• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan satu komponen pengurusan sumber manusia yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan pesakit. Unit ini berperanan memastikan mutu perkhidmatan yang memuaskan dan efisen kepada semua wargakerja di bawah unit penyeliaan. Disamping itu unit ini juga berfungsi sebagai pusat perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan ke arah merealisasi Visi, Misi dan Objektif organisasi menerusi pementapan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi ekspektasi pelanggan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. 

OBJEKTIF UTAMA

  1. Membantu dalam merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan.
  2. Membantu dan memudahkan unit-unit lain untuk berurusan dengan PPP.
  3. Membantu Penyelia menyelaras aktiviti-aktiviti PPP.
  4. Membantu penyelia meninjau latihan / kursus yang bakal diikuti oleh  PPP.
  5. Melibatkan anggota PPP dalam aktiviti CNE/CME.
  6. Mengurus APC (Annual Practice Certificate) dan Privileging semua PPP.
  7. Membantu Penyelia Hospital dalam semua tugas penyeliaan dan pengurusan.
  8. Memastikan perlaksanaan perkhidmatan berkualiti yang berterusan oleh PPP. 

OBJEKTIF UMUM 

Bertekad meningkatkan usahausaha bagi membantu pihak penyeliaan dan pengurusan hospital untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya dan bekerjasama dengan unit lain bagi merealisasikan objektif jabatan.

    1.  Penolong Pegawai Perubatan (PPP)

Secara umumnya Penolong Pegawai Perubatan mengendalikan perkhidmatan di bahagiaan Pesakit Luar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma serta di dalam pengkhususan tertentu seperti Direktorat Perubatan dan Pembedahan, Psikiatri dan Kesihatan Mental, Patalogi Forensik, Orthopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Heamodialisis, Endoskopi, Neurofisiologi, Respiritori Heaodinamik, Klinik Pakar dan Kesihatan Awam.

     2.  Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)

PPK atau dikenali sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan adalah satu pasukan perkhidmatan sokongan II yang membantu di dalam semua perkhidmatan di hospita, terutamanya di Jabatan Pesakit Luar, Kecemasan dan Trauma, Forensik Wad, dan lain-lain Jabatan yang memerlukan   perkhidmatan PPK.

      3.  Pemandu Ambulans.

Pemandu Ambulans di Jabatan Kecemasan dan Trauma bergerak sebagai satu pasukan pemandu ambulans kecemasan, sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi mereka yang memerlukan perhkidmatannya.

Senarai Pegawai di Unit Penyeliaan

  Jawatan Bilangan Staff Ext
1 Penolong Pegawai Perubatan U 42 1 orang 5369
2 Penolong Pegawai Perubatan U 32 1 orang 1654
3 Penolong Pegawai Perubatan U 29 1 orang 1654
4

Pembantu Perawatan Kesihatan U 14

  • Ketua Penyelaras PPK
  • Ketua Penyelaras Aras
  • Ketua Penyelaras Klinik Pakar
3 orang 1654
5 Pembantu Perawatan Kesihatan U 12 1 orang 1654
6 Pembantu Perawatan Kesihatan U 11 1 orang 1654

 Peranan

  1. Membantu dalam membuat pemantauan dan memantapkan peranan dan tanggungjawab PPP di Hospital ini.
  2. Membantu dalam memudahkan pihak pengurusan berurusan dengan semua PPP.
  3. Membantu dalam merancang, Menyelaras dan memantau semua aktiviti yang dilaksanakan oleh semua anggota PPP.
Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No Tel
     

Visi dan Misi Unit

Visi

Profesyen sebagai Penolong Pegawai Perubatan akan menjadi anggota paramedik yang berpengalaman, berkemahiran tinggi dan cekap bagi memainkan peranan dalam meningkatkan antara kesihatan individu, keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang saksama, berteknologi dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif, preventif, kuaratif dan rehabilitative serta menggalakkan kerjasama individu dan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan berlandaskan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misi

Memberi perkhidmatan yang terkini dan berasaskan teknologi semasa dengan cekap dan efektif berkonsepkan "client focused and smart partnership" secara Profesional melalui usaha:-
  1. Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan berpandukan peranan klinikal, dokumentasi, latihan mengikut perkembangan semasa.
  2. Melaksanakan sistem kesihatan dengan memberikan penekanan berkonsepkan "wellness, focused, seamless care and client empowerment" kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang optima, menikmati kehidupan yang lebih berserta menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
  3. Menjadikan teras kepada perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang disediakan.
  4. Melaksanakan program penyelidikan untuk perkembangan ilmu dan pengetahuan bagi tujuan memantapkan aspek perkhidmatan dan profesion.
  5. Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran profesion Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan perkembangan bidang perubatan melalui pendidikan berterusan dan latihan.

 

Skop Perkhidmatan
  1. Menguruskan perkhidmatan sumber manusia terumanya Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulans. (Pengurusan sumber manusia ini adalah bagi menentukan setiap jabatan dan unit dapat berfungsi dengan baik dan memuaskan ).
  2. Menyelaras, memantau atau memberi latihan bersesuaian dengan perkembangan terkini dunia perubatan kepada semua anggota di setiap disiplin. (credentialing and privileging).
  3. Memastikan keselamatan dan kesihatan semua anggota , pelanggan dan pesakit yang berurusan adalah dilandasan yang selari dengan Akta dan Undang- Undang yang berkaitan.
  4. Memastikan tahap disiplin yang tinggi dikalangan setiap wargakerja di bawah Unit Penyeliaan  disamping memantau prosedur perkhidmatan yang berkenaan mengikut piawaian yang di peruntukkan.

Pengurusan Sumber Manusia Dibawah Jagaan

  • Urusan keperluan anggota/permohonan perjawatan baru (abm)
  • Urusan pengagihan perjawatan
  • Urusan penempatan
  • Orientasi anggota baru
  • Menyelaras dan mengurus keperluan kata perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak lembaga/kementerian kesihatan. (contoh pembaharuan apc – ‘annual practising certificate’ bagi Penolong Pegawai Perubatan .
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota dibawah jagaan.

Pengurusan Latihan Dibawah Jagaan

  • Orientasi anggota baru
  • Merancang latihan bagi anggota
  • Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota     
  • Menyediakan laporan latihan di hadiri oleh anggota
  • Mengurus buku log latihan dan buku CPD anggota dibawah jagaan
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.