• Kemaskini Terakhir : Selasa 19 September 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Pengenalan

Unit Pentadbiran Am telah diwujudkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital pada tahun 2005. Sehingga kini, unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir (N27) dan dianggatoi seramai 26 orang yang terdiri daripada jawatan Penyelia Asrama N17, Pembantu Tadbir N17, Pembantu Perpustakaan N17, Pembantu Operasi N11, Pemandu H11 dan Pekerja Awam H11.

Peta Lokasi

Aras 3

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Kaunter Depan 1320
Fax / Surat 1312
Rekod surat, ALPH/ALP Psy, Penghantaran EMS, Perhubungan Awam, Kenderaan, Tempahan makan, LPO makanan 1331
Stor alatulis, Cuti anggota,Kuarters 1323
Auditorium, Tempahan premis, Sticker nama / carta, Majlis Hospital 1618

Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan di Unit Pentadbiran Am ditumpukan kepada :

i - Penyeliaan Kenderaan

Bilangan kenderaan yang dimiliki mengikut jenis

Bil Jenis Kenderaan Bil sediada di Hospital Mentakab (2004) Tambahan di HoSHAS (2005)
1 Ambulan *  ** 6 6
2 Kereta Jenazah 1 1
3 Kereta Mayat 1 1
4 Kereta Saloon 1 -
5 Pajero 1 -
6 Bas Mini / Van 3 2
7 Lori 1 1
Jumlah 14 11
JUMLAH KESELURUHAN 25


 

 

 

 

 

 

ii - Penyeliaan Bangunan

Unit ini memantau kecacatan bangunan didalam tempoh jaminan sehingga tahun 2007.Unit ini juga menyelia semua projek pembangunan dan menaiktaraf didalam kawasan hospital.

Projek-projek naik-taraf yang telah selesai pada tahun 2005

  • Pembinaan rumah sisa sampah
  • Pembinaan garaj
  • Pembinaan Ruang Penyimpanan Rekod Perubatan

iii - Kawalan Keselamatan

Unit ini juga menyelia keselamatan di seluruh kawasan hospital yang terdiri dari Blok Utama (Perubatan), asrama jururawat, rumah kediaman dan asrama pegawai perubatan siswazah.

iv - Penyeliaan Aset/Inventori

  • Menyelenggara Kad Harta Modal (Kew.312) dan Inventori (Kew.313) - 50% Aset Hospital Temerloh telah direkod dengan sempurna.
  • Memastikan pembaikan yang dilakukan oleh Jabatan/Unit direkod ke dalam Kad Kew.312/313
  • Menyelenggara laporan verifikasi stok.

Perpindahan Hospital Mentakab ke Hospital Baru tidak melibatkan perpindahan besar peralatan utama, ini kerana hospital baru lebih selesa dan dilengkapkan dengan kemudahan dan peralatan terkini.  60% peralatan hospital lama yang masih boleh digunakan telah diagihkan ke daerah lain mengikut permintaan, 40% peralatan yang masih berbaki masih disimpan di Hospital Mentakab.  Diantaranya masih terdapat peralatan / barangan yang masih boleh digunakan.  Walau bagaimanapun tindakan pelupusan akan diambil ke atas peralatan yang rosak/tidak boleh digunakan.

v - Sistem Fail dan Urusan Surat menyuarat

Fail Am
300
Fail Sulit
30
Fail Peribadi
1200
Urusan keluar/masuk surat
100 pucuk/hari

 Aktiviti Utama

Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan :

  • Pengurusan stor alatulis jabatan,
  • Pengurusan kenderaan jabatan,
  • Pengurusan kenderaan JUSA C,
  • Perhidmatan tempahan kenderaan,
  • Pengurusan fail jabatan,
  • Pengurusan surat jabatan,
  • Pengurusan rumah kerajaan,
  •  Pengurusan asrama jururawat,
  • Pengurusan tempahan makanan bagi kursus dan mesyuarat,
  • Pengurusan tempahan auditorium dan bilik-bilik mesyuarat dan
  • Kad perakam waktu dan e-hadir.
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.