![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengenalan
Jabatan Farmasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah memulakan operasi pada April 2005, meneruskan kesinambungan perkhidmatan setelah berpindah dari Hospital Mentakab. Jabatan Farmasi diterajui oleh Ketua Jabatan Farmasi iaitu Puan Che Ton Binti Saari dengan jumlah kakitangan sebanyak 145 orang termasuk Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, serta kakitangan sokongan iaitu Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi dan Pembantu Awam.
Lokasi : Aras 2
Sambungan Utama
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Piagam Pelanggan
Unit: Farmasi Logistik
Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:
- Membekalkan Item Standard Kepada Pemesan Tidak Melebihi 14 Hari Berkerja Selepas Pesanan Yang Lengkap Diterima.
- Membekalkan Item Bukan Standard Kepada Pemesan Selepas Pesanan Yang Lengkap Diterima, Tidak Melebihi 3 Hari Bekerja Selepas Bekalan Diterima Di Unit Farmasi Logistik
Unit: Farmasi Pesakit Dalam
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
- Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam dalam waktu pejabat.
Unit: Farmasi Pesakit Luar
Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:
- Memastikan Ubat-Ubatan Yang Betul Dibekalkan Tidak Melebihi 30 Minit Bagi Preskripsi Yang Lengkap Diterima.
- Memastikan Pelanggan Yang Berdaftar Dengan Sistem Temujanji Farmasi Mendapat Bekalan Ubat Susulan Pada Tarikh Yang Dijanjikan.
Waktu Perkhidmatan
Farmasi Klinik Pakar:
| Hari | Masa | |
| Isnin - Jumaat |
7.30 pagi hingga 5.30 petang |
Kes biasa, discaj wad dan kes kecemasan |
| 5.30 petang hingga 12.00 tengah malam | Kes kecemasan | |
| Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am | 8.00 pagi hingga 12 tengah malam | Kes kecemasan dan discaj wad |
Farmasi Pesakit Dalam:
| Hari | Masa | |
|
Isnin - Jumaat |
7.30 pagi hingga 5.30 petang | Menerima preskripsi bagi pesakit dalam |
| 5.30 petang hingga 12.00 tengah malam | ||
| Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am | 8.00 pagi hingga 12 tengah malam | |
Lain-lain perkhidmatan:
Mengikut waktu bekerja ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang ).
Perkhidmatan di luar waktu pejabat dijalankan secara tugas atas panggilan ( oncall ) bagi Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Skop Perkhidmatan
Jabatan Farmasi menyediakan bekalan ubat dan bukan ubat serta perkhidmatan berkaitan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit luar dan pesakit dalam dari unit/wad.
Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatannya melalui;
- Farmasi Klinik Pakar [ Farmasi Pesakit Luar ]
- Farmasi Pesakit Dalam [ Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Satelit 6 dan 8 ]
- Farmakokinetik Klinikal [ Therapeutic Drug Monitoring ( TDM ) ]
- Farmasi Aseptik [ Cytotoxic Drug Reconstitution ( CDR ), Total Parenteral Nutrition ( TPN ) ]
- Farmasi Pengeluaran
- Farmasi Logistik
- Farmasi Wad
- Pusat Maklumat Ubat [ Drug Information Services ( DIS ) ]
Fungsi Jabatan / Unit
Jabatan Farmasi beroperasi mengikut unit-unit tertentu berdasarkan kepada 5 fungsi utama :
- Farmasi Logistik berfungsi menguruskan proses perolehan, penerimaan, penstoran dan pembekalan ubat, bukan ubat/peralatan pakai buang, serta gas perubatan bagi keperluan hospital dan klinik kesihatan. la juga berfungsi mengekalkan stok bekalan yang mencukupi pada setiap masa.
- Farmasi Pesakit Dalam yang terdiri dari Farmasi Bekalan Wad dan Farmasi Satelit, berfungsi menyediakan perkhidmatan bekalan ubat ubatan kepada pesakit dalam wad serta menjalankan perkhidmatan pendispensan secara bedside dispensing untuk pesakit discaj dan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit.
- Farmasi Klinik Pakar menguruskan perkhidmatan pendispensan ubat untuk pesakit luar dan pesakit discaj secara biasa atau melalui sistem bekalan (Value Added Services) seperti Sistem Kad Temujanji, Sistem SMS & Ambil, Sistem Telefon & Ambil, Sistem Letak & Ambil , Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu, 1 Locker For U ( 1L4U ) dan Ubat Melalui Pos ( UMP ) bagi memudahkan perolehan bekalan ubat oleh pesakit.
- Farmasi Pengeluaran berfungsi menyediakan formulasi dan penyediaan krim, losen, salap ,titis telinga dan titis hidung bagi mana-mana sediaan yang tiada dalam pasaran dan juga menjalankan proses pembungkusan semula ubat-ubatan mengikut Amalan Pengilangan Baik ( GMP ) bagi kegunaan hospital.
- Farmasi Klinikal menguruskan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal secara optima kepada pesakit melalui aktiviti-aktiviti Farmasi Klinikal yang dijalankan di bawah unit-unit berikut:
- Perkhidmatan Farmasi Wad
- Perkhidmatan Penyediaan Nutrisi Parenteral ( TPN )
- Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik ( CDR )
- Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal ( TDM )
- Perkhidmatan Pharmacy Resource Information Centre ( PRIC )
- Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan
- Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic ( MTAC )
Senarai Aktiviti dan Kursus 2018
Berikut merupakan aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan oleh Jabatan Farmasi bagi tahun 2018 :
| Bil | Nama Kursus |
| 1 | Bengkel Evidence Based And Critical Appraisal |
| 2 | Kursus Pemantapan Penggunaan Ubat Berkualiti - Pengguna ( QUMC ) |
| 3 | Kursus Etika Perubatan |
| 4 | Perhimpunan Pagi |
| 5 | Kursus Softskill Dan Komunikasi Berkesan |
| 6 | Kursus GGM |
| 7 | Kursus Pengurusan Stor dan Aset |
| 8 | Bengkel Pemantapan Projek Kualiti ( KIK / QA / Inovasi ) |
| 9 | Kursus Pharmacy Updates |
| 10 | Seminar Antibiotic Updates |
| 11 | Safety Crush |
| 12 | Kursus Medication Safety |
| 13 | Bengkel Aseptik dan Klinikal Farmakokinetik |
| 14 | Kursus Orientasi Jabatan |
| 15 | Hari Keluarga |
| 16 | Bengkel Biostatistik / Validating Questionnaire |
| 17 | CME Tahunan Hospital |
| 18 | Bengkel Pemantapan Aktiviti Farmasi Wad Peringkat Hospital Kluster ( Temerloh – Jengka – Jerantut ) |
| 19 | Seminar Farmasi Geriatrik 2018 |
Senarai Aktiviti dan Kursus 2019
| Bil | Nama Kursus / Aktiviti | Tarikh |
| 1 | CME : Paracetamol Poisoning : Timing is Everything | 01/02/2019 |
| 2 | RVD Updates 2019 | 22/04/2019 |
| 3 | Kursus Pengurusan Keracunan Zon Pahang Tengah | 29/04/2019 |
| 4 | Cardiology Updates 2019 | 02/05/2019 |
| 5 | Lawatan Duta Prihatin Masyarakat di Kampung Tanjung Lalang, Temerloh | 18/10/2019 |
| 6 | Antibiotic Awareness Program sempena sambutan World Antibiotic Awareness Week oleh World Health Organisation ( WHO ) | 21/10/2019 - 24/11/2019 |
Aktiviti dan Kursus 2020
| Bil | Nama Kursus / Aktiviti | Tarikh |
| 1 | CME : The Basics of Safe and Effective Warfarin Therapy | 07/02/2020 |






















