• Kemaskini Terakhir : Selasa 21 November 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac



Kedudukan Hospital Temerloh adalah di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Mukim Perak dalam Daerah Temerloh. Dikelilingi taman yang menghijau  seluas 44 ekar yang menjadikan ianya menarik dipandang dan tersergam indah.

Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera.

Perkhidmatan Hospital Temerloh  beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005.

Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian  Hospital Temerloh  disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.

Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS DDMS2.0 clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.