
Hospital Jengka terletak di Bandar Tun Abdul Razak Jengka di dalam Daerah Maran, Pahang.Bandar Tun Abdul Razak Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka yang terdiri dari gugusan 25 buah Tanah Rancangan FELDA di Wilayah Jengka meliputi 3 daerah (Maran ,Temerloh dan Jerantut).
Wilayah Jengka telah dibuka pada tahun 1967 dan projek Hospital Jengka diluluskan dalam RMK –5. Disamping itu, keluasan tapak hospital adalah 54 ekar dan mula dibina dalam tahun 1992. Hospital Jengka adalah sebuah Hospital Daerah tanpa pakar.
Mula beroperasi pada 1hb Ogos, 1994.



















