• Last Modified: Wednesday 19 November 2014
Theme Chooser: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac
Pengenalan
Jabatan ini terbahagi kepada 2 unit iaitu:
UNIT FISIOTERAPI

Unit Fisioterapi adalah salah satu Unit daripada Jabatan Rehabilitasi HoSHAS. Perawatan Fisioterapi adalah perawatan perubatan untuk mengoptimakan keupayaan fungsi fizikal pesakit .Melibatkan penilaian dan program senaman terapeutik , teknik -teknik manual, penggunaan peralatan bantuan perawatan tertentu atau kaedah khusus tertentu. Tujuan perawatan secara amnya adalah untuk menguatkan dan kelenturan otot ,Daya Tahan otot, koordinasi, Julat Pergerakan Sendi , memperbaiki postur dan gait serta mengurangkan sakit. Secara mudahnya adalah untuk memulihkan fungsi asas untuk pergerakan fizikal manusia.

Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No Tel
En Ismail bin Rahmat Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) U41
Ketua Unit Fisioterapi
Faizah bt. Hj. Abdul Rashid Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) U41
En Haznan bin Husin Jurupulih Perubatan (Anggota) U32
Pn Noor Fazleen bt Ahmad Fuad Jurupulih Perubatan (Anggota) U32
Pn Haslizah bt Mohd Arif Jurupulih Perubatan (Anggota) U32
Pn.Wan Hasmini Wan Salleh Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
En. Mohd Ridzwan bin Mohd Hussin Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
Lailatul Nazira bt Abdul Rahman Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
Noor Zanariah bt Jaihan Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
Wan Norfarah Nadia bt Wan Ahmad Jurupulih Perubatan (Anggota) U29

UNIT PEMULIHAN CARAKERJA ( UPCK )

Pemulihan Carakerja adalah satu kerjaya yang mempromosi kesihatan dan penyembuhan  melalui aktiviti simulasi pekerjaan. Matlamat utama Pemulihan Carakerja menggalakkan pelanggan-pelanggan kami berdikari dan berfungsi dalam kehidupan seharian mereka. Jurupulih Carakerja mencapai tujuan ini dengan menggalakkan pesakit melakukan aktiviti-aktviti khusus yang boleh mencetus keupayaan dalaman atau mengubahsuai pesekitaran supaya mereka dapat berfungsi  secara optimum .

Unit Pemulihan Carakerja ( UPCK ) adalah salah satu unit dalam Jabatan Rehabilitasi,HOSHAS selain daripada Unit Fisioterapi. Unit ini adalah lanjutan daripada  UPCK Hospital Mentakap ( ditubuhkan pada tahun 1990 ) yang telah berpindah ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada April 2005.Unit ini memberi perkhidmatan meliputi daerah Temerloh  dan Bera disamping menerima rujukan kes-kes khas daripada Kuala Lipis, Raub,Maran, Jengka, Jerantut  dan Bentong.

Unit Pemulihan Carakerja akan menjadi satu pusat rehabilitasi yang terdiri dari anggota yang berdedikasi dan cemerlang di negeri Pahang melalui sistem perkhidmatan yang telus,  saksama, berilmu, penyayang disamping mengutamakan  kualiti , kerja berpasukan dan profesionalisma .

Pegawai Bertugas

Nama Jawatan No Tel
Puan Ayu Aneza Bt Izahar Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41
Ketua Unit Pemulihan Carakerja
Rejina A/P Maniam Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41
Ahmad Sabri b.Suhadi Jurupulih Perubatan (Carakerja) U32
Azwahida bt Abu Bakar Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29
Mohd Effendi b.Hashim Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29
Hashimah bt Ahmad Ramli Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29
Syed Zakaria bin Syed Mohamad Pembantu Perawatan Kesihatan U3

 

Peta Lokasi

 

Jenis Perkhidmatan :

1. Fisioterapi

  • Senaman Terapeutik ,
  • Perawatan Elektroterapi
  • Electromagnetik Therapy - Short Wave Diathermy
  • Ultra Sound
  • Medium Frequency Current Stimulation – Inteferential Therapy
  • TENS
  • Infra Red.
  • Lumbar  & Cervical Traction.
  • Ultra Violet Therapy/ Phototherapy.
  • Hydrocollator Packs.
  • Laser Therapy
  • Cryotherapy
  • EMG Biofeedback Therapy
  • Rehabilitasi untuk masalah khusus seperti Strok, Head Injury.
  • Intervensi awal kanak – kanak yang bermasalah fizikal seperti Cerebral Palsy, Gross Motor Delay.
  • Chest Physiotherapy Adult & Neonatal.
  • Critical Ill Adult Care di ICU, HDW, CCU.
  • Kecederaan dan Kecacatan spinal seperti Paraplegia, Tetraplegia, Scoliosis, Kyphosis ,Kecederaan Saraf Periferi,
  • Kes –kes Ortopedik dan kecederaan Sukan.
  • Rehabilitasi  khusus untuk Ligament Reconstruction, Tendon Reconstruction dan Senaman Reconditioning selepas Sport Injury.
  • Rehabilitasi Warga Emas (Geriatrik)
  • Chronic Pain Care.
  • Rehabilitasi Kardio – Respiratori,
  • Cardiac Rehabilitation Program
  • Kesihatan wanita.
  • Vestibular Rehabilitation.
  • Perawatan Khusus untuk penghuni Rumah kanak – Kanak Cacat  Sinar Suria, PDK Titian Harapan.
  • Nasihat tentang penjagaan  kesihatan dan kecergasan fizikal.

2. Pemulihan Carakerja

  • Ketidakfungsian  fizikal dewasa dan kanak-kanak
  • Ketidakfungsian Psikiatri
  • Pemulihan kanak-kanak istimewa
  • Pemulihan anggota atas dan tangan
  • Pemulihan kes-kes ortopedik
  • Pemulihan Medikal
  • Pemulihan Geriatrik
  • Pemulihan Neurosurgeri
  • Pemulihan Rheumatologi
  • Pemulihan Jantung
  • Pemulihan Kelecuran dan Terbakar
  • Pemulihan Spinal
  • Pemulihan Surgikal
  • Pemulihan Dalam komuniti (Mental Health)
  • Pemulihan Dalam Komuniti ( Kanak-kanak Istimewa)
  • Pemulihan Dalam Komuniti (Geriatrik )
QUICK LINK
button-mygov MSC Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia OSCC Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Terms & Conditions

Customers Charter

Copyrights

Privacy Policy

Security Policy

(F.A.Q)

Contact Us

About Us

W3C Support

 
DISCLAIMER : Sultan Haji Ahmad Shah Hospital & Ministry of Health, Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal. BEST VIEWED : Compatible Browser
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
with resolutions 1024x768 pixels and above
2006 - 2014 © All Rights Reserved Official Portal of Sultan Haji Ahmad Shah Hospital (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.