• Kemaskini Terakhir : Selasa 18 Julai 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
depanradiologi kaunterradiologi

Pengenalan

Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah mula beroperasi secara berperingkat mulai April 2015,selepas berpindah dari Hospital Mentakab.Jabatan ini menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal kepada pesakit dalaman dan juga luaran bagi daerah Pahang Tengah dan Barat dengan populasi mencecah 500,000 penduduk.Terdapat pelbagai modaliti pengimejan yang moden dan canggih disediakan iaitu:

  • 2 Unit Mesin X-Ray biasa dan 8 unit Mesin mudahgerak (Portable Mobile X-Ray Unit)
  • 3 Unit Mesin Image Intesifier
  • 2 Unit Mesin X-Ray Intravenous Urography
  • 1 Unit Mesin Flouroskopi Digital
  • 1 Unit Mesin Digital Chest Radiography
  • 1Unit Mesin Othopantomography(OPG)
  • 5 Unit Mesin Ultrasound
  • 2 Unit Mesin Mammography
  • 1 Unit Mesin Multislice CT Scan (MSCT)
  • 1 Unit Mesin Mangetic Resonance Imaging(MRI)
  • 1 Unit Mesin Flouroscopy Digital dengan kemudahan Angiografi dan
  • 1 Unit Kemudahan Radiografi Berkomputer(Digital Radiography)

Kini, jabatan ini beroperasi sepenuhnya dengan adanya Hospital Information System (HIS) DAN Radiography Information System (RIS). Skop perkhidmatan adalah pada waktu pejabat dan diluar waktu pejabat yang mana pemeriksaan Pengimejan dibuat di Jabatan Pengimejan Diagnostik, Pemeriksaan mudahgerak (Mobile X-Ray) bagi kes-kes di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Jantung (CCU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Jabatan Kecemasan dan kes-kes tertentu dari wad. Perkhidmatan Image Intensifier pula di dewan Bedah Utama.

Senarai Kakitangan
1. Pegawai Perubatan Pakar(Radiologi)
2. Pegawai Perubatan
3. Pegawai Pengimejan
4. Pegawai Sains(Fizik)
5. Juru X-Ray (Diagnostik)
6. Jururawat
7. Pembantu Tadbir(P/O)
8. Pembantu Perawatan Kesihatan

Peta Lokasi



Carta Organisasi

carta radiologi

Senarai Pegawai Bertugas

Nama Jawatan Extension
Dr Khatrulnada Md Saad  Pakar Radiologi UD 54 (Ketua Jabatan) 1211 / 5347
Dr Noor Laily Syakimah Saidi Pakar Radiologi UD 54 1209
Dr Ridzuan Abdullah Zawawi Pegawai Perubatan  UD 52 1196
Dr Nor Asnani Mohd Ramli Pegawai Perubatan UD 48 1209
Dr Low Bin Yew Pegawai Perubatan UD 48 1196
Dr Muhammad Isminhazim Ismail Pegawai Perubatan UD 44 1196
Dr Mohd Anuar Awang Pegawai Perubatan UD 44 1196
Ms Ong Geok Khim Juru X-Ray (D) U44(M) 5350
Nor Hizal Basiron Juru X-Ray (D) U42 5352
Nurul Saadiah Shamsuddin Juru X-Ray (D) U41 5352
Nor Hayati Muhd Shamshudin Peg.Sains (Fizik) C41 5352
En Nor’Azmi Rahmat Juru X-Ray(D) U 36 5352
Pn Rohaya Abdullah Juru X-Ray(D) U 32 5349
Pn Zalila Norudin Juru X-Ray(D) U 32 5349
En Abdul Razak Alias Juru X-Ray(D) U 32 5349
Pn Ramlah Kasim Juru X-Ray(D) U 32 5349
Cik Rasidah Ad Ghapur Juru X-Ray(D) U 32 (KUP) 5349
Siti Nashimah Yahya Juru X-Ray(D) U 32  5349

Skop Perkhidmatan

  1. Pemeriksaan X-Ray Am
  2. Pemeriksaan X-Ray Pergigian
  3. Pemeriksaan Intravenous Urography (IVU)
  4. Pemeriksaan di Dewan Bedah (II)
  5. Pemeriksaan Fluoroscopy
  6. Pemeriksaan Ultrasound
  7. Pemeriksaan Mammography
  8. Pemeriksaan Computed Tomography Scanner (CT Scan)
  9. Pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI)
Piagam Pelanggan 

Kami bersedia memberikan perkhidmatan seperti berikut:

1. Memberi perkhidmatan yang profesional,adil dan saksama melalui penghasilan imej radiologi yang tepat dan berkualiti
2. Memberi layanan yang baik,mesra,bertimbang rasa,hormat,bersopan,jujur dan ikhlas
3. Merahsiakan segala maklumat mengenai pesakit dan menjaga maruah pesakit
4. Memberi perlindungan yang secukupnya dari risiko-risiko bahaya radiasi
5. Memberi perkhidmatan secepat mungkin dan menyiapkan filem dan laporan dalam masa yang ditetapkan seperti terjadual.

Setiap pelanggan mestilah mematuhi peraturan seperti berikut:

1. Setiap pelanggan mestilah mematuhi tarikh dan waktu temujanji berkala yang dipersetujui.
2. Setiap pelanggan mestilah membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran terlebih dahulu
3. Setiap pelanggan bertanggungjawab menjaga harta benda awam dan peribadi
4. Setiap pelanggan mesti mematuhi peraturan,prosedur dan khidmat nasihat yang berkaitan pada bila-bila masa.

Jadual Piagam Pelanggan 


Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh menjalankan pemeriksaan serta prosedur dalam tempoh seperti dijadual:

JENIS PEMERIKSAAN  BAHAGIAN  TEMPOH PEMERIKSAAN  ULASAN 
Pemeriksaan X-Ray Biasa 

X-Ray Biasa
(Semua Bahagian)

30 minit Waktu menunggu tidak melebihi 60 minit 
Prosedur Khas Berkontras    60-90 minit  Bergantung kepada prosedur dan kerumitan kes 
Pemeriksaan Ultrasound Biasa 20 minit Waktu menunggu tidak melebihi 60 minit
Doppler 45-60 minit
Pemeriksaan Mammografi Biasa   60 minit Tidak termasuk Mammografi tambahan dan Ultrasound
Pemeriksaan CT Scan Kepala 10 minit Sekiranya bahan media kontras diperlukan,masa pemeriksaan akan bertambah sebanyak 15 minit
Thorax 20 minit
Abdomen/Pelvis 30 minit
Ekstremiti/Anggota 30 minit
Pemeriksaan MRI Kepala 60 minit Sekiranya bahan media kontras diperlukan,masa pemeriksaan akan bertambah sebanyak 30 minit
Spina Vertebra 60 minit
Abdomen 90 minit
Ekstremiti 120 minit
MRA/MRV 90 minit
Prosedur Intervensi   1-3 jam Bergantung kepada prosedur dan kerumitan kes
Melapor filem

Tidak melebihi 2 hari bekerja Pesakit Dalam
Tidak melebihi 14 hari bekerja

Pesakit Luar

Jadual Perkhidmatan

Hari Masa
Isnin , Selasa dan Khamis 8.00 am - 1.00 pm 2.00 pm -   5.00 pm
Rabu - CME Jabatan (8.00 am - 9.00 am) 9.00 am - 1.00 pm 2.00 pm -   5.00 pm
Jumaat - CME Hospital (8.00 am - 9.00 am) 9.00 am - 12.15 pm 3.00 pm -  5.00 pm

 

Fungsi Utama 


Menyediakan Perkhidmatan Pengimejan

Aktiviti Jabatan 

Tarikh  Aktiviti 
19-21 Jan 2015  User Training Ultrasound 
21 Jan 2015  Mesyuarat Jabatan Bil 1/2015 
3 Feb 2015  Mesyuarat Pengurusan Radiologi Negeri Pahang
4-5 Feb 2015 User Training CT Scan
28 Feb 2015 Kejohanan Futsal Temerloh
5 Mac 2015 Training MRI
24 Mac 2015 Kursus CT Brain
7-9 April 2015 Training RIS/PACS
30 April 2015 Mesyuarat EKSA Zon JPD Bil 1/2015
2 Mei 2015 Kejohanan Futsal Radiologi Malaysia
11 Mei 2015 Perhimpunan Pagi
16 Mei 2015 Kejohanan Futsal Piala Dr Yusof
20 Mei 2015 Mesyuarat Jabatan Bil 1/2015
21 Mei 2015 Pertandingan Subzon Terbaik
21-26 Mei 2015 Pertandingan Selfie Subzon 
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.