• Kemaskini Terakhir : Selasa 19 September 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
kaunterrekod

 

ruangkerjarekod

 

Pengenalan

Peranan Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh adalah menguruskan maklumat dan rekod-rekod seluruh hospital yang meliputi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Jabatan ini merupakan unit sokongan dalam pentadbiran maklumat-maklumat pesakit. Peranan Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh adalah dalam memberikan perkhidmatan seperti berikut mengikut Garispanduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan dengan penggunaan ‘Hospital Information System’ (HIS)

  1. Rekod Perubatan Pesakit
Rekod Perubatan Pesakit adalah terdiri daripada rekod pesakit dalam dan pesakit luar serta filem x-ray. Jabatan       Rekod Perubatan menentukan sistem penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod berkaitan adalah selamat dan terjaga. Rekod-rekod yang disimpan adalah mudah dikesan apabila diperlukan dan dijaga kerahsiaannya.

  2. Laporan-Laporan yang dikeluarkan daripada Jabatan Rekod Perubatan adalah :
 - Laporan Perubatan
 - Laporan Statistik bulanan dan tahunan kemasukan pesakit dalam/kedatangan pesakit luar.
 - Laporan Kesihatan dan Ad-Hoc, Jabatan Rekod Perubatan menentukan laporan-laporan berkenaan dikemaskinikan tepat serta dapat dikeluarkan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

  3. Penubuhan Lembaga Perubatan Dan Jemaah Doktor (PERKESO)
     Jabatan Rekod Perubatan menentukan penubuhan Lembaga Perubatan serta Jemaah Doktor dapat dikendalikan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Lokasi

Aras 3 (Pustaka Berlian)

Aras 4 ( Pustaka Kristal) / (Pustaka Mutiara)

Aras 9 (Pustaka Intan)

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan Pegawai Rekod Gred N41 5379
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 1354
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 5378
Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 5378
Ketua Pembantu Tadbir (CC) 5377
Pejabat Kakitangan Aras 3 1351
Pejabat Kakitangan Aras 4 2041 / 2042
Bilik Fail 1355
Bilik Laporan Doktor 1357
Kaunter Laporan Doktor 1356

Piagam Pelanggan

  • Rekod Perubatan Pesakit akan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.
  • Permohonan laporan perubatan dengan dokumen yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan.
  • Lembaga Perubatan akan bersidang dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh perlantikan ahli lembaga.
  • Maklumat statistik akan dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh permohonan.
  • Pengesanan Rekod Perubatan dibuat dalam tempoh 24 jam bagi kes biasa, 6 jam bagi kes kecemasan dan 1 minggu bagi kes temujanji.

Waktu Perkhidmatan

Jabatan Rekod Perubatan beroperasi seperti berikut :

1. Waktu Pejabat :

Hari Masa
Isnin hingga Khamis 8.00 am - 1.00 pm 2.00 pm -   5.00 pm
Jumaat 8.00 am - 12.15 pm 2.45 pm -   5.00 pm

2. Cuti Mingguan dan Hari Kelepasan Am :

Tugasan pengesanan rekod perubatan bagi kes kecemasan atau segera selepas waktu pejabat, cuti mingguan dan hari kelepasan am akan dilakukan berdasarkan :

  1. Very ill patients in ICU or CCU
  2. Patient going for Urgent Laparotomy
  3. Patient who is going to be transferred out urgently to HTAA, HKL or IJN

Jenis  Perkhidmatan

Terdapat tiga bahagian/fungsi utama Jabatan Rekod Perubatan adalah seperti berikut :

Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit yang meliputi penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod yang mendapat rawatan di hospital ini. Fungsi utama bahagian iai adalah memastikan :

  • Rekod Perubatan Pesakit berada dalam keadaan baik dan selamat. Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab ke atas penjagaan ruang penyimpanan rekod perubatan yang mesti selamat mengikut garispanduan keselamatan rekod perubatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Penyimpanan dan pengesanan rekod perubatan pesakit dapat dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Rekod perubatan akan dikesan untuk kegunaan pakar-pakar dan pegawai perubatan sebagai bahan rujukan untuk tujuan perawatan pesakit, laporan perubatan, kajian-kajian dan sebagainya.
  • Rekod Perubatan akan disimpan mengikut tempoh yang ditetapkan dan proses perlupusan akan dilakukan mengikut tatacara perlupusan yang telah ditetapkan.

Polisi Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit telah menentukan beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Pegawai Perubatan perlu menyediakan “Discharge Summary” dalam tempoh 48 jam selepas pesakit discaj.
  • Semua rekod perubatan pesakit dalam perlu di despatch ke Jabatan Rekod dalam tempoh 72 jam hari bekerja selepas pesakit discaj
  • Rekod Perubatan Pesakit tidak boleh diphotokopi kecuali dengan kebenaran Pengarah Hospital atau mahkamah.
  • Rekod Perubatan Pesakit tidak boleh dibawa keluar dari kawasan hospital kecuali dengan arahan Mahkamah (Subpoena).
  • Pesakit tidak dibenarkan membawa rekod perubatan pesakit sendiri.
  • Rekod Perubatan yang dikeluarkan dari Jabatan Rekod Perubatan adalah tanggungjawab unit/klinik/wad/pegawai berkenaan.
  • Pakar/Pegawai Perubatan yang berkaitan dengan pesakit berkenaan sahaja dibenarkan meminjam Rekod Perubatan dari Jabatan Rekod Perubatan.

Pengurusan Laporan Perubatan, Jemaah Doktor  Perkeso dan Lembaga Perubatan

Laporan perubatan ialah laporan yang disediakan oleh pegawai perubatan mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh individu semasa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Laporan akan disediakan apabila ada permohonan diterima daripada pesakit, waris, majikan, polis, mahkamah, peguam, agensi kerajaan, agensi swasta dan individu bagi urusan yang berkaitan dengannya.

Fungsi Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan adalah memproses permohonan laporan seperti berikut :

  • Laporan Perubatan Biasa / Laporan Perubatan pakar
  • Laporan Post Mortem
  • Laporan Borang Tuntutan Insuran
  • Laporan Perkeso
  • Menguruskan Panel Jemaah Doktor Perkeso
  • Menguruskan Panel Jemaah Lembaga Perubatan
  • Menguruskan Laporan KWSP

Bayaran Laporan Perubatan

Laporan Perubatan Biasa - RM 40.00

Laporan Perubatan Pakar - RM 200.00 hingga  RM 1000.00 (mengikut jenis laporan)

bagi Warganegara Asing dikenakan bayaran 2 kali ganda.

Pengumpulan Perangkaan / Statistik Maklumat Pesakit

Statistik yang dikumpulkan adalah maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Maklumat yang dikumpulkan adalah terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar.

Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut :

  • Menerima dan memasukkan data Bancian Harian Wad (PER-PD) ke dalam komputer berdasar perisian komputer yang dibekalkan oleh Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemasukan data pesakit dan penyakit yang telah ditentukan kod penyakit berdasarkan International Clasification Disease 10 Version (ICD 10) bagi semua pesakit dalam yang discaj dari hospital ini ke computer mengikut perisian yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan reten bulanan pesakit luar, pesakit dalam dan unit sokongan yang telah ditetapkan. Menyediakan laporan dan pencapaian statistik bagi pertengah tahun dan laporan tahunan bagi tujuan pembangunan pengurusan pesakit.
  • Membekalkan laporan ad-hoc kepada Pengarah Hospital, pakar-pakar, pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimohon dari masa ke semasa.
  • Menyediakan laporan Program Kesihatan seperti Cancer Registry, Stroke Registry, Perinatal Death, reten-reten kesihatan dan sebagainya yang diarahkan dari masa kesemasa.
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.