Pengenalan
Jabatan Oftalmologi mula beroperasi pada 15 September 1991 di Hospital Mentakab. Pada masa itu, Jabatan ini terdiri daripada seorang Pakar Oftalmologi, seorang Pembantu Perubatan, seorang Pembantu Jururawat dan seorang Atendan Kesihatan sahaja. Perkhidmatan utama yang dikendalikan adalah Klinik Pesakit Luar dan Pembedahan Elektif. Dalam usaha Jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan dan penjagaan mata, pelbagai perkhidmatan dan program baru telah diwujudkan. Dari setahun ke setahun, Jabatan ini berkembang seiring dengan pertambahan kakitangan, pegawai dan penerimaan peralatan-peralatan baru seperti mesin laser dan Phacoemulsifation Unit pada tahun 1999. Selain itu, perkhidmatan optometri pula mula beroperasi pada tahun 2002. Pada 15 Mac 2005, Jabatan Oftalmologi telah berpindah dan beroperasi di Hospital Temerloh yang kemudiannya dikenali sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Sehingga kini, jumlah kakitangan jabatan ini adalah seramai 33 orang, terdiri daripada Pakar Oftalmologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Optometri, Pembantu Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.
Kini, Jabatan Oftalmologi HOSHAS merupakan pusat rujukan bagi hospital-hospital di Pahang Barat dan Pahang Tengah. Bagi memenuhi keperluan semasa dan meningkatkan perkhidmatan, Jabatan ini telah dilengkapi dengan pelbagai alatan terbaru seperti mesin Fundus Camera, mesin Corneal Topography, Phacoemulsifation, Humphreys Visual Field Analyzer, dan Laser. Selain itu, Jabatan juga mengadakan lawatan Pakar ke hospital-hospital daerah yang lain dan menjalankan pembedahan katarak di Hospital Kuala Lipis. Di antara program Jabatan adalah mengadakan Sambutan Hari penglihatan Sedunia, Sambutan hari Glaucoma Sedunia, menganjurkan Kursus Penjagaan Mata Primer, Program Saringan Kanak-kanak Sekolah, menjalankan perkhidmatan Klinik Penglihatan Terhad, Klinik Katarak 1 Malaysia, Klinik Penglihatan Binokular dan juga Klinik Kanta Sentuh.
Lokasi : Aras 3
Sambungan Utama
Lawatan / Lokasi | No Sambungan |
Ketua Jabatan | 1568 |
Bilik Pakar | 1569 |
Bilik Pegawai Perubatan | 1568 / 1567 /1570 |
Bilik Pegawai Perubatan | 1571 / 1572 |
Bilik MA | 5402 |
Kaunter | 5401 / 1573 |
Waktu Perkhidmatan
Hari | Masa |
Isnin hingga Khamis | 8.00 pagi – 1.00 petang |
2.00 petang – 5.00 petang | |
Jumaat | 8.00 pagi – 12.15 petang |
2.45 petang – 5.00 petang |
Jadual Klinik
Hari | Klinik |
Isnin | GLAUCOMA CLINIC (8.00AM-11.00AM) ROP CLINIC (8.00AM-10.00AM) VF AND REVIEW (8.00AM-11.00AM) NEW CASE CLINIC (8.00AM-11.00AM) URGENT CASE (2.00PM-3.00PM) CYCLO RA & REVIEW (8.00AM-9.00AM) OPERATION DAY (PTERYGIUM EXCISION) - 2/MONTH (8.00AM-3.00PM) |
Selasa | PRE OP CLINIC (8.00AM-11.00AM) LASER PROCEDURE (9.00AM-11.00AM) POST OP CLINIC (2.00PM-3.00PM) URGENT CASE (9.00AM-10.00AM) OPERATION DAY (8.00AM-5.00PM) |
Rabu | DIABETIC FOLLOW UP CLINIC (8.00AM-11.00AM) DIABETIC NEW CASE CLINIC (9.00AM-11.00AM) NEW CASE CLINIC (9.00AM-10.00AM) GENERAL CLINIC (9.00AM-11.00AM) URGENT CASE (9.00AM-10.00AM) POST OP CLINIC (2.00PM-3.00PM) VF AND REVIEW (9.00AM-11.00AM) LASER PROCEDURE (2.00PM) OPERATION DAY (GA)-2/MONTH (8.00AM-3.00PM) |
Khamis | DIABETIC FOLLOW UP CLINIC (8.00AM-11.00AM) DIABETIC NEW CASE CLINIC (9.00AM-11.00AM) NEW CASE CLINIC (9.00AM-10.00AM) GENERAL CLINIC (9.00AM-11.00AM) URGENT CASE (2.00PM) POST OP CLINIC (2.00PM-3.00PM) FFA PROCEDURE (12.00PM) OPERATION DAY (8.00AM-5.00PM) |
Jumaat | DIABETIC FOLLOW UP CLINIC (8.00AM-10.00AM) DIABETIC NEW CASE CLINIC (9.00AM-10.00AM) NEW CASE CLINIC (9.00AM) GENERAL CLINIC (8.00AM-10.00AM) URGENT CASE (9.00AM-10.00AM) VF AND REVIEW (9.00AM-11.00AM) LASER PROCEDURE (9.00AM-10.00AM) |
Sabtu | SATURDAY OT – 2/MONTH |
Jenis Perkhidmatan
1. Perkhidmatan Oftalmologi
- Membuat diagnosis awal dan memberi rawatan berkaitan penyakit-penyakit mata.
- Menerima rujukan kes dari lain-lain jabatan / hospital / pusat / klinik kesihatan kerajaan dan swasta.
- Merujuk kes yang memerlukan rawatan khusus ke lain-lain hospital rujukan
- Melakukan prosedur-prosedur rawatan mata
- Melakukan pembedahan elektif seperti katarak, pterygium dan lain-lain.
- Menerima kes-kes kecemasan dan melakukan rawatan serta pembedahan bagi kes-kes kecemasan.
- Melakukan ‘visual rehabilitation’.
- Lain-lain seperti menjalankan program saringan mata, kursus penjagaan mata bagi kakitangan kesihatan, memberi ceramah tentang penyakit mata dan penjagaan mata kepada umum dan lain-lain aktiviti.
2. Perkhidmatan Optometri
- Pegawai Perubatan akan merujuk kes yang memerlukan perkhidmatan Optometri.
- Perkhidmatan rawatan dijalankan oleh Pegawai Optometri yang bertugas ke atas pesakit yang dirujuk secara temujanji di Jabatan Oftalmologi.
- Perkhidmatan yang dijalankan adalah:
- Refraksi
- Perimetri dan Biometri
- Klinik Penglihatan terhad
- Klinik Kanta Sentuh
- Klinik Penglihatan Binokular dan Ortoptik
- Pemeriksaan diagnostik khas (ujian Hess, ujian Corneal Topography, ujian Penglihatan Warna, Penyaringan Diabetik Retinopathy dan Pemeriksaan Mata Primer)
Aktiviti dan Kursus 2018
1) Hari Glaukoma
Tarikh : 30/3/2018
Terbuka kepada kakitangan dan pesakit di kawasan sekitar
![]() |
![]() |
2) World Sight Day Peringkat Negeri Pahang di Hospital Kuala Lipis
Tarikh : 14/10/2018
![]() |
![]() |
Aktiviti dan Kursus 2019
Bil | Aktiviti / Kursus | Tarikh |
1 | CME : White Pupil | 18/01/2019 |