• Kemaskini Terakhir : Selasa 21 November 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Pengenalan

Unit Rekod Perubatan Hospital Jengka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka merupakan Unit Sokongan Klinikal yang  bertanggungjawab menguruskan maklumat dan rekod-rekod seluruh hospital yang meliputi Pesakit Luar (PL) dan Pesakit Dalam (PD) supaya dapat membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang  cekap  dan berkesan. Peranan unit ini adalah memberikan perkhidmatan mengikut Garispanduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti berikut :

  1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP). Rekod Perubatan Pesakit adalah terdiri daripada rekod Pesakit Dalam (PD) dan Pesakit Luar (PL) serta filem x-ray. Unit Rekod Perubatan menentukan sistem penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod berkaitan adalah selamat dan terjaga. Rekod - rekod yang disimpan adalah mudah dikesan apabila diperlukan dan dijaga kerahsiaannya.
  1. Penyediaan Laporan Perubatan (LP). Laporan Perubatan (LP) adalah dokumen yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia (Akta Fi 1951-Perintah Fi (PERUBATAN) 1982 mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh seseorang pesakit di hospital berdasarkan Rekod Perubatan Pesakit (RPP).
  1. Penyediaan Laporan Statistik. Mengumpul dan membuat analisa  serta semakan statistik Pesakit Dalam (PD), Pesakit Luar (PL) dan Sokongan Klinikal berdasarkan format yang telah ditetapkan secara bulanan dan tahunan.

 Lokasi

Kedudukan tengah berhampiran dengan Wad Perampuan, Unit Sajian Makanan dan Bilik Pendidikan.

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29  5313
Penolong Pegawai Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 244
Penolong Pegawai Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 244
Pembantu Operasi N11 244

Piagam Pelanggan

(Kakitangan Rekod Perubatan)

  1. Memastikan semua dokumen perubatan pesakit di simpan dengan selamat dan di kategorikan “SULIT”.
  2. Merahsiakan segala maklumat pesakit serta tidak akan di dedahkan tanpa keizinan pesakit.
  3. Menyediakan laporan perubatan/bedah siasat dalam masa 14 hari waktu bekerja dari tarikh diterima (dokumen lengkap).
  4. Memastikan dokumen perubatan yang diperlukan oleh wad/unit kecemasan dapat disediakan dalam tempoh 30 minit (satu rekod perubatan pesakit)
  5. Membuat pelupusan bagi semua dokumen perubatan yang telah cukup tempoh simpanan.
  6. Memastikan Statistik & data pesakit yang tepat dan lengkap akan di hantar setiap bulan ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP).
  7. Komitmen kami sebagai anggota Unit Rekod Perubatan untuk memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap, mesra, peramah dan adil.                           

(Pesakit/Pelanggan)                                                                                                  

  1. Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang diguna pakai dan;
  2. Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Waktu Perkhidmatan

Unit Rekod Perubatan beroperasi seperti berikut :

Hari Waktu Operasi Pejabat
Isnin - Khamis

8:00 pagi hingga 1:00 petang

2:00 petang hingga 5:00 petang

Jummat

8:00 pagi hingga 12:15 tengahari

2:45 petang hingga 5:00 petang

Jenis Perkhidmatan

Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

  • Rekod Perubatan akan disimpan mengikut tempoh yang ditetapkan dan proses perlupusan akan dilakukan mengikut tatacara perlupusan yang telah ditetapkan.
  • Pegawai Perubatan perlu menyediakan “Discharge Summary” dalam tempoh 48 jam selepas pesakit discaj.
  • Semua rekod perubatan pesakit dalam perlu di despatch ke Unit Rekod Perubatan (URP) dalam tempoh 72 jam hari bekerja selepas pesakit discaj.
  • Rekod Perubatan Pesakit tidak boleh dibuat salinan kecuali dengan kebenaran Pengarah Hospital atau mahkamah.

Pengurusan Laporan Perubatan

Fungsi Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan adalah memproses permohonan laporan seperti berikut :

  • Laporan Perubatan Biasa
  • Laporan Post Mortem
  • Laporan Borang Tuntutan Insuran
  • Laporan Perkeso
  • Menguruskan Laporan KWSP

Kadar Bayaran Laporan Perubatan (LP)

Butiran

Warganegara (RM)

Bukan Warganegara (RM)

Laporan Perubatan oleh Pegawai Perubatan RM 40.00 RM 120.00
Laporan Perubatan oleh Pakar Perubatan RM 80.00 RM 240.00
Laporan Perubatan terperinci oleh Pakar Perubatan RM 200.00 – RM 1000.00 bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan itu RM 400.00 – RM 2000.00 bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan itu

Pengumpulan Perangkaan / Statistik Maklumat Pesakit

  • Menerima dan memasukkan data Bancian Harian Wad (PER-PD) ke dalam komputer berdasar perisian komputer yang dibekalkan oleh Unit Sistem Maklumat dan Dokumentasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemasukan data pesakit dan penyakit yang telah ditentukan kod penyakit berdasarkan International Clasification Disease 10 Version (ICD 10) dan ICD 9 bagi semua pesakit dalam yang discaj dari hospital ini ke komputer mengikut sistem yang telah dibangunkan oleh Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Membekalkan laporan ad-hoc kepada Pengarah Hospital, pakar-pakar, pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimohon dari masa ke semasa.
  • Menyediakan laporan Program Kesihatan seperti Cancer Registry, reten-reten kesihatan dan sebagainya yang diarahkan dari masa kesemasa.
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS DDMS2.0 clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.