![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat ( UTM ) merupakan satu unit sokongan bukan klinikal yang beroperasi di bawah Timbalan Pengarah ( Pengurusan ). Unit ini menjalankan pelbagai fungsi dan antaranya ialah merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT yang dijalankan di HOSHAS sebagaimana yang ditentukan oleh Jabatan dan Kementerian Kesihatan.Selain itu, unit ini berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan bagi peralatan rangkaian, peralatan ICT serta sistem aplikasi supaya dapat digunakan secara optimum dan tidak mengganggu operasi harian.
HoSHAS adalah merupakan sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology ( HICT ) dan akan menggunakan sepenuhnya sistem yang dinamakan Hospital Information System ( HIS ). HIS merupakan aktiviti utama unit yang mana meliputi keseluruhan operasi hospital.Disamping itu juga, unit ini turut memantau pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem-sistem perubatan dan bukan perubatan yang lain seperti HRMIS, eSPKB, ePerolehan, Telekonsultasi, e-Notifikasi, MYCPD 2.0 , e-MASA dan lain-lain.
Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan ( F44 ) ( kosong ) dengan di bantu oleh 2 orang ( 1 kosong ) Pegawai Teknologi Maklumat ( F41 ), 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan ( FA32 ) , 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA29 ), 1 orang Juruteknik Komputer ( FT19 ).
Lokasi : Aras 3
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi | No tel |
Pegawai Teknologi Maklumat GredF44 ( Ketua Unit ) | 5381 |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 | 1367 |
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 | 1366 |
Bengkel Teknologi Maklumat | 1361 |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 / FA32 | 1363 / 1364 |
Helpdesk | 2113 / 2114 |
Fungsi utama
- Pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Aplikasi
- Penyediaan dan Penyenggaraan Rangkaian LAN dan WAN
- Perlaksanaan dan Pemantauan Projek ICT KKM dan penggunaan 'Office Automation'
- Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian ICT
- Keselamatan ICT Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Aktiviti
- Memberi latihan teknikal kepada pelajar-pelajar latihan industri dari IPTA/IPTS.
- Memberi latihan kepada kakitangan yang terlibat dalam sistem aplikasi di setiap jabatan yang terlibat.
- Menjadi urusetia dalam persediaan multimedia bagi setiap program dan aktiviti Hospital.
Bil |
Aplikasi |
Status |
1 |
Sistem e-SPKB |
Telah dilaksanakan di Hospital hujung tahun 2005 |
2 |
Sistem e-PEROLEHAN ( Perbendaharaan ) |
Telah dilaksanakan pada tahun 2006 |
3 |
Sistem HRMIS ( JPA ) |
Telah dilaksanakan di Hospital hujung tahun 2005 |
4 |
Sistem e-Notifikasi |
Telah digunakan semenjak dari tahun 2001. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh BPM, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beroperasi secara online. |
5 |
Sistem Maklumat Rekod Pesakit ( KKM ) ( SMRP ) |
Telah digunakan semenjak dari tahun 2003 |
6 |
Sistem Temujanji Klinik Pakar |
Telah dilaksanakan penghujung tahun 2005 |
7 |
Sistem Pengurusan Rekod Perubatan |
Telah digunakan pada tahun 2007 . Diadaptasi dari Sistem SPRP dari HKL |
8 |
Sistem e-GL |
dilaksanakan pada bulan September 2007 |
9 |
Sistem e-Reporting |
dilaksanakan pada tahun 2007 |
10 | Borang Audit & Prosedur Verifikasi Diagnosi Pesakit Dalam Hospital Kluster Pahang Tengah Online | telah digunakan bermula 1 Oktober 2015 |
11 |
Hospital Infromation System ( HIS - FiSiCieN ) |
dilaksanakan pada Mei tahun 2011 |
12 |
e-Latihan |
dilaksanakan pada tahun 2014 |
13 |
e-Hadir |
telah digunakan bermula bulan November 2015 |
14 |
e-Bilik |
telah digunakan bermula bulan Julai 2015 |
15 | DDMS 2.0 | telah digunakan bermula bulan September 2017 |
16 | Kajian Piagam & Kepuasan Pelanggan Jabatan Patologi | telah digunakan bermula bulan Ogos 2016 |
17 | Borang Soal Selidik Penggunaan Aplikasi KOSPEN Activ | telah digunakan bermula bulan Mei 2018 |
18 | Saringan Kesihatan Tahunan Kakitangan | telah digunakan bermula bulan Jun 2018 |
19 | Audit Rekod Perubatan | telah digunakan bermula bulan September 2018 |
20 | Saringan Kesihatan Kakitangan 2019 | telah digunakan bermula bulan Mei 2019 |
21 | Kajian Piagam Pelanggan Jabatan Patologi | telah digunakan bermula bulan Julai 2019 |
22 | Kajian Kepuasan Warga kerja | telah digunakan bermula bulan September 2019 |
23 | Saringan Kesihatan Kakitangan 2020 | telah digunakan bermula bulan 08/01/2020 |
24 | Pemindahan Mesin Jari Kehadiran ke Tingkat 1 & 2, HoSHAS | 06/02/2020 |
25 | Borang Deklarasi Saringan Penyakit Covid-19 | telah digunakan semula pada 21/03/2020 |
26 | Pemasangan wireless access point di Bilik Gerakan Covid-19 | pemasangan pada 25 April 2020 |