Pengenalan
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan satu komponen pengurusan sumber manusia yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan pesakit. Unit ini berperanan memastikan mutu perkhidmatan yang memuaskan dan efisen kepada semua wargakerja di bawah unit penyeliaan. Disamping itu unit ini juga berfungsi sebagai pusat perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan ke arah merealisasi Visi, Misi dan Objektif organisasi menerusi pementapan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi ekspektasi pelanggan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Sambungan Utama
Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
Ketua Penyelia | 5369 |
Penolong Pegawai Perubatan (U32) / Pembantu Perawatan Kesihatan (U16) / Pembantu Perawatan Kesihatan (U14) / Pembantu Perawatan Kesihatan (U11) | 1654 |
Jenis Perkhidmatan
- Menguruskan perkhidmatan sumber manusia terumanya Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulans. (Pengurusan sumber manusia ini adalah bagi menentukan setiap jabatan dan unit dapat berfungsi dengan baik dan memuaskan ).
- Menyelaras, memantau atau memberi latihan bersesuaian dengan perkembangan terkini dunia perubatan kepada semua anggota di setiap disiplin. (credentialing and privileging).
- Memastikan keselamatan dan kesihatan semua anggota , pelanggan dan pesakit yang berurusan adalah dilandasan yang selari dengan Akta dan Undang- Undang yang berkaitan.
- Memastikan tahap disiplin yang tinggi dikalangan setiap wargakerja di bawah Unit Penyeliaan disamping memantau prosedur perkhidmatan yang berkenaan mengikut piawaian yang di peruntukkan.
Pengurusan Sumber Manusia Dibawah Jagaan
- Urusan keperluan anggota/permohonan perjawatan baru (abm)
- Urusan pengagihan perjawatan
- Urusan penempatan
- Orientasi anggota baru
- Menyelaras dan mengurus keperluan kata perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak lembaga/kementerian kesihatan. (contoh pembaharuan apc – ‘annual practising certificate’ bagi Penolong Pegawai Perubatan .
- Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota dibawah jagaan.
Pengurusan Latihan Dibawah Jagaan
- Orientasi anggota baru
- Merancang latihan bagi anggota
- Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota
- Menyediakan laporan latihan di hadiri oleh anggota
- Mengurus buku log latihan dan buku CPD anggota dibawah jagaan
Fungsi
- Membantu dalam membuat pemantauan dan memantapkan peranan dan tanggungjawab PPP di Hospital ini.
- Membantu dalam memudahkan pihak pengurusan berurusan dengan semua PPP.
- Membantu dalam merancang, Menyelaras dan memantau semua aktiviti yang dilaksanakan oleh semua anggota PPP.
Takwim Aktiviti 2018
Sila klik di sini untuk carta gantt