yang teliti telah digunapakai.

Perancangan dibuat berdasarkan prestasi tahunan sebelumnya mengikut peruntukan yang telah diberikan berdasarkan Program/Aktiviti/Projek yang telah dilaksanakan, dan Batas Perbelanjaan yang telah dicadangkan melalui Perjanjian Program.

Laporan Prestasi Belanjawan disediakan bagi tujuan menilai prestasi perbelanjaan setiap Jabatan/Bahagian/Unit berdasarkan kepada projek dasar sedia ada, Dasar Baru atau Dasar Sekala.  Prestasi Perbelanjaan harus seimbang dengan tahap perlaksanaan projek.  Jika terdapat mana-mana peruntukan yang hampir habis atau tidak bergerak, penjelasan lengkap akan dibuat.

Berdasarkan Batas Perbelanjaan yang diluluskan dan jumlah peruntukan atau Geran tahunan yang diberikan oleh KKM, HOSHAS akan menyesuaikan peruntukan mengikut keutamaan program.  Pada kebiasaannya Batas Perbelanjaan yang dimohon dan yang diluluskan akan berbeza.

Walaubagaimana pun, usaha dijalankan supaya perbelanjaan tidak melebihi batasnya dan Peruntukan akan diagihkan mengikut perancangan.

 

Lokasi

Unit Kewangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh terletak di Pejabat Pengurusan Aras 3.

Senarai Pegawai Bertugas

Nama  Jawatan  No Tel 
Azrul Bin Zainal  Akauntan 1346 
Mohamad Hamdan Bin Hashim  Penolongg Akauntan 5375
Rohani Binti Awang Pembantu Tadbir Kanan N 22 2101 
Zakuan Bin Hassan Pembantu Tadbir Kanan Kew W 22 2103 
Nor Azizah Binti Abdul Aziz  Pembantu Tadbir Kew W 22 (KUP) 1328 
Ernie Harnidaa Binti Ahmad Ridzua  Pembantu Tadbir Kew W 17 1328 
Nuur Hazila Binti Taharudin  Pembantu Tadbir Kew W 17 1317 
Munawwarah Binti Mohamad Rawi  Pembantu Tadbir Kew W 17 1310 
Rohani Binti Omar  Pembantu Tadbir Kew W 17 2104 
Siti Norbaiyah Binti Shamsudin  Pembantu Tadbir Kew W 17 1327 
Siti Noraini Binti Ismail  Pembantu Tadbir Kew W 17 1315 
Fadilhanum Binti Mat Arof  Pembantu Tadbir Kew W 17 1327 
Norfardati Afifah Binti Borhan  Pembantu Tadbir Kew W 17 1329 
Siti Sarah Binti Yusof  Pembantu Tadbir Kew W 17 1315 
Shahril Hisham Bin Mohamad  Pembantu Tadbir Operasi N 17 1310 

 

Aktiviti Jabatan / Unit

Untuk mencapai perkhidmatan yang cekap dan mesra maka Unit Kewangan meletakkan objektif seperti berikut:

  1. Menguruskan peruntukan dan perbelanjaan dengan cekap dan mematuhi segala prosedur-prosedur kewangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menguruskan baucar-baucar bayaran mengikut prosedur kewangan yang betul
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.