• Kemaskini Terakhir : Jumaat 07 April 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

 logocsg

“Cancer support group(CSG)” merupakan satu pertubuhan yang memberi bantuan & sokongan kepada pesakit-pesakit kanser yang telah menerima rawatan di Hoshas.

“Cancer support group” ditubuhkan oleh pakar-pakar & kakitangan Unit Pembedahan Am, Hoshas pada 2010. Ia, pada awalnya dinamakan “Breast Cancer Support Group” yang memberi tumpuan kepada pesakit kanser payudara. Namun kini, dengan adanya sokongan dari pelbagai unit seperti Fisioterapi, Dietetic, Farmasi, Kerja Social, Radiologi, Pemulihan Carakerja, Unit Pendidikan Pesakit, Psikiatrik, maka pertubuhan ini telah diperluaskan ke arah membantu pesakit yang menghidapi pelbagai jenis kanser selain kanser payudara. Selain itu, dengan adanya sokongan & sambutan yang amat memuaskan dari para pesakit, ahli keluarga pesakit & ahli jawatankuasa. Maka, pertubuhan ini ditukarkan nama kepada “Cancer Support Group” pada 19hb Mei 2014.

Pada masa ini, kumpulan sasaran kami adalah golongan kakitangan Hoshas, penduduk di sekitar temerloh & daerah- daerah berdekatan.

Objektif pertubuhan ini ialah:
1) Memberi bantuan & sokongan kepada para pesakit kanser dari segi fisikal, social & mental
2) Member peluang untuk para pesakit kanser berinteraksi sesama sendiri
3) Member bantuan perubatan & peralatan medikal
4) Memberi & meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser kepada orang awam
5) Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan pengesahan & menerima rawatan kanser di peringkat awal

Pertubuhan kami telah menjayakan pelbagai aktiviti menarik semenjak ia ditubuhkan pada 2010.
Di antara aktiviti tersebut adalah:
1) Lawatan sambil belajar ke breast cancer support segamat (BCSS) 2011
2) Kempen kesedaran kanser payudara 2011 peringkat pahang barat (27/07/2011)
3) Home visit 23/02/2012
4) Home visit 17/10/2012
5) Breast cancer walk 2012 – 03/11/12
6) Breast cancer walk 2012 anjuran avon - putrajaya 23 – september 2012
7) Lawatan kerja BCWA 21/02/2013
8) Hunt for pink “ kempen kesedaran barah payudara” – 30/11/2013 star mall, mentakab
9) Home visit 16/06/2014
10) Home Visit 19/07/2014
Terakhirnya, VISI & MISI pertubuhan “Cancer Support Group” ini adalah:
1) Melibatkan “cancer survivors” dalam pertubuhan ini untuk berkongsi pengalaman, cabaran menghadapi penyakit kanser.
2) Meluaskan pandangan pesakit yang baru disahkan menghidapi penyakit kanser berkenaan rawatan, kehidupan & cabaran yang bakal diharungi.
Sekian, terima kasih.

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.