![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan
Perkhidmatan Psikiatri telah bermula apabila seorang Pakar Psikiatri ditempatkan secara tetap di Hospital Mentakab pada tahun 2000. Bermula dengan seorang pakar dan seorang penolong jururawat, perkhidmatan psikiatri telah berkembang dan telah mendapat pertambahan kakitangan bagi melancarkan perkhidmatan untuk pesakit.
Pada peringkat awalnya, Jabatan Psikiatrik hanya diperuntukkan sebanyak 4 katil untuk pesakit lelaki dan ditempatkan di wad perubatan. Pada tahun 2002, pesakit psikiatri perempuan mula ditempatkan di wad perempuan setelah mendapat seorang jururawat. Pada November 2007, Wad Psikiatri di Kenanga 9 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) telah dibuka secara rasminya. Wad Psikiatri di hospital ini berasaskan ‘open ward’ berbanding dengan ‘locked ward’. Pada waktu kini, Wad ini mempunyai sebanyak 22 katil, dimana 8 katil diperuntukkan untuk pesakit perempuan dan selebihnya untuk pesakit lelaki.
Jabatan Psikiatri turut memberikan rawatan bagi pesakit luar di Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental bertempat di Bangunan Klinik Pakar HOSHAS. Statistik pada tahun 2014, klinik ini telah menerima sebanyak 451 kes baru dengan jumlah keseluruhan sebanyak 7043 pesakit telah hadir sepanjang tahun.
Perkhidmatan lain yang diberikan oleh Jabatan Psikiatri termasuklah lawatan pakar ke klinik atau hospital daerah seperti di Jengka, Jerantut dan Bera dan lawatan ke Desa Bina Diri Jerantut. Lawatan ini diadakan pada setiap bulan bertujuan untuk memudahkan pesakit untuk berjumpa dan menerima rawatan susulan berdekatan dengan kediaman mereka.
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HOSHAS telah memperkenalkan Program Mentari yang beroperasi bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Bandar Mentakab. Program yang berteraskan pendekatan kepada masyarakat umum mengenai masalah kesihatan mental ini ditubuhkan pada Januari 2014 dan berperanan sebagai pusat komuniti kesihatan mental selaras dengan Akta Kesihatan Mental Malaysia 2001. Sehingga kini, Mentari menerima sebanyak 40-50 orang pesakit dalam sebulan yang hadir untuk rawatan susulan mahupun aktiviti rehabilitasi.
Pasukan komuniti kami yang diwujudkan sejak di Hospital Mentakab masih beroperasi dan pada waktu kini berpusat di Mentari Mentakab. Pasukan ini berfungsi untuk memberikan penilaian dan rawatan pesakit dari rumah ke rumah untuk kes-kes yang tertentu dalam lingkungan 25km daripada Mentari.
Lokasi
- Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental – Kenanga 9, tingkat 7
- Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental – Kompleks Klinik Pakar
- Mentari - bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Bandar Mentakab
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
Ketua Jabatan | 1520/5425 |
Bilik PA | 1663 |
Bilik Pegawai Perubatan | 1534 |
Kaunter Klinik | 1521 |
Wad | 1900 |
Jenis Perkhidmatan
Senarai Perkhidmatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental:
1. Rawatan pesakit dalam (in patient)
a. Pesakit di wad psikiatri
b. Rawatan untuk kes liason (rujukan dari unit atau jabatan lain)
2. Rawatan pesakit luar (out patient)
a. Klinik Pakar Psikiatri untuk rawatan pesakit luar.
Hari | Masa dan jenis operasi | ||
8am - 1pm | 1pm - 2pm | 2pm - 5pm | |
Isnin | Temujanji doktor / suntikan | R | Temujanji doktor / suntikan |
Selasa | Temujanji doktor / suntikan | E | Temujanji doktor / suntikan |
Rabu | Grandround | H | CME |
Khamis | Temujanji doktor / suntikan | A | Temujanji doktor / suntikan |
Jumaat | Grandround | T | CME |
b. Lawatan pakar ke daerah Bera, Jengka dan Jerantut.
3. Program Komuniti Psikiatri
a. Mentari di Mentakab sebagai pusat komuniti kesihatan mental.
Hari | Masa dan jenis operasi | ||
8am – 1pm | 1pm – 2pm | 2pm – 5pm | |
Isnin | Temujanji doktor / suntikan | R | Temujanji doktor / suntikan |
Selasa | Rehabilitasi | E | Rehabilitasi |
Rabu | Temujanji doktor / suntikan | H | Temujanji doktor / suntikan |
Khamis | Rehabilitasi | A | Rehabilitasi |
Jumaat | Meeting / gotong-royong | T |
b. Pasukan komuniti psikiatri yang memberikan rawatan dari rumah ke rumah.
Senarai Kursus 2018
Nama Kursus / Program | Tarikh | Pegawai Incharge |
Kursus Psychiatric Emergency Management And Breakaway Technique (Peringkat Kluster) | 28 Februari 2018 | Dr Balraj Singh Randhawa |
Kursus CPG On Attention Defict And Hyperactive Disorder (ADHD) Peringkat Kluster | April 2018 | Dr Saravanan Kathiresan |
Kursus Stress Management For Hospital Staff (Peringkat Kluster) | 27 Jun 2018 | Dr Lynncilla Shakira |
Kursus Suicide Prevention Awareness Day (CPG On Suicide Risk Management In Hospital) Peringkat Kluster | 10 September 2018 | Dr NurSalsabella Asmuni |
Program World Mental Health Day (Peringkat Kluster) | 10 Oktober 2018 | Dr Rachel Wong Su Gwen |
Psychology First Aid Course (Peringkat Kluster) | November 2018 | Dr Nurul Hana Ishak |
Aktiviti dan kursus 2019
Nama Kursus / Program | Tarikh |
CME : Countering Negative Musings Penceramah : Dr Assvin a/l Alaga , Pakar Perubatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Lokasi : Auditorium, HoSHAS |
03/05/2019 |
Suicide Prevention Awareness Virtual Run 2019 | 10/09/2019 - 30/09/2019 |
CME : Speak Up And Reach Out : In Conjunction With World Mental Health Day 2019 Penceramah : Dr Assvin a/l Alaga , Pakar Perubatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Lokasi : Auditorium, HoSHAS |
11/10/2019 |