|
![]() |
|
![]() |
Pengenalan
Unit ini memulakan aktiviti sepenuhnya pada Mac 1995. Jumlah kakitangan yang ada pada masa itu terdiri dari seorang juru x-ray dan seorang pembantu perawatan kesihatan. Beroperasi dengan satu mesin statik, satu mesin mobile dan 2 mesin memproses. Sehingga hari ini unit x-ray mempunyai 4 orang juru x-ray dan 3 orang pembantu perawatan kesihatan. Aktiviti unit berjalan lancar dengan adanya modaliti seperti mesin statik, mesin mobile dan mesin computed radiography (CR) yang dapat menampung beban kerja yang semakin meningkat.
Unit Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan x-ray selama 24 jam kepada para pesakit yang terdiri daripada pesakit luar dan dalam. Unit ini menyediakan perkhidmatan x-ray untuk kes-kes rujukan dari klinik kesihatan, pergigian, tentera dan pihak swasta. Ia juga berfungsi sebagai perkhidmatan sokongan dalam pengesahan diagnostik dan prosedur terapeutik.
Lokasi : Unit Pengimejan Diagnostik terletak di dalam satu bangunan yang sama dan bersebelahan dengan Unit Patologi, berhadapan dengan wad lelaki.
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
Ketua Unit | 232 |
Kaunter | 234 |
Piagam Pelanggan
Kami berikrar akan memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat iaitu khidmat penyayang, professional, kerja berpasukan dan sedia membantu.
Kami berjanji :
- Anda akan diberi perlindungan sinaran yang maksimum semasa menjalani pemeriksaan x-ray.
- Anda akan didaftar dalam tempoh masa 5 minit.
- Selepas pendaftaran anda akan dipanggil untuk menjalani pemeriksaan dalam tempoh masa 10 minit.
- Pemprosesan filem dilakukan dalam tempoh masa 5 minit.
- Penelitian filem dilakukan oleh juru x-ray dalam tempoh masa 5 minit.
- Selepas pemeriksaan anda akan dibekalkan filem dalam tempoh masa 5 minit.
- Jangkamasa keseluruhan dari pendaftaran hingga filem dibekalkan mengambil masa kira-kira 30 minit.
- Filem yang dihasilkan dijamin menepati standard yang ditetapkan.
Waktu Perkhidmatan
Unit Pengimejan Diagnostik beroperasi seperti berikut :
Hari | Waktu Operasi | On-Call |
Hari Kerja Biasa | 8.00 AM – 10.00 PM |
1.00 PM – 2.00 PM 12.15PM- 2.00PM 10.00PM – 8.00 AM |
Hari Kelepasan ( HK ) dan Hari Kelepasan Am ( HKA ) | 3.00 PM – 10.00PM |
7.00 AM – 3.00 PM 10.00 PM – 7.00 AM |
Jenis Perkhidmatan
Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan untuk pesakit / pelanggan :-
- Pemeriksaan radiografi am.
- Pemeriksaan radiografi untuk “ medical examination “.
- Penghantaran filem untuk laporan pakar di HoSHAS.
- Temujanji untuk pemeriksaan KUB.
- Mendapatkan tarikh temujanji pemeriksaan khas seperi CT Scan, MRI, Ultrasound Mammografi dan lain-lain pemeriksaan khas di HoSHAS.