Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit yang berada di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan seluruh warga kerja HoSHAS dan para pesakit yang beragama Islam dari sudut fizikal dan rohani selaras dengan tuntutan syariat Islam.
Lokasi : Aras 2
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi |
No Sambungan |
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 | 1056 |
Pegawai Kebajikan | 1058 / 2115 / 2116 |
Kaunselor | 1054 |
Kaunter | 1052 |
Waktu Perkhidmatan
- Isnin – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
- Jumaat : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari / 3.30 petang – 4.30 petang
Fungsi Utama
- Mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital.
- Merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah.
- Menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.
Aktiviti
1. Tanggungjawab Kepada Hospital
1.1 Mewujud dan menyelia Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
1.2 Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
1.3 Menjadi sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama
2. Perkhidmatan Kepada Warga Kerja Hospital
2.1 Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
2.2 Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada warga kerja hospital
3. Perkhidmatan Kepada Pesakit Dan Waris
3.1 Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
3.2 Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.
Aktiviti dan Kursus 2019
Bil | Aktiviti / Kursus | Tarikh |
1 | Ceramah Agama : Hati Mati oleh PU Amin | 25/01/2019 |
2 | Ceramah Agama : Rumah Tangga : Syurga atau Neraka oleh Ustaz Mohd Fadli | 15/02/2019 |