• Kemaskini Terakhir : Selasa 21 November 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Pengenalan

Unit Pendidikan Pesakit, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh adalah salah satu unit di bawah naungan sokongan klinikal iaitu di bawah Timbalan Pengarah Perubatan (Pengurusan Klinik)

Lokasi

Aras 3

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Unit Pendidikan Pesakit 1618

Waktu Perkhidmatan

Waktu pejabat :

Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Klinik Berhenti Merokok :

Setiap Khamis
2.30 petang hingga 5.00 petang

Jenis Perkhidmatan

1. Kelas Pendidikan Pesakit

Unit Pendidikan Pesakit (UPP) HoSHAS pada ketika ini, menyediakan perkhidmatan dan mengelolakan kelas pendidikan pesakit secara terus berdasarkan skop modul Bahagian Pendidikan KKM iaitu berkenaan penyakit  

i. Hipertensi,
ii. Asma,
iii. Diabetes dan
iv. BuahPinggang

2. Klinik Berhenti Merokok

Selain itu UPP berperanan mengendalikan Klinik Berhenti Merokok yang telah beroperasi sejak tahun 212 secara formalnya. KBM ini diselaraskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Perubatan (Kanan) serta mendapat sokongan dari Jabatan Perubatan & Jabatan Farmasi HoSHAS.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :-

1.  Aktiviti Kecergasan Fizikal Warga Kerja

UPP jugan merupakan pengerak utama aktiviti kecergasan fizikal bagi warga kerja HoSHAS dengan aktiviti-aktiviti seperti :-
i. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK
ii. Senamrobik
iii. Berbasikal
iv. Berjalan Kaki 10’000 Langkah
v. Pendakian
vi. Perkhemahan
vii. Aktiviti kenderaan pacuan 4 roda

2. Sambutan Hari Khas Kesihatan

UPP jugamerupakan perancang, pengelola serta pelaksanaan untuk program sambutan Hari Khas Kesihatan terpilih setiap tahun. Dan sekurang-kurangnya penganjuran sambutan dibuat untuk 3 hari khas sambutan.

3. Penerbitan / Cetakan Bahan Pendidikan Pesakit & Kesihatan

UPP HoSHAS juga berperanan menyediakan bahan cetak pendidikan kesihatan untuk pesakit dan orang ramai antaranya dalam bentuk :-
i. Risalah
ii. ‘Flyer’
iii. Poster
iv. Banner
v. Bunting
Edaran bahan-bahan cetakan juga diedarakan keseluruh hospital secara berjadual

4. Pameran Kesihatan

UPP juga melaksanakan pameran secara berkala berdasarkan tajuk atau tema kesihatan bulanan yang dikeluarkan oleh KKM. Selain iu juga pihak UPP juga selalu melaksanakan inisiatif dan peka terhadap situasi semasa dengan menukar pameran berdasarkan situasi kesihatansemasa negara dan persekitaran. Ruangan pameran tetap UPP adalah di lobi HoSHAS, laluan masuk Klinik Pakar berhadapan dispensari Jabatan Farmasi dan di hadapan Klinik Diabetes Bersepadu.

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS DDMS2.0 clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.