• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

 

Pengenalan

Unit Teknologi  Maklumat (UTM) merupakan satu unit sokongan bukan klinikal yang beroperasi di bawah Timbalan Pengarah (Pengurusan). Unit ini menjalankan pelbagai fungsi dan antaranya ialah merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT yang dijalankan di HOSHAS sebagaimana yang ditentukan oleh Jabatan dan Kementerian Kesihatan.Selain itu, unit ini berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan bagi peralatan rangkaian, peralatan ICT serta sistem aplikasi supaya dapat digunakan secara optimum dan tidak mengganggu operasi harian.

HoSHAS adalah merupakan sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology (HICT) dan akan menggunakan sepenuhnya sistem yang dinamakan Hospital Information System (HIS). HIS merupakan aktiviti utama unit yang mana meliputi keseluruhan operasi hospital.Disamping itu juga, unit ini turut memantau pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem-sistem perubatan dan bukan perubatan yang lain seperti HRMIS, eSPKB, ePerolehan, Telekonsultasi,  e-Notifikasi, MYCPD, e-MASA dan lain-lain.

Unit ini  diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44) dengan di bantu oleh 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat (F41), seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (FA32) , 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29), 2 orang Juruteknik Komputer (FT19).

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No tel
Cik Roshayati binti Osman Pegawai Teknologi Maklumat Kanan F44 EXT:5381
En. Aliff Ridzuan Lee bin Abdullah Pegawai Teknologi Maklumat F41 EXT:1367
Cik Hasnizaili Binti Abdul Hamid Pegawai Teknologi Maklumat F41 EXT:1366
En. Jonaidi bin Abd Awayhid Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Kanan FA32 EXT:1363
En. Mohd Azemin bin Rahaja (webmaster) Pen. Pegawai Teknologi Maklumat FA29 EXT:1363
Pn. Hasyimah Binti Zakaria Pen. Pegawai Teknologi Maklumat FA29 EXT:1364
En. Faizal bin Kamal Juruteknik Komputer FT19 EXT:1364
En. Asmawi bin Nurdin Juruteknik Komputer FT19 EXT:1361

 

Misi dan Objektif Unit 

Misi

Memberikan perkhidmatan berkualiti dengan cekap dan professional, kerja berpasukan dan prihatin untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Objektif

Mewujudkan perkhidmatan ICT yang cekap dan berkualiti , memastikan kebolehsediaan serta keselamatan sistem aplikasi dan rangkaian sentiasa terjamin. 

Fungsi utama Unit ICT
  • Pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Aplikasi
  • Penyediaan dan Penyenggaraan Rangkaian LAN dan WAN
  • Perlaksanaan dan Pemantauan Projek ICT KKM dan penggunaan 'Office Automation'
  • Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian ICT
  • Keselamatan ICT Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Aktiviti Unit ICT

Memberi latihan teknikal kepada pelajar-pelajar latihan industri dari IPTA/IPTS.

Memberi latihan kepada kakitangan yang terlibat dalam sistem aplikasi di setiap jabatan yang terlibat.

Menjadi urusetia dalam persediaan multimedia bagi setiap program dan aktiviti Hospital.

Bil

Aplikasi

Status

1

Sistem e-SPKB
(Jabatan Akauntan Negara)

Telah dilaksanakan di Hospital hujung tahun 2005

2

Sistem e-PEROLEHAN (Perbendaharaan)

Telah dilaksanakan pada tahun 2006

3

Sistem HRMIS (JPA)
(Human Resources Management Information System)

Telah dilaksanakan di Hospital hujung tahun 2005

4

Sistem e-Notifikasi

Telah digunakan semenjak dari tahun 2001. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh BPM, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beroperasi secara online.

5

Sistem Maklumat Rekod Pesakit  (KKM) (SMRP)

Telah digunakan semenjak dari tahun 2003

6

Sistem Temujanji Klinik Pakar

Telah dilaksanakan penghujung tahun 2005

7

Sistem Pengurusan Rekod Perubatan

Telah digunakan pada tahun 2007 . Diadaptasi dari Sistem SPRP dari HKL
8

Sistem e-GL

dilaksanakan pada bulan September 2007
9

Sistem e-Reporting

dilaksanakan pada tahun 2007
10

Borang Audit s & ProsedurVerifikasi Diagnosi Pesakit Dalam Hospital Kluster Pahang Tengah Online

telah digunakan bermula 1 Oktober 2015
11

Hospital Infromation System (HIS - Fisicien)

dilaksanakan pada Mei tahun 2011
12

e-Latihan

dilaksanakan pada tahun 2014
13

e-Hadir

telah digunakan bermula bulan November 2015
14

e-Bilik

telah digunakan bermula bulan Julai 2015
 
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.