PERNYATAAN VISI
Menjadi sebuah kemudahan kesihatan yang cemerlang dan berkualiti dalam memberi perkhidmatan perawatan, penjagaan dan pengurusan pelanggan.
PERNYATAAN MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan cekap serta berinovasi kepada masyarakat berlandaskan ciri – ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
PERNYATAAN OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan yang bercirikan perkhidmatan penyayang, semangat kerjasama dan profesionalisme berlandaskan moto Khidmat Mulia.
- Meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan dengan penekanan terhadap kualiti, inovasi dan promosi kesihatan serta tanggungjawab individu dan komuniti.
- Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang melalui peningkatan pengetahuan semua anggota serta penyeliaan yang berterusan.