• Kemaskini Terakhir : Selasa 19 September 2017.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :

  • Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta.
  • Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit.
  • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.

1.Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.

2.Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.

3.Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.

4.Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

 

KAMI BERILTIZAM :

A. Pelanggan kami adalah pesakit-pesakit secara langsung dan secara tidak langsung pelawat-pelawat, pembekal-pembekal dan lain-lain pengguna kemudahan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh .

B. Kewajipan Kami kepada pelanggan adalah seperti berikut;

  1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan berkualiti yang sewajarnya
  2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai
  3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas
  4. Setiap pesakit akan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang
  5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain

C. Kewajipan Pelanggan kepada pihak pengurusan HoSHAS adalah seperti berikut;

  • Mematuhi semua peraturan, prosedur dan khidmat nasihat yang berkaitan pada bila-bila masa
  • Menunggu dan menjaga kebersihan ruang bangunan serta semua kemudahan Hospital ini sebaik mungkin dan secara bertanggungjawab supaya mengelakkan kerosakan
  • Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan.
PAUTAN PANTAS
button-mygov MSC Malaysia sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia MAMPU Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mdec Myhealth MyCPD2 MOH My HRMIS ePenyata Gaji ePerolehan

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2017 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.