![]() |
![]() |
Jabatan Otorinolaringologi Surgeri Kepala dan Leher HOSHAS
![]() |
![]() |
Jabatan Otorinolaringologi Surgeri Kepala dan Leher HOSHAS
Pengenalan
Peranan Jabatan Otorinolaringologi (ORL) adalah memberikan perkhidmatan untuk pesakit dalam ( kemasukan wad) dan pesakit luar (perkhidmatan klinik pakar) melalui temujanji yang ditetapkan. Adalah dimaklumkan buat masa ini Jabatan Otorinolaringologi ini di terajui oleh Ketua Jabatan bersama dua orang pakar dengan dibantu oleh 4 pegawai perubatan, 3 pegawai pemulihan pendengaran, seorang pegawai pemulihan pertuturan, 6 paramedik dan 2 kakitangan sokongan lain.
Oleh kerana Hospital Sultan Hj Ahmad Shah merupakan sebuah hospital rujukan, secara tidak langsung jabatan ini juga menerima kes rujukan luar daripada daerah sekitar Pahang Barat seperti Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub, Hospital Bentong, Hospital Jerantut dan Hospital Jengka. Bagi kes-kes rujukan daripada klinik kesihatan berhampiran pula terdiri daripada daerah berhampiran seperti Bera, Maran serta daerah Temerloh sendiri.
Bagi memberikan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pelanggan, Jabatan ORL juga telah meyusun atur lawatan pakar ke hospital daerah yang tertentu seperti Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub dan Hospital Bentong mengikut tarikh yang ditetapkan. Prosedur pembedahan juga dilakukan semasa lawatan dilakukan tetapi kini hanya melibatkan lawatan ke Hospital Kuala Lipis sahaja. Ujian Pendengaran serta rawatan rehabilitasi pendengaran disediakan. Pesakit bermasalah pertuturan juga akan diberi rawatan diagnostik serta rehabilitasi oleh seorang pegawai pemulihan pertuturan.
Lokasi : Aras 3
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi
|
No Sambungan
|
Ketua Jabatan |
1553
|
Bilik Pakar |
1552
|
Bilik Pendengaran (Audiologist) | 5404 / 1555 / 1557 |
Pegawai Pertuturan (Speech Theraphy) | 1554 / 1558 / 1561 |
Kaunter | 5401 |
Waktu Perkhidmatan Dan Hari Klinik
Jadual Pesakit Luar Klinik Otorinolaringologi Isnin – Khamis
Hari
|
8.00 am-9.00 am
|
9.00 am - 1.00 pm | 2.00 pm - 5.00 pm |
Isnin
|
Ward Round
|
General ORL Clinic
|
Continue General ORL Clinic For Morning Session's Patient & Emergency Case |
Selasa
|
|||
Rabu
|
|||
Khamis
|
Emergency Case & OT Day |
*Selasa minggu ke 2 dan minggu ke 4 : Cancer Clinic (2.00 petang - 5.00 petang)
Hari | 8.00 am - 9.00 am | 9.00 am - 10.00 am | 10.00 am - 12.15 am | 2.45 pm - 5.00 pm |
Jumaat | CME Hospital | Grand Ward Round | OSA Clinic, OT Day & Emergency | CME Clinic ORL |
Speech Clinic
Hari\Shift | Am | Pm |
Isnin | Screening New Case | Follow Up |
Selasa | Follow Up | Follow Up / Klinik Penelanan (FEES) |
Rabu | Screening New Case | Follow Up / Klinik Penelanan (FEES) |
Khamis | Follow Up | Follow Up |
Jumaat | Group theraphy / parental training |
Jadual Klinik Audiologi
Hari\Masa |
Sesi Pagi (8.00 am - 1.00 pm) |
Sesi Petang (2.00 pm - 5.00 pm) |
Isnin | Klinik Kes Baru Klinik Kes Ulangan |
Klinik Kes Ulangan Kes Wad Kes HA |
Selasa | Klinik Kes Baru Klinik Kes Ulangan Klinik ABR Kes HA |
Klinik Kes Ulangan Kes Wad Kes HA |
Rabu | Klinik Kes Baru Klinik Kes Ulangan Klinik ABR |
Klinik Kes Ulangan Kes Wad Kes HA |
Khamis | Klinik Kes Baru Klinik Kes Ulangan Kes HA |
Klinik Kes Ulangan Kes Wad Kes HA |
Jumaat | Klinik Kes Baru Klinik Kes Ulangan Kes HA |
CME Jabatan / Mesyuarat / Kemaskini Data / Bilik |
Jenis Perkhidmatan
KLINIKAL
- Rawatan kes-kes kecemasan trauma dan kes kecemasan lain yang melibatkan bahagian telinga , hidung dan tekak.
- Rawatan kes-kes Patologi telinga, hidung dan tekak.
- Rawatan kecacatan telinga, hidung dan tekak.
- Pembedahan kecil telinga , hidung dan tekak
- Perubatan alahan hidung (Allergic Rhinitis Clinic)
- Perubatan masalah pening dan ketidakseimbangan ( Vertigo Clinic )
- Rehabilitasi Aural merangkumi percubaan, pemasangan, orientasi alat bantu pendengaran
- Pengujian pendengaran( Dewasa dan Kanak-Kanak)- Audiologi
- Penilaian dan perawatan terapi pertuturan, bahasa, suara , penelanan dan rehabilitasi aural( selepas pemasangan alat bantu pendengaran) untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak
BUKAN KLINIKAL
- Memberi pendidikan kesihatan mengenai penjagaan telinga , hidung dan tekak
- Sebagai pusat latihan praktikal untuk penolong pegawai-pegawai perubatan dan pelajar-pelajar kejururawatan
- Menjalankan CME bagi pegawai-pegawai perubatan semasa membuat lawatan pakar ke hospital-hospital daerah.
- Sebagai pusat ‘attachment’ untuk pegawai-pegawai perubatan dari hospital daerah.
PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
Selain memberikan rawatan pesakit luar di HoSHAS, jabatan ini juga membuat lawatan dan memberikan rawatan pakar kepada pesakit luar di Hospital Bentong ( Selasa minggu kedua) dan Hospital Raub( Selasa minggu keempat) sebulan sekali serta Hospital Kuala Lipis (Selasa minggu pertama dan ketiga) dua kali sebulan
PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
- Pembedahan elektif sekali seminggu (Khamis) dan pembedahan kecemasan.
- Menerima rujukan pesakit dalaman dari unit-unit lain.
- Merawat pesakit akut dan kronik telinga, hidung dan tekak.
- Perubatan kanser paliatif
Kursus 2018
Kursus | Tarikh |
Kursus Kecemasan ORL | 19 Mac 2018 |
Kursus Trakeostomi | 20 Mac 2018 |
Better Hearing Speech Month | Mei 2018 |
Kursus Saringan Pendengaran Bayi | 8 - 9 Ogos 2018 |
Aktiviti dan Kursus 2018
1. Tajuk : Program 10 000 Langkah Sempena "Better Hearing & Speech Month"
Tarikh : 19/10/2018
![]() |
![]() |