• Kemaskini Terakhir : Selasa 05 Jun 2018.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
patodepan

patotdarah

Pengenalan

Jabatan Patologi adalah salah satu perkhidmatan sokongan yang utama di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Merupakan sebuah jabatan yang berfungsi sebagai satu unit yang membantu pengamal perubatan dalam pen¬diagnosan pesakit. Jabatan ini mempu¬nyai kekuatan anggota seramai 82 orang yang terdiri daripada Pakar Patologi UD54, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Penerangan, Jururawat, Jururawat Masyarakat,Pembantu Tadbir, Pembantu Otokleb dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu, Transfusi, Mikrobiologi & Integrasi. Selain ber¬peranan sebagai tiga fungsi di atas, Jabatan Patologi juga sangat aktif dalam aktiviti-ak¬tiviti sokongan yang lain dalam menaikkan nama jabatan.

Justeru itu, beber¬apa jawatankuasa telah diwujudkan bagi memantapkan lagi sistem pengurusan di Jabatan Patologi sebagai persediaan ke arah pensijilan ISO.

Lokasi

Aras 3

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi

No Sambungan

Unit Pengurusan  
Bilik Ketua Jabatan  5393 
Bilik Pegawai Perubatan   5396 / 1488/89/90
Ruang Pengurusan   1475 / 1476
Ruang Senior JTMP  5395 
Unit Integrasi  
Bilik Ketua Unit  1486 
Makmal Patologi Kimia  1440 
Makmal Hematologi  1455
Makmal Toksikologi  1458 
Makmal Histopatologi  1444 
Makmal Sitologi  1444
Kaunter Penerimaan Sampel  1441 
Unit Mikrobiologi  
Bilik Ketua Unit 5392 
Makmal Bakteriologi  1450 / 1451
Makmal Parasitologi  1450 / 1451
Makmal Virologi  1453
Makmal Serologi   1450 
Makmal Immunologi  1450
Unit Tabung Darah 
Bilik Ketua Unit 1492 
Makmal Transfusi 5397
Bilik Pemeriksaan Klinikal 1492 
Kaunter Pendermaan Darah 1491
Bilik Pegawai Penerangan 1494 

Piagam pelanggan

  • Kepada semua pelanggan, kami berikrar untuk:
  • Memberi perkhidmatan makmal yang cepat, efisien dan berkualiti berdasarkan piawaian.
  • Memberi penerangan yang jelas dan lengkap mengenai ujian-ujian apabila perlu.
  • Memastikan setiap keputusan ujian yang dikeluarkan adalah cepat, tepat dan boleh dipercayai.
  • Memastikan semua ujian dikendalikan mengikut jangkamasa (Turn Around Time) yang ditetapkan.
  • Memastikan maklumat pesakit dan keputusan ujian adalah sulit dan persendirian.

Waktu Perkhidmatan

Jabatan Patologi dan Tabung Darah menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari bagi Makmal Bakteriologi, Parasitologi, Biokimia, Hematologi dan Tabung Darah. Makmal-makmal yang lain hanya beroperasi pada waktu pejabat iaitu daripada jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Jenis perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi Beberapa skop perkhidmatan yang bertujuan untuk membantu pengamal perubatan dalam pen¬diagnosan pesakit. Antara skop perkhidmatan Jabatan Patologi adalah:

  1. Unit Integrasi
    • Makmal Patologi Kimia
    • Makmal Hematologi
    • Makmal Toksikologi
    • Makmal Histopatologi
    • Makmal Sitologi
    • Klinik FNAC
    • Ujian-ujian POCT
  2. Unit Mikrobiologi
    • Makmal Bakteriologi
    • Makmal Parasitologi
    • Makmal Virologi
    • Makmal Serologi/ Immunologi
    • Makmal Tibi
  3. Unit Tabung Darah
    • Makmal Transfusi
    • Perkhidmatan Pendermaan Darah

Selain daripada menawarkan perkhidmatan diagnostik, jabatan ini juga berfungsi sebagai pusat latihan untuk pelbagai bidang dan peringkat kakitangan seperti Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan juga pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi.

Aktiviti-aktiviti Jabatan :-

  1. Kursus Audit Dalaman MS ISO 15189
  2. Latihan
  3. Taklimat Pengurusan Konsumabel

Kumpulan Sokongan

Nama : Badan Kebajikan Jabatan Patologi

Pengenalan : Merupakan satu organisasi kecil di Jabatan Patologi yang menjaga kebajikan serta aktiviti tahunan untuk kakitangan Jabatan Patologi seperti pengurusan jamuan, hari keluarga, sukan tahunan serta mengusahankan bantuan sekiranya berlaku musibah dikalangan ahli keluarga kakitangan Jabatan Patologi.

Aktiviti

  • Majlis berbuka puasa
  • Kejohanan Futsal Patologi Peringkat Kebangsaan
  • Kejohana Bola Jaring Patologi Peringkat Kebangsaan
  • Sukan Tahunan Jabatan Patologi Piala Dr Jazwina
  • Jamuan Hari Raya
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2018 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.