• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan

Unit kejururawatan yang diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital merupakan sebuah Unit yang bertanggung jawab dalam melaksanakan segala pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori anggota kejururawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh ( HoSHAS ). Perkhidmatan unit ini meliputi jururawat gred U19 sehingga gred U42 berjumlah 1048 orang.

Unit Kejururawatan dianggotai seramai 13 orang iaitu diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat Hospital, dibantu dengan 12 orang Penyelia Jururawat.

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No tel
Marshamsina Binti Ibrahim Penyelia Jururawat U41 EXT:1667

Misi dan Visi

Misi

Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang efektif secara proaktif, cekap dan berkesan yang lebih profesional dengan kemahiran yang unggul dalam penggunaan peralatan teknologi tinggi dan canggih bagi mengurangkan kesengsaraan dan kematian di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Visi

Menjadi pusat perawatan yang cemerlang dan memberi perawatan yang berkualiti di negeri Pahang Darul Makmur.

Fungsi utama Unit Kejururawatan

• Unit Kejururawatan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan secara holisitik, kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma. Unit ini juga berkerjasama dengan jabatan-jabatan lain untuk memastikan perkhidmatan berterusan mengikut keperluan individu.
• Perkhidmatan kejururawatan memberi perkhidmatan 24 jam mengikut jadual kerja tiga shif , waktu pejabat dan atas panggilan.
• Penempatan jururawat yang memberi perkhidmatan di semua disiplin merangkumi Perubatan Am , Pembedahan Am, Psikiatri, Orthopedik, Obstetrik dan Ginekologi, Oftalmologi, Bedah Mulut, Otorhinolaringologi, Paediatrik, Kecemasan dan Trauma dan Anaestesiologi.
• Hospital Kluster Pahang Tengah merangkumi Hospital Jerantut dan Hospital Jengka.
• Hospital rujukan bagi Hospital Kuala Lipis, Bentong, Raub dan Pusat Kesihatan Bera.

Aktiviti Unit Kejururawatan

Bil

Aktiviti

Bilangan Aktiviti

1

KIK

2 kali setahun
Penyertaan dari Dewan Bedah dan Dewan Bersalin di peringkat hospital

2

Inovasi

Sedang dalam proses penyediaan

3

Bengkel Quality Assurance

3 kali setahun
Penyertaan dari Dewan Bedah, Unit Obstetrik & Ginekologi, Unit Kawalan Infeksi dan Unit Paediatrik

4

Kolokium Peringkat Kebangsaaan

1 kali setahun
JT U41 Wan Shakira Rodzlan Hazani telah memenangi tempat pertama oral presentation

5

Nursing Audit

4 kali setahun

6

NIA/ Bed Sore/ Thrombophblitis

2 kali setahun

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.