|
![]() |
|
![]() |
Pengenalan
Mulai awal Mac 2005 Jabatan Dietetik & Sajian telah berpindah dari Hospital Mentakab dan merupakan jabatan pertama yang beroperasi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Oleh kerana jabatan ini memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan kepada pesakit dalam wad, maka penyediaan makanan pesakit yang yang masih berada di Hospital Mentakab dilakukan secara penghantaran pukal menggunakan kenderaan khas. Pada masa yang sama tersebut merupakan masa adaptasi anggota kepada peralatan dan sistem perkhidmatan sajian yang serba baru. Pelaksanaan sistem sajian secara ‘Centralised Plating’ dibuat secara berperingkat serentak dengan perpindahan pesakit dari Hospital Mentakab ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada pertengahan April 2005.
Lokasi : Aras 1
Sambungan Utama
| Jawatan / Lokasi | No Sambungan |
| Ketua Jabatan | 5310 |
| Pegawai Dietetik | 5311 / 5312 |
| Penolong Pegawai Penyediaan Makanan | 1000 / 1001 / 1002 |
| Dapur | 1003 |
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
PERKHIDMATAN DIETETIK
- Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.
- Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuian mengikut keadaan penyakit masing-masing.
- Jangka masa kaunseling diet:
- Bagi pesakit yang baru dirujuk : 30-45 minit
- Bagi pesakit ulangan : 15-20 minit
- Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal diet dalam tempoh 24 jam bagi kes-kes kritikal dan dalam tempoh 48 jam bagi kes-kes tidak kritikal.
- Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
PERKHIDMATAN SAJIAN
Memberikan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan citarasa tempatan. Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badanberfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu rosak. Makanan yang disediakan dijamin selamat dan tidak akan menyebabkan keracunan makanan. Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan di wad.
Waktu Perkhidmatan
DIETETIK
Perkhidmatan Klinik Dietetik (Dietitian)
- Lokasi klinik kaunseling diet dan pemakanan: Klinik Pakar, Aras 3, bersebelahan MOPD
- Jadual Klinik
| Hari | Waktu |
| Selasa |
9.00am - 12.00pm Dengan Temujanji SAHAJA |
| Rabu | |
| Khamis |
KLINIK DM (Diabetes one stop centre) – 1 kali sebulan
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal (pesakit luar dan pesakit dalam)
- Hospital Jengka – 1 kali sebulan
- Hospital Jerantut – 1 kali sebulan
SAJIAN
Penghidangan Diet
| Hidangan | Waktu Pengambilan Troli |
| Sarapan Pagi | 7.30am - 8.00am |
| Makan Tengah Hari | 11.30am - 12.30pm |
| Minum Petang | 2.30pm - 3.00pm |
| Makan Malam | 5.00pm - 5.30pm |
Jenis Perkhidmatan
DIETETIK
- Perkhidmatan dietetik klinikal - pesakit luar.
- Perkhidmatan dietetik klinikal - pesakit dalam.
- Pembekalan susu formula khas (entral product) kepada pesakit dalam.
- Pembekalan susu formula kepada bayi ibu HIV positif.
- Ceramah pemakanan.
SAJIAN
- Perkhidmatan penyediaan makanan pesakit di wad.
- Pembekalan makanan kepada "doktor on-call".
- Pembekalan catuan malam (night ration).
- Pembekalan bahan kering (dry ration).
Sijil
SIJIL HALAL :- Jabatan Dietetik & Sajian telah mendapat pengiktirafan persijilan HALAL daripada JAKIM.
SIJIL HACCP :- Telah lulus persijilan HACCP pada 2015.
SIJIL GMP :- Telah mendapat pengiktiran GMP (Good Manufacturing Practices) sejak 2011.
Aktiviti dan Kursus
| Tarikh | Aktiviti |
| 13/01/2017 | CME :Table Etiquette - opss!! betul ke salah |
| 14/02/2017 | Kursus GMP/HACCP dan Pengendalian Makanan |
| Gotong-Royong Secara Berkala | |
| 11/04/2017 | Program Pemurnian Ilmiah |
| 12/04/2017 | Lawatan dari Kolej Vokasional Puteri Temerloh |
| 15/04/2017 | Lawatan ke Kilang Yakult |
| 11/05/2017 | Lawatan ke Premis Pembekal Bahan Mentah |
| 02/05/2017 | Menganjurkan Perhimpunan Pagi Hospital |
| 25/05/2017 | Kursus Pemantapan Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Peringkat Negeri Pahang |
| 03/05/2017 | Pertandingan Bowling Peringkat Jabatan |
| 13/06/2017 | Penyediaan Bubur Lambuk |
| 05/07/2017 | Program Battle of The PePM HoSHAS |
| 12/07/2017 | Jamuan Hari Raya Jabatan |
| Sepanjang Tahun | Menerima kemasukan pelajar UIAM dan UITM untuk latihan berkaitan perkhidmatan makanan dan klinikal dietetik |
| 03/08/2017 | Program Battle of the Chef |
| 22-23/03/2017 | Tempat Ketiga Pembentang Pertandingan Oral (Audit Klinikal) |
| 22/07/2017 | Johan Pertandingan Memasak Hari Kesihatan Peringkat Daerah Raub |
| 23/07/2021 | CME : Halalkah Pilihan Kita ? |




















