• Kemaskini Terakhir : Selasa 19 September 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

KIBLAT HOSHAS

ARAH KIBLAT

pih

PUSAT ISLAM HOSHAS (SURAU UTAMA)

Religions Muslim Male icon bigReligions Muslim Female icon big
 
Apakah itu Hospital Mesra Ibadah (HMI) ?  
 
Definasi HMI adalah hospital yang mengamalkan kecemerlangan perkhidmatan dan berfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan nilai murni para pekerjanya. Tiga elemen utama dalam takrifan ini adalah 1) kecemerlangan perkhidmatan, 2) kesejahteraan pelanggan dan 3) budi pekerti para pekerja yang bernilai mulia.

Hospital yang mesra ibadah perlu mempunyai perkhidmatan yang cemerlang. Cemerlang dan berkualiti dari kacamata pelanggan yang menerima perkhidmatan tersebut. Teknologi perubatan yang dipergunakan seharusnyalah yang terkini, dimana pada kebiasaanya lebih selesa, tidak menyakitkan, lebih selamat, lebih cepat dan tepat kepada matlamat rawatannya. Ianya tidak semestinya yang mahal. Keselesaan perlu diukur dan diutamakan dari sudut pesakit, bukan semata-mata dari sudut perawat sahaja. Hospital ini juga adalah cemerlang dari segi pegurusannya, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pengurusan pentadbirannya. Sistem kerjanya juga perlu ditahap telus, tulus dan berkesan, sebaik-baiknya mematuhi mana-mana sistem kualiti seperti ISO, MSQH dan menggunakan alat-alat kualiti seperti Balance Scorecard, Six Sigma, Quality Control Circle dan sebagainya. Proses perolehan sumber perlu cekap supaya bahan-bahan rawatan seperti ubat-ubatan dan disposables rawatan tidak terputus bekalannya. Disamping itu, pengurusan jual-beli dengan pembekal luar perlu juga cekap supaya para pembekal memperolehi bayarannya mengikut yang dijanjikan. Pemegang saham dan stakeholder perlu memainkan peranan untuk keberkesanan perkhidmatan sesebuah hospital itu.

Hospital yang mesra ibadah perlu berfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan. Berbeza sedikit dengan hal kebiasaan sesebuah hospital yang berkualiti dimana hanya keperluan pelanggan dipenuhi. Dalam konteks HMI, kesejahteraan pelanggan adalah diutamakan, disini penekanan adalah kepada keseluruhan aspek jasad dan kerohanian yang dirawat sama. Pesakit perlu memperolehi ketenangan jiwa dan pemikiran, diberikan nasihat dan kaunseling, diransangkan dengan suasana mendekatkan diri dengan Allah SWT tidak kira peringkat mana tahap sakitnya, disedarkan dengan hikmah penyakitnya, disamping mendapat rawatan dan sentuhan ramah para perawat dihospital. Bilamana pesakit keluar dari hospital, mereka merasakan dipertingkatkan martabatnya disisi Allah SWT, menerima sakit susah penyakitnya dengan penuh rela dan tabah, mengambil ikhtibar darinya dan bersyukur telah memperolehi kesihataannya kembali. Dalam hal ini, adalah sukar bagi pesakit biasa untuk memperolehi kesejahteraan total sekiranya tidak didorong oleh para perawat semasa mereka tinggal diwad. Setiap masa kosongnya perlu dipenuhkan dengan temanan mesra yang mengingatkan kepada kebesaran Tuhan, qada’ dan qadar Nya, hikmah disebalik setiap musibah dan seumpamanya.

Para pekerja di Hospital yang mesra ibadah perlu berbudi pekerti mulia. Mereka inilah yang melengkapkan kesempurnaan dari 2 ciri yang sebelumnya. Pekerja yang berbudi pekerti mulia sentiasa dengan senyuman, sentuhan dan sapaan ramah yang ingin membantu. Mereka bersopan dan beradap ketika bertutur, ketika menjalankan tugas, ketika berjalan, samada dihadapan pelanggan atau dibelakang. Mereka ini juga berpekerti mulia dirumah dan ditempat kerja. Mereka mempunyai hubungan interpersonal yang dikagumkan, selesa dengan semua orang, mudah didekati oleh sesiapa, orang tidak mahu bermusuh dengan mereka. Mereka mempunyai air muka yang sentiasa ikhlas dan menyenangkan. Mereka ini akan menceriakan suasana hospital dan dapat dirasakan oleh pesakit sebagai pengubat hanya dengan kehadiran pekerja-pekerja seperti ini. Mereka menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa dengan perasaan Allah sentiasa melihatnya, sentiasa menilainya dan sentiasa membantunya. Mereka juga menjalankan tugas dengan berteliti kerana merasai dua malaikat sentiasa mencatat apa yang mereka lakukan, apa yang mereka niatkan dan apa yang mereka fikirkan sehingga akhir hayatnya. Mereka bekerja dan berdakwah. Mereka bekerja sebagai beribadah. Setiap yang dilakukan adalah dengan nama Allah, mereka hidup kerana Allah.

Antara program dan kemudahan yang di laksanakan di Hospital ini adalah:-

1. Bacaan doa pada setiap hari seawal jam 8.00 pagi

2. Pengumuman masuknya waktu solat melalui alat siar raya hospital.

3. Solat Berjemaah didirikan di Surau Utama (sementara) berdekatan Unit Hemodialisis & Lobi Utama Hospital

4. Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan selepas solat Zohor di Surau Utama

5. Program Ziarah Pesakit di Wad-wad terpilih setiap hari Rabu selepas solat Asar

6. Surau / Musolla terdapat di setiap aras wad di dalam Hospital ini.

7. Papan tanda arah kiblat pada setiap wad didalam hospital ini. (Sila bertanya kepada Ketua Jururawat bertugas di setiap wad jika tidak pasti arah kiblat)

8. Kemudahan botol semburan / spray bottle untuk kegunaan pesakit yang tidak boleh aktif bergerak di setiap wad bagi tujuan untuk berwuduk. (Sila dapatkan daripada Ketua Jururawat yang bertugas)

9. Kemudahan debu tayammum untuk kegunaan pesakit yang tidak boleh terkena air atau yang sewaktu dengannya di setiap wad. (Sila dapatkan daripada Ketua Jururawat yang bertugas)

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.