• Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Julai 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

 

Pengenalan

Unit Psikologi Kaunseling adalah sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital pada Julai 2009.  Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Psikologi  PSM Kementerian Kesihatan Malaysia Gred S41.  Unit ini dinamakan sebagai Unit Psikologi Kaunseling kerana pendekatan psikologi & kaunseling akan digunakan untuk membantu menangani konflik dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini adalah untuk menghasilkan perkhidmatan psikologi kaunseling yang efisien dan efektif.

Lokasi

Unit terletak di dalam bangunan Hospital bertempat di Aras 2, Unit Psikologi Kaunseling , Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Maran, 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.

Senarai Pegawai Bertugas

Nama
Jawatan
No Tel
Puan Siti Norhamizah Bt Sazali Pegawai Psikologi S41 Ext : 1054
Pn. Asy Syahida bt Md Deli Pembantu Tadbir (P/O) N17 Ext : 1052/5319

Objektif Unit Psikologi Kaunseling

  • Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat.
  • Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
  • Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan isu yang menganggu kehidupan.

  Senarai borang-borang yang digunakan di Unit Psikologi dan Kaunseling seperti di bawah ini :-

 i. Hoshas-UPK-001 (A)Rujukan STAFF

 ii. HoSHAS-UPsK-001(B) Rujukan PESAKIT

 iii. HoSHAS-UPsK-002 permohonan SUKARELA

 Untuk muat turun borang berkaitan dengan unit ini sila klik di sini

Fungsi utama Unit Psikologi Kaunseling
  • Melaksanakan program-program pembangunan modal insan di kalangan penjawat awam di hospital.
  • Menjalani sesi Klinik Kaunseling / Intervensi ke atas klien yang dirujuk / sukarela (walk in) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi.
Piagam Pelanggan Unit Psikologi Kaunseling
  • Sesi Intervensi  dijalankan dalam masa 45 minit hingga 60 minit
  • Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
  • Setiap rujukan baru (pesakit luar) diberi temujanji sekurang-kurangnya 7 hari bekerja dari tarikh rujukan.
  • Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling di kalangan kakitangan Hospital akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
  • Setiap rujukan baru (pesakit wad) diberi temujanji sekurang-kurangya 3 hari bekerja daripada tarikh rujukan.
  • Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan UPK
  • Borang rujukan dan borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Unit Psikologi Kaunseling, Kaunter perkhidmatan di klinik pakar dan wad-wad, kaunter unit-unit dan Jabatan, dan Pejabat Pentadbiran/ Website HoSHAS. Borang rujukan hendaklah ditandatangani oleh doktor/ pegawai yang merujuk.
  • Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
  • Isnin – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
  • Jumaat  : 9.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang – 4.30 petang
Aktiviti Unit Psikologi Kaunseling
  • Pegawai Psikologi S41 :-
  • Mengendalikan sesi kaunseling / konsultasi / intervensi individu, kelompok, membuat penilaian psikologi, menjalankan lawatan psikososial di rumah, pengendalian bengkel & kursus, contoh kes seperti pengurusan kemarahan, penderaan, tatatertib, disiplin, psikososial dan lain-lain.
  • Mempromosi Khidmat Psikologi Kaunseling dan Kesihatan dari aspek emosi, mental spiritual, dan tingkahlaku.
  • Pembantu Tadbir (P/O) N17 :-
  • Mendaftar kes-kes rujukan dan permohonan.
  • Membantu menetapkan tarikh temujanji.
  • Menjawab panggilan telefon untuk peringatan tarikh temujanji, menerima pesanan dan permohonan perkhidmatan.
  • Membantu menguruskan fail, hal ehwal unit.
  • Merekod kehadiran pelawat / klien.
  • Membantu dalam kerja-kerja promosi Unit Psikologi Kaunseling Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

 

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.