• Kemaskini Terakhir : Jumaat 23 Februari 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Hospital Mentakab mula beroperasi pada tahun 1920-an iaitu sejak zaman pemerintahan British yang kemudiannya di naik taraf sebagai Hospital Daerah. Pada tahun 1970-an ia dikenali sebagai Hospital Berpakar sebelum di kembangkan menjadi Hospital Mentakab pada tahun 1990-an. Dengan keluasan tapak 6.4 hektar (16 ekar), Hospital Mentakab mempunyai 15 blok juga merupakan hospital rujuk kepada 6 daerah. Hospital Mentakab berdiri megah di atas bukit sederhana rendah di pinggir jalan dalam menghubungkan Mentakab dan Temerloh yang sejak penubuhannya sekitar tahun 1920-an telah menjadi kebanggaan kira-kira sejuta penduduk sekitar Temerloh dan Mentakab.

Dengan penutupan Hospital Mentakab dan beroperasinya Hospital Temerloh yang terletak di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Mukim Perak dalam daerah Temerloh yang berkeluasan 44 ekar dan dikelilingi taman yang menghijau. Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera.

Perkhidmatan Hospital Temerloh beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005. Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,(HOSHAS).

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.