|
![]() |
Pengenalan |
Sekolah Dalam Hospital (SDH) mula dibuka pada 18 September 2012 dan mula beroperasi pada 2 Januari 2013. Pada hari ini, Sekolah Dalam Hospital (SDH) sudah mempunyai 4 orang guru dan juga 1 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Sekolah Dalam Hospital (SDH) mempunyai 1 bilik guru, 1 ruang kelas rendah dan satu 1 ruang kelas menengah.
Lokasi
Aras 8
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
Bilik Guru / Pejabat | 2157 |
Kelas Menengah | 2158 |
Kelas Rendah | 2159 |
Piagam Pelanggan
Kami warga SDH dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menjayakan Program Sekolah Dalam Hospital dengan cekap dan berkesan. Maka, kami berjanji untuk:
- menerima semua murid bermasalah kesihatan yang dirujuk oleh pihak hospital;
- menyediakan pendidikan formal yang berterusan dan berkualiti dalam persekitaran yang kondusif;
- memastikan murid memperoleh pengalaman pembelajaran berorientasikan didik hibur dan fleksibel sebagai satu proses penyembuhan; dan
- melaksanakan aktiviti kokurikulum sebagai aktiviti rekreasi mengikut kesesuaian dan tahap kesihatan murid.
Waktu Perkhidmatan
Isnin hingga Jumaat - 9 pagi hingga 4 petang.
Aktiviti
- Sambutan Hari Guru dan Ulang Tahun ke-5 Sekolah Dalam Hospital - 16 Mei 2017
- Hari Keluarga Raya Sekolah dalam Hospital - 22 Julai 2017