• Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Julai 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

 

 

Pengenalan

Mulai awal Mac 2005 Jabatan Dietetik & Sajian telah berpindah dari Hospital Mentakab dan merupakan jabatan pertama yang beroperasi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Oleh kerana jabatan ini memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan kepada pesakit dalam wad, maka penyediaan makanan pesakit yang yang masih berada di Hospital Mentakab dilakukan secara penghantaran pukal menggunakan kenderaan khas. Pada masa yang sama tersebut merupakan masa adaptasi anggota kepada peralatan dan sistem perkhidmatan sajian yang serba baru. Pelaksanaan sistem sajian secara ‘Centralised Plating’ dibuat secara berperingkat serentak dengan perpindahan pesakit dari Hospital Mentakab ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada pertengahan April 2005.

Peta lokasi

 dietmap

     

 

Senarai Pegawai Bertugas
Nama Jawatan No Tel
Nurulwafa Binti Mohd Rafadi Pegawai Dietetik U 48  5310
Goh Mei Sing Pegawai Dietetik U 41 5311
Rabiatul Adauwiyah Binti Mohd Fauzi Pegawai Dietetik U 41 5312
Wong Hui Jie Pegawai Dietetik U 41 5312
Wan Norazlinda Binti Wan Azmi Pegawai Penyediaan Makanan C 41 1000
Nor Shahuraiza Binti Hussain Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C 27 1002
Rozana Binti Yunus Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C 27 1001
Mohd Saiful Bin Tumin Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C 27 1001
Ahmad Basri Bin Awang Kechil Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Ahmad Fikrie Bin Abd Wahid Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Ahmad Kamil Bin Abdullah Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Ahmad Syazwan Bin Ahmad Maliki Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Efazila Binti Razali Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Hamizah Binti Yahya  Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Huzlinda Binti Hussin Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Mohammad Azlan Bin Mohd Shah Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Mohammad Saifuddin Bin Zakaria Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Mohd Izham Bin Zulkarnain Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Mohd Kamal Bin Othman Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Mohd Solehin Bin Mohd Sabri Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Muhammad Akmal Bin Misran Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Nur Azam Binti Hamzah Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Norfazlina Binti Ilias Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Norhaizan Binti Abdul Malek Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Norhashimah Binti Dollah Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Norhashimah Binti Mohamad Surin Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Normaisarah Binti Ismail Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Roslan Bin Omar Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
S. Rozy Bin Yusof Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Sabri Bin Korpik Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Sadat Bin Ahmad Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003
Salmah Binti Arshad Pembantu Penyediaan Makanan N 17 1003

 

Skop Perkhidmatan

DIETETIK

  • Perkhidmatan dietetik klinikal - pesakit luar.
  • Perkhidmatan dietetik klinikal - pesakit dalam.
  • Pembekalan susu formula khas (entral product) kepada pesakit dalam.
  • Pembekalan susu formula kepada bayi ibu HIV positif.
  • Ceramah pemakanan.

SAJIAN

  • Perkhidmatan penyediaan makanan pesakit di wad.
  • Pembekalan makanan kepada "doktor on-call".
  • Pembekalan catuan malam (night ration).
  • Pembekalan bahan kering (dry ration).
Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

PERKHIDMATAN DIETETIK

  1. Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.
  2. Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
  3. Jangka masa kaunseling diet:
  • Bagi pesakit yang baru dirujuk : 30-45 minit
  • Bagi pesakit ulangan : 15-20 minit
  • Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal diet dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan dalam tempoh 48 jam bagi kes-kes tidak kritikal.
  • Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

PERKHIDMATAN SAJIAN

Memberikan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan citarasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badanberfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak. Makanan yang disediakan dijamin selamat dan tidak akan menyebabkan keracunan makanan. Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan di wad.

 

Waktu Perkhidmatan

DIETETIK

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

  • Lokasi klinik kaunseling diet dan pemakanan: Klinik Pakar, Aras 3, bersebelahan MOPD
  • Jadual Klinik
Hari Waktu
Isnin 9.00am - 12.00pm
Selasa
Khamis

SAJIAN

Penghidangan Diet

Hidangan Waktu Pengambilan Troli
Sarapan Pagi 7.30am - 8.00am
Makan Tengah Hari 11.30am - 12.30pm
Minum Petang 2.30pm - 3.00pm
Makan Malam 5.00pm - 5.30pm

Lain-lain
  1.  SIJIL HALAL

Jabatan Dietetik & Sajian telah mendapat pengiktirafan persijilan HALAL daripada JAKIM.

(01 Julai 2014 sehingga 30 Jun 2016)

    2. SIJIL HACCP

        Telah lulus persijilan HACCP pada 2015.

    3. SIJIL GMP

Telah mendapat pengiktiran GMP (Good Manufacturing Practices) sejak 2011.

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.