• Kemaskini Terakhir : Khamis 26 Mac 2020.
Pilihan Tema: HSASDefault HSASOrange HSASGreen HSASLilac

pengarahv1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

Pertama sekali syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan keberkatanNya maka portal HKPT ini telah dapat dilancarkan dengan jayanya. Dengan terhasilnya portal ini maka segala saluran maklumat dapat dikongsi bersama dengan semua pihak yang melayari portal ini.

Selamat datang ke Portal Rasmi Hospital Kluster Pahang Tengah ( HKPT ) yang merangkumi empat ( 4 ) buah Hospital iaitu Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS ), Temerloh, Hospital Jerantut, Hospital Jengka dan Hospital Bentong.

Portal HKPT yang dihasilkan ini bukan sahaja dapat memberikan informasi berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh HKPT, malah ianya juga menjadi sumber ilmu berhubung dengan kemudahan perubatan kesihatan yang disediakan contohnya seperti direktori, sebutharga, pekeliling, sistem e-mail, aduan secara online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.

Portal ini dilancarkan bertujuan untuk memberikan informasi dan kemudahan yang sedia ada kepada para pelanggan di Hospital Kluster Pahang Tengah ( HKPT ). HKPT adalah salah satu perintis kepada Hospital Kluster Pahang Tengah selain dari Melaka, dan Sabah yang telah bermula sejak tahun 2013.

Kewujudan Hospital Kluster dapat memberikan manfaat kepada semua. Melalui Hospital Kluster, perkhidmatan di empat     ( 4 ) buah hospital dapat diselaraskan dan ia juga merakyatkan perkhidmatan dengan memudahkan akses perkhidmatan pakar ke hospital daerah yang berkenaan. Selain itu, dengan adanya Hospital Kluster juga dapat memastikan perkhidmatan klinikal yang disediakan adalah berkualiti dan diselia oleh pakar daripada HoSHAS. Hospital Kluster juga dapat memastikan tiada pembaziran dengan menggunakan sumber yang sedia ada secara optimum. Dengan ini, jelaslah terdapat banyak kebaikan dengan wujudnya Hospital Kluster ini.

Di HoSHAS misalnya terdapat 14 bidang perkhidmatan kepakaran klinikal yang ditawarkan seperti Perubatan Am, Pembedahan Am, Orthopedik ( Tulang ), Obstetrik & Ginekologi ( Sakit Puan & Kelahiran ), Pediatrik ( Kanak-kanak ), Anaestesiologi ( Bius ), Oftalmologi ( Mata & Penglihatan ), Otorinolaringologi ( Telinga, Hidung, Tekak ), Bedah Mulut, Patologi ( Makmal Ujian Perubatan ), Kecemasan & Trauma, Radiologi ( X-Ray & Pengimejan ) dan juga Psikiatrik ( Kesihatan Mental ), Jabatan Bedah Mulut dan Pergigian Pediatrik  Perkhidmatan rawatan pakar HoSHAS adalah khusus untuk pesakit yang mempunyai temujanji yang dirujuk oleh klinik-klinik luar dan hospital luar apabila keluar dari wad.

HoSHAS juga menawarkan perkhidmatan sub kepakaran contohnya seperti Pergigian Pediatrik, Nefrologi, Maternal Foetal Medicine, Infectious Disease dan Microbiology.  Selain itu, di HoSHAS juga menawarkan perkhidmatan sokongan seperti Rehabilitasi ( Fisiologi / Carakerja ), Farmasi, Perubatan Sosial, Kualiti, Dietetik / Sajian, Kaunselor dan Pegawai Hal Ehwal Islam. Untuk pengetahuan semua, HoSHAS turut menangani kes-kes kecemasan ( kemalangan ) & trauma ( keganasan rumah tangga, rogol, sumbang mahram, penderaan dan lain-lain ) di Jabatan Kecemasan & Trauma.

HoSHAS juga menerima perkhidmatan sub kepakaran dari lawatan Pakar dari hospital luar seperti Kardiology, Dermatology, Respiratory, Hematology, Endocrine ( Perubatan ), Vaskular, Plastic Surgery, Sports, Spine, Peads ( Ortho ). 

Untuk makluman, jadual waktu melawat di HKPT telah diseragamkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ( JKNP ) mengikut polisi hospital yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam portal HKPT ini juga terdapat makluman tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan contohnya seperti Hari Komuniti Sihat, Hari Derma Darah, CME Hospital dan sebagainya.

Di HoSHAS terdapat beberapa perkhidmatan khas untuk semua kakitangan dan orang awam contohnya Sekolah Dalam Hospital, Cancer Support Group, Hospital Mesra Ibadah, Topteam, Kintsukuroi dan Hospital Rakan Bayi.

Sekiranya terdapat sebarang maklum balas berkaitan rawatan pesakit atau kemudahan hospital, orang ramai boleh mengemukakan maklum balas tersebut melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam ( SiSPAA ), panggilan telefon, e-mel atau surat kepada pihak hospital.

Akhir sekali, saya amat mengalu-alukan dan sangat berbesar hati untuk menerima sebarang maklumbalas positif daripada orang ramai serta juga komen yang konstruktif kepada portal ini untuk tujuan penambahbaikan yang berterusan ke arah melahirkan satu informasi yang terkini dan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat dan meningkatkan keberkesanan HoSHAS di dalam memberikan perkhidmatan selaras dengan teknologi terkini.

Sekian terima kasih.

DR. NOR AZLINA BT. ABDUL AZIZ, S.A.P
MBBS (Mal)
(No. Pendaftaran Penuh MPM : 33602)
Pengarah Hospital
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Temerloh, Pahang

PAUTAN PANTAS
button-mygov mymesyuarat logo new sppa-timur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia My HRMIS MAMPU DDMS2.0 Perbendaharaan Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mygovuc baru MyCPD2 MOH Patient Safety clinical practice guidelines emaklumbalas

Syarat-Syarat

Piagam Pelanggan

Hak Cipta

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Tentang Kami

W3C

 
PENAFIAN : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini. PAPARAN TERBAIK : Menggunakan Pelayar
Mozilla FirefoxGoogle ChromeOperaApple SafariInternet Explorer
dengan resolusi 1024x768 piksel ke atas
2006 - 2020 © Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang Darul Makmur.