• Kemaskini Terakhir : Selasa 21 November 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 
Pertama sekali syukur ke hadhrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan keberkatannya maka portal Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan seluruh bahagian HOSHAS kerana telah berjaya membangunkan portal yang berkonsepkan lebih informatif dan interaktif. Adalah diharapkan semoga portal ini dapat memberi faedah kepada seluruh warga HOSHAS khasnya dan masyarakat amnya, InsyaAllah.

Di dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Laman Web berkonsepkan portal merupakan aplikasi yang amat berkesan untuk dilaksanakan di agensi kerajaan kerana ianya amat fleksibel, cepat, tepat dan meyakinkan. Selain fungsi dan objektif setiap bahagian, portal ini juga menyediakan maklumat yang berguna seperti aktiviti, direktori, sebutharga, pekeliling, sistem email, aduan secara online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat. 

Sesuai dengan kemajuan era ICT dan globalisasi ini HOSHAS akan terus bersama memodenkan dan melengkapkan perkhidmatan secara berkomputer di dalam semua urusan. Pada masa kini Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Pergigian Daerah dan Hospital Daerah telah dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian komputer yang dikenali sebagai 1GOV*NET. Dengan menggunakan rangkaian ini pengguna diperingkat daerah dapat berkomunikasi secara atas talian (melalui intranet dan email) dengan pihak pengurusan di peringkat negeri dan Kementerian. 

Pihak Hospital juga telah melaksanakan aplikasi eSPKB iaitu aplikasi pembayaran baucer secara elektronik, ePerolehan untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Manakala bagi aplikasi HRMIS (Human Resources Management Information System) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pula mencakupi aspek pengurusan sumber manusia bermula dari perlantikan penjawat awam sehingga mereka bersara, seperti eGL dan eCuti.

HOSHAS juga merupakan salah sebuah hospital perintis yang berkonsepkan persekitaran Teknologi Maklumat iaitu menggunakan Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang telah dilaksanakan pada bulan Mei tahun 2011. Selain itu, HOSHAS juga dijadikan Pusat Perkembangan Ilmu Kesihatan (Teaching Hospital) bagi pelajar-pelajar perubatan dari IPTA dan IPTS.

Akhir sekali, saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan, aduan dan maklumbalas yang membina daripada pengunjung portal ini bagi membolehkan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah mengambil langkah-langkah memperbaiki, memperkemaskan dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang paling optimum.

Sekian terima kasih.

" KAMI SEDIA MEMBANTU"

 

" RAKYAT SIHAT NEGARA KUAT"

 

(Dato' Dr. Hj. Bahari bin Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah, D.I.M.P, A.A.P.) 

MBBS (Mal) MSc HSM (South Bank) CMIA (Niosh)
Pakar Perunding Kesihatan Awam/ Pengarah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS DDMS2.0 clinical practice guidelines

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.